Makanan Yang Bagus Untuk Kecutkan Cyst & Makanan Yang Bahaya Untuk Pesakit Cyst – Diarysafiyah

Punca dan penyebab Cyst susah untuk ditentukan. Akan tetapi yang jelasnya, Cyst ini berlaku kerana ketidakseimbangan hormon dalam badan wanita.

Sofea dah cerita sedikit info di entry yang lepas. Boleh baca untuk lebih tahu sama ada makanan seperti soya bahaya atau tidak untuk pesakit Cyst.

Keadaan ini menjadikan kita untuk lebih berhati-hati dalam memilih menu makanan harian kita. Sebab apa? Cyst berlaku kerana paras estrogen yang tinggi dan meningkat dalam badan wanita, jadi salah satu cara untuk kecutkan cyst adalah rendahkan penerimaan estrogen.

Tapi macam mana? Caranya adalah dengan elakkan pengambilan bahan kimia & makanan yang tinggi dan terdedah dengan estrogen.

Sofea nak kongsikan makanan yang boleh kita cuba untuk mengecutkan Cyst secara semulajadi.

Makanan Untuk Kecutkan Cyst

1. Soya

Sumber soya seperti tofu, tempe, miso, kacang soya, brokoli, bunga kubis ia dapat membantu mengawal paras hormon estrogen dalam badan kita.

2. Sumber Magnesium

Makanan yang kaya dengan kehadiran magnesium seperti kacang almond, pisang, prun, brokoli membantu dalam mengurangkan kesakitan atau kekejangan yang sering dialami oleh pesakit cyst.

3. Omega-3

Memakan sumber makanan yang tinggi dengan Omega-3 yang merupakan asid lemak penting ia membantu mengawal gangguan hormon.

Makanan yang kaya dengan omega-3 ialah minyak ikan salmon, ikan bilis dan ikan sardin.

4. Makanan Organik

Amalkan pengambilan makanan yang organik adalah lebih selamat dan aman, kerana makanan yang terdedah dengan racun & bahan kimia boleh menganggu hormon.

Makanan Yang Bahaya Untuk Cyst

  1. Alkohol : Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan kerana ia akan meningkatkan paras estrogen dalam badan. Untuk yang masih mahu mencuba hadkan pengambilan pada wain merah sahaja tanpa dos yang berlebihan.
  2. Gandum : Elakkan pengambilan gandum yang berlebihan, kerana ia boleh menganggu hormon.
  3. Kafien : Kurangkan pengambilan kafie, kopi, soda, coklat, minuman tenaga & teh kerana ia boleh menganggu hormon dalam badan kita.
  4. Gula : Elakkan juga pengambilan gula halus, makanan yang tinggi kandungan gula halus adalah pada kek, gula-gula, kuih manis dan pastri. Makanan yang tinggi gula ini akan menganggu dan memusnahkan hormon yang kebarangkalian akan menyebabkab cyst membesar.

Selain itu pengambilan Suplemen juga baik untuk membantu kecutkan saiz Cyst. Antara suplemen yang baik adalah :-

  • Vitamin B : Pengambilan Vitamin B baik untuk membantu menyeimbangkan paras gula dan hormon dalam badan kita, terutamanya pada wanita yang cenderung mempunyai Cyst.

Kalau kita dah sedia makan multivitamin boleh semak balik kandungan Vitamin B dalam 1 tablet yang dibekalkan. Pastikan dos yang ditetapkan mencukupi untuk pengambilan harian kita.

p/s : Jika kita di diagnose mempunyai Cyst, pastikan bertindak segera melalukan pemeriksaan lanjut dengan berjumpa doktor. Jaga pemakanan supaya dapat membantu mengawal hormon dari terus bermaharajalela merosakkan sel-sel dalam badan.