My SuperDuperBest Daily Supplement | Diary Safiyah

Assalamualaikum.w.b.t

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati kehidupan oleh Allah s.w.t. Apa khabar semua sihat hari ni? Harapnya semua dalam keadaan baik dan sihat. Okay hari ini Sofea nak kongsi kan satu rutin harian yang Sofea amalkan setiap hari. Rutin harian apa tu? Hehe Rutin pengambilan suplemen setiap hari.

Sebelum ini Sofea tak pernah ambil apa-apa suplemen untuk kesihatan tubuh badan. Yang makan asyik ubat klinik je bila sakit, suplemen tak pernah. Sebab tak pernah ambil tahu suplemen ni apa. Hehe Eh tapi suplemen dengan ubat berbeza ye jangan salah faham pulak.  Nak fahamkan apa beza suplemen & ubat KLIK SINI  Sofea ada terangkan sikit perbezaannya yang memang berbeza. Klik ok

Sejak kenal Shaklee Sofea dah mula yakin dengan pengambilan suplemen bagi menjamin  kesihatan yang berpanjangan. Selepas konsisten pengambilan suplemen ni Sofea dah rasa perbezaan nya. Kalau macam dulu selalu demam, selsema mudah terkena jangkitan Alhamdulillah sekarang jarang kena jangkitan dan demam.

Hebat sangat ke suplemen Shaklee ni? Lumba siapa hebat hehe bagi saya hebat atau tidak tak penting, yang penting adalah keberkesanannya pada diri kita. Eh terpanjang pula membebelnya. Okay sofea kenalkan ini suplemen  yang Sofea amalkan setiap hari.

  1. ESP (Energizing Soy-Protein)
  2. Sustained Release Vita-C
  3. B-Complex

Ketiga-tiga suplemen tu adalah suplemen dan vitamin asas yang Sofea amalkan, macam Sofea cerita mula-mula dulu Sofea kenal Shaklee sebab acah nak kurus mula ambil ESP lepastu sambung pulak Vita-C dan  seterusnya baru Sofea tambah suplemen @ vitamin Shaklee yang lain.

Kesannya? Alhamdulillah pernah lose weight sampai 4 KG lepas minum ESP walaupun sekarang dah naik balik sebab bahagia kerja makan jea huhu (cover perut) Dan makan SR VITA-C makin hari makin nampak perubahannya walaupun kulit muka tak plawless macam Nora Danish. Makan B-Complex sebab nak kurangkan stress maklumlah kerja + buat persiapan kan macam-macam fikir. Legakan stress dengan pengambilan B-Complex tak adalah jerawat naik menderu-deru kan.  Lagi satu ia baik untuk wanita yang dalam perancangan untuk hamil atau bakal-bakal pengantin yang nak cepat dapat baby tu boleh try jugak okay. I makan untuk stress je okayh kalau dapat nanti bonus la tu. Huhu

Dan buat masa sekarang Sofea tambah lagi makan GLA Complex untuk bantu seimbangkan hormon dalam badan. Insyaa Allah GLA dah banyak bantu kawan-kawan Sofea yang lain . Mudah-mudahan kali ni dengan izin Allah dapat membantu masalah Sofea pulak.

Sekali SHAKLEE Selamanya Tetap SHAKLEE 😉 Tak pernah terfikir dulu masa mula-mula ambil ESP Shaklee tu akan konsisten makan Shaklee, hehe terjebak pulak. Terjebak demi kebaikan. Seronok sebenarnya ambil suplemen bila kita rasa badan kita lebih sihat dan cergas kan bukan nak bergantung pada suplemen tapi dengan keadaan sekeliling kita sekarang kita perlu lebih prihatin terhadap kesihatan tubuh badan kita. Mana tahan tiap bulan nak makan ubat klinik kan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, jadi cara nya jaga kesihatan kita dengan teratur dan selamat.

Lagi satu Produk Shaklee adalah di jamin sentiasa selamat, berkesan dan sentiasa semulajadi. Jadi tak takut, pilihan kan di tangan kita jadi buat lah pilihan yang terbaik untuk kesihatan diri kita okay.

Sofea doakan semua sahabat-sahabat Sofea diberi kesihatan yang berpanjangan. Amin

Salam Sayang,

Sofea @ Cik Pia