Scan 3D 4D Di Sonoworld Centre Ampang | Diary Safiyah

Assalamualaikum mommy, ibu, ummi dan mama semua  🙂

Hari ni Sofea nak share pengalaman buat Scan 4D masa preggy baby Redza. Bulan ni baby Redza dah masuk 5  bulan. Ibu baru ada masa nak kongsi scan masa dia dalam perut. Huhu ibu ni

Masa usia kandungan 28 minggu rasa eksited nak tengok keadaan baby dalam perut, checkup tiap bulan di Klinik Kesihatan tapi tak ada lah scan 3D,4D semua tu kan hihi jangan demand lebih-lebih. Checkup free pun kira beruntung dah.

Jadi Sofea try la survey survey klinik berdekatan, tapi kalau dekat-dekat tu tak jumpa lagi yang sediakan perkhidmatan Scan 3D, 4D ni. Sekarang lagi upgrade siap ada 5D, canggih betul tunggu next pregnant la ya.

Survey punya survey last jumpa dekat FB scan baby di Sonoworld Centre Ampang. Deal dengan Cik Abang pun dia setuju buat scan dekat sana. Jadi ku gigihkan jua, untuk scan di Sonoworld Centre Ampang kena buat appointment dulu.

Untuk buat appointment boleh thru call atau website http://mysonoworld.com terus. Nak tengok tarikh dan masa yang available senang intai website Sonoworld. Thru call pun staff sana boleh tolong untuk set.

Masa tu set appointment thru website. Tiap hari intai FB Sonoworld Centre Ampang sebab excited punya pasal. Gigih ayah bawa jugak ibu ni nak tengok awak. Nasib dekat, hehe tak ada lah dekat sangat. Sebab dah buat appointment sampai je bagi nama tunggu kejap je. Terus masuk bilik check up. Dup dap dup dap excited taw

Bila dah scan wah dah nampak. Rasa nak menangis terus pandang ayah awak cikenit. Hehe  tengok macam mana baby Redza masa dalam perut ibu. Alhamdulillah anugerah dari Allah yang sangat hebat. Masa balik scan awak ibu betul-betul tak sabar tunggu kelahiran awak sayang 🙂

Masa scan tu amek pakej RM 100 tak silap siap dapat CD lagi, CD tu ada gambar + Video. Berbaloi sebab ibu boleh play bila masa ibu nak. Ehh lupa siap dapat 1 gambar free sampai rumah boleh terus frame.

Alhamdulillah, comel hidung macam ayah. Hiks Tq Sonoworld Centre Ampang scan memuaskan sangat.  Jelas muka dia, jantina pun terus nampak. hehe Ibu jangka gegirl sekali pistol awak tunjuk. Hehe Hidung sama macam dalam scan bila keluar, tang hidung je nampak dlu. Lahir cenonit sekarang debab kalah ibu. Dia lahir lebih seminggu dari EDD yang KK bagi, tapi lebih 2 hari kalau ikut masa scan di Sonoworld tu, ayah ingat anak merdeka sekali ibu rileks je duk rumah masa 31 Ogos. Hehe kesian ayah

Nah belanja gambar sikenit debab ni umur 5 Bulan. Nama diberi Mohammad Redza Rahadian Bin Syahrullah, “ibu minat pelakon indonesia tu ke ibu?” Haha tak sayang nama tu terdetik masa nak bagi nama awak, Moga anak ibu jadi anak yang soleh didunia dan diakhirat. Amin

Mommy to be yang tengah survey2 nak scan baby 3D,4D atau latest 5D try pegi Sonoworld Centre Ampang. Murah dan puas hati. Ibu doakan baby aunty2 semua sihat dan comel comel belaka ya. Amin

Salam sayang,

Baby Redza & Ibu