GLA Complex | Diarysafiyah

Assalamualaikum.w.b.t

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati kehidupan oleh Allah s.w.t. Apa khabar semua sihat hari ni? Harapnya semua dalam keadaan baik dan sihat. Okay hari ini Sofea nak kongsi kan satu rutin harian yang Sofea amalkan setiap hari. Rutin harian apa tu? Hehe Rutin pengambilan suplemen setiap hari.

Sebelum ini Sofea tak pernah ambil apa-apa suplemen untuk kesihatan tubuh badan. Yang makan asyik ubat klinik je bila sakit, suplemen tak pernah. Sebab tak pernah ambil tahu suplemen ni apa. Hehe Eh tapi suplemen dengan ubat berbeza ye jangan salah faham pulak.  Nak fahamkan apa beza suplemen & ubat KLIK SINI  Sofea ada terangkan sikit perbezaannya yang memang berbeza. Klik ok

Sejak kenal Shaklee Sofea dah mula yakin dengan pengambilan suplemen bagi menjamin  kesihatan yang berpanjangan. Selepas konsisten pengambilan suplemen ni Sofea dah rasa perbezaan nya. Kalau macam dulu selalu demam, selsema mudah terkena jangkitan Alhamdulillah sekarang jarang kena jangkitan dan demam.

Hebat sangat ke suplemen Shaklee ni? Lumba siapa hebat hehe bagi saya hebat atau tidak tak penting, yang penting adalah keberkesanannya pada diri kita. Eh terpanjang pula membebelnya. Okay sofea kenalkan ini suplemen  yang Sofea amalkan setiap hari.

  1. ESP (Energizing Soy-Protein)
  2. Sustained Release Vita-C
  3. B-Complex

Ketiga-tiga suplemen tu adalah suplemen dan vitamin asas yang Sofea amalkan, macam Sofea cerita mula-mula dulu Sofea kenal Shaklee sebab acah nak kurus mula ambil ESP lepastu sambung pulak Vita-C dan  seterusnya baru Sofea tambah suplemen @ vitamin Shaklee yang lain.

Kesannya? Alhamdulillah pernah lose weight sampai 4 KG lepas minum ESP walaupun sekarang dah naik balik sebab bahagia kerja makan jea huhu (cover perut) Dan makan SR VITA-C makin hari makin nampak perubahannya walaupun kulit muka tak plawless macam Nora Danish. Makan B-Complex sebab nak kurangkan stress maklumlah kerja + buat persiapan kan macam-macam fikir. Legakan stress dengan pengambilan B-Complex tak adalah jerawat naik menderu-deru kan.  Lagi satu ia baik untuk wanita yang dalam perancangan untuk hamil atau bakal-bakal pengantin yang nak cepat dapat baby tu boleh try jugak okay. I makan untuk stress je okayh kalau dapat nanti bonus la tu. Huhu

Dan buat masa sekarang Sofea tambah lagi makan GLA Complex untuk bantu seimbangkan hormon dalam badan. Insyaa Allah GLA dah banyak bantu kawan-kawan Sofea yang lain . Mudah-mudahan kali ni dengan izin Allah dapat membantu masalah Sofea pulak.

Sekali SHAKLEE Selamanya Tetap SHAKLEE 😉 Tak pernah terfikir dulu masa mula-mula ambil ESP Shaklee tu akan konsisten makan Shaklee, hehe terjebak pulak. Terjebak demi kebaikan. Seronok sebenarnya ambil suplemen bila kita rasa badan kita lebih sihat dan cergas kan bukan nak bergantung pada suplemen tapi dengan keadaan sekeliling kita sekarang kita perlu lebih prihatin terhadap kesihatan tubuh badan kita. Mana tahan tiap bulan nak makan ubat klinik kan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, jadi cara nya jaga kesihatan kita dengan teratur dan selamat.

Lagi satu Produk Shaklee adalah di jamin sentiasa selamat, berkesan dan sentiasa semulajadi. Jadi tak takut, pilihan kan di tangan kita jadi buat lah pilihan yang terbaik untuk kesihatan diri kita okay.

Sofea doakan semua sahabat-sahabat Sofea diberi kesihatan yang berpanjangan. Amin

Salam Sayang,

Sofea @ Cik Pia

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini Sofea nak kongsi dengan semua sedikit berita gembira yang dikongsi bersama saya sebelum ini. Kisah Wanita yang telah berjaya mencapai hasratnya setelah berusaha dan ikhtiar untuk menimang cahaya mata 🙂

Setiap perkahwinan mesti mengimpikan  hal yang terbaik. Salah satunya adalah kelahiran cahaya mata. Di awal perkahwinan kebanyakan pasangan telah merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Tetapi kita hanya merancang segala-galanya Allah yang menentukan.

Ada yang merancang sehabis baik tetapi tak ada rezeki buat dia dan pasangannya. Ada juga yang tak merancang pun nak dapat baby dalam masa terdekat tapi Allah bagi rezeki tu cepat. Allahuakhbar sungguh luas kuasa Allah.

Keguguran Kali Pertama

Setiap alam perkahwinan kita mesti inginkan cahaya mata. Tetapi setiap orang rezeki nya berbeza kan? Semoga kisah wanita yang mengalami keguguran kali pertama ini tidak mematahkan semangat pada yang menghadapi ujian yang sama sepertinya.

Selepas disahkan hamil, satu dalam lima kes keguguran akan berlaku diawal kehamilan. Ia kerana faktor-faktor tertentu yang mengakibatkan kandungan menjadi lemah atau kurang sihat.

Pengalaman keguguran adalah satu peristiwa yang menyedihkan. Bagaikan mimpi ngeri orang kata. Tapi kita tak minta. Ini dah peraturanNya. Jadi usah terus bersedih, teruskan berusaha untuk mendapatkannya.

Kita sebagai hamba Allah percaya setiap inci ujian dari Allah pasti ada hikmahnya. Berdoa dan bertawakal lah pada Allah.

Punca Keguguran

Terdapat banyak punca berlakunya keguguran atau miscarriage diawal kehamilan. Antaranya ialah :-

  •  Wanita mengalami masalah kesihatan yang kronik
  • Kelemahan Dinding Endometrium (janin tidak melekat dengan baik)
  • Wanita terlibat dengan kemalangan atau jatuh ditangga @ bilik air
  • Kualiti sperma dan ovum yang disenyawakn kurang sihat dan sempurna
  • Ketaknormalan Kromosom
  • Dinding rahim lemah

Cara Mencegah Keguguran

Persediaan awal untuk hamil adalah sangat penting. Membuat persediaan awal dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi membantu menyokong kesihatan ibu dan perkembangan bayi dengan baik. 

Oleh itu, untuk wanita yang pernah mengalami keguguran disarankan untuk bermula semula dengan mengambil vitamin dan suplemen tambahan dan bagi menyokong ketahanan masalah dinding rahim yang lemah . Amalkan pengambilan makanan yg berkhasiat bagi menyokong kesihatannya.

Setiap vitamin mempuyai fungsi dan kebaikan yang berbeza. Jadi boleh mulakan dengan pengambilan Vitamin C, E, B dan juga folik asid yang boleh menyokong perkembangan bayi dengan baik dan sihat. 

Sofea nak kongsi satu kisah seorang wanita yang pernah mengalami situasi yang sama. Iaitu keguguran di awal kehamilan. Kehilangan bayi dalam kandungan memang sangat-sangat menyedihkan bagi bakal-bakal ibu terutamanya jika itu adalah yang pertama. 

Akan tetapi hal itu bukan penghalang untuk terus sedih dan kecewa. Kerana anak itu rezeki, Allah dah tetapkan setiap rezeki hambanya. Asalkan kita berusaha dan meminta padanya.

Keguguran Ketika Usia Kandungan 5 Bulan

Puan D pernah mengalami keguguran setelah usia kandungannya hampir 5 bulan. Ia adalah satu ujian yang hebat untuknya dan suami. Allah jadikan wanita ni sangat kuat, walaupun Puan D dah melalui fasa keguguran selepas itu dia tak pernah putus berusaha.

Keguguran bukan penghalang atau pematah semangat untuk nya berusaha mendapatkan cahaya mata. Terus berusaha dan berdoa selepas itu tawakal dan berserah pada Allah.

Doktor sahkan keguguran berpunca kerana dinding rahim yang lemah. Tetapi, setelah hampir 10 bulan selepas keguguran Puan D disahkan hamil semula. Disamping berdoa dan berusaha Puan D juga mengambil inisiatif lain dengan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. 

Testimoni Set Kesuburan 

Set Kesuburan Shaklee 


Suami 

Zinc Complex – Membantu meningkatkan kuantiti sperma dan kematangan organ seks lelaki

Vita- E Complex -Membantu memekatkan air mani dan meningkatkan kelajuan & ketepatan sperma menuju sasaran

Isteri

GLA Complex – Membantu menstabilkan hormon yang tidak seimbang menyebabkan kesukaran untuk merancang kehamilan

B-Complex – Membekalkan Asid Folik lengkap dengan vitamin B bagi persediaan awal untuk hamil

Bagaimana Untuk Dapatkannya? 

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

GLA Complex Shaklee

GLA (gamma-linolenic acid) Shaklee diestrak dari borage. Kebanyakkan GLA yang ada dipasaran pada masa ini dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). GLA yang diestrak dari borage mengandungi 2 kali ganda kandungan GLA berbanding dalam EPO yang ada dipasaran.

Kelebihan GLA yang diestrak daripada Borage 

  • 3 kali ganda lebih dari segi bioavalabiliti
  • 2 kali ganda kandungan GLA berbanding EPO
  • 3 kali lebih berkesan dari EPO

1 kapsul GLA Shaklee mengandungi lebih 300mg GLA yang merupakan sumber terbaik Omega-6. Ia digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamen E untuk membantu keberkesanannya.

Manfaat Utama GLA Shaklee

  • Herba Tradisi yang dipercayai

Borage adalah herba tradisi yang membantu merawat ulser, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat dan meningkatkan stamina

  • Mengawal Selia Hormon Estrogen dan Testosteron

Ia membantu membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita.

Membantu melegakan dan memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing dan sakit payudara.

Ia memperbaiki keadaan menopous seperti hot flashes, imsonia,depresi.

Pengambilan jangka masa panjang juga membantu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit lebih muda.

GLA membantu memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap membuang air kencing.

Ia adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan membantu menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

  • Memperbaiki inflamasi kulit

GLA membantu mengatasi masalah inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering dan memperbaiki bintik penuaan.

Ia juga membantu meringankan kesakitan dan bengkak akibat rheumatid atau artritis.

  • Menghalang & mengurangkan tekanan Darah Tinggi

GLA membantu menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah atau pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi.

  • Menghalang Pertambahan Berat Badan

Ia membantu merendahkan kolesterol LDL, ekaligus menghalang penambahan berat badan dengan berkesan

  • Mengatasi Hiperakif dan Autisma (ADD/ADHD)

Telah dibuktikan secara klinikal bahawa minyak ikan yang terkandung dalam GLA membantu memperbaiki keadaan kanak-kanak autisme dan yang hiperaktif dan sukar menumpukan perhatian.

Fakta Nutrisi Setiap Hidangan

Bilangan Setiap Botol

60 biji kapsul dalam 1 botol

Cara Makan GLA Complex

Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 kali sehari 1 biji kapsul setiap kali pengambilan

Untuk Pelangsingan, Menopaus, Hyperaktif : 2 kali sehari, 2 biji kapsul setiap kali pengambilan

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet tambahan.

Sekiranya, anda ingin mencuba produk kesihatan Shaklee seperti diatas , saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan kita. Demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.