4 Tips Buang Angin Dalam Badan | Diary Safiyah

Badan berangin? Rasa sangat tak selesa. Rasa semua benda tak kena sakit satu badan. Sakit huhu Sofea yakin semua orang mesti pernah mengalami masalah angin dalam badan.

Apa nak buat bila badan berangin? Kita mesti nak ikhtiar untuk buang angin dalam badan kan.

Angin yg termendap didalam badan kebiasaannya akan membuatkan kita rasa kembung perut, loya, pening sehinggakan menganggu prestasi perkerjaan kita. Gas berlebihan dalam badan yg menyebabkan badan berangin ini dapat dikeluarkan melalui burps. Pandai-pandai la cover ye korang huhu

Hari ni Sofea nak kongsikan beberapa tips atau cara buang angin dalam badan untuk rujukan dan solusi untuk semua. Jom cuba jangan simpan angin beracun tu dalam badan lama-lama ya.

β€œTips Buang Angin Dalam Badan”

1. Halia

Halia merupakan bahan tradisional yang sangat popular dalam bertindak buang angin dalam badan. Rasanya sangat sedap dan lega bila minum air halia.

Sekarang halia terdapat dalam pelbagai bentuk seperti minuman uncang, teh halia, serbuk halia merah dan sebagainya. Boleh bancuh dan minum untuk buang angin dalam badan.

Pengambilan secara semulajadi juga amat digalakkan kerana sifat semulajadinya akan lebih mudah membantu buang angin dalam badan.

2. Pengambilan Minuman @ Ubat Herba

Minuman atau ubatan herba juga boleh membantu buang angin dalam badan. Sifat herba yang semulajadi sangat mudah membantu angin dikeluarkan dari dalam badan.

Ubatan herba ini boleh didapati di farmasi berdekatan, ia sudah tersedia dalam bentuk cecair atau tablet. Pastikan dos mengikut keperluaannya. Tidak berlebihan daripada dos yang dihadkan.

3. Berurut Badan

Berurut merupakan salah satu solusi yang sangat sangat melegakan. Angin akan mudah dibuang atau dikeluarkan dari dalam badan selepas berurut.

Bila berurut badan akan merasa lebih ringan dan segar. Dan angin akan keluar dengan sendirinya. Biasa kalau berurut di spa selepas diurut kita akan diberikan air halia untuk membantu memudahkan lagi pengeluaran angin. Jadi anda boleh cuba juga minum air halis selepas berurut.

4. Pengambilan Peppermint Ginger Plus Shaklee

Peppermint Ginger Plus merupakan halia pudina yang dapat membantu buang angin dalam badan dan seterusnya membantu melegakan sistem penghadaman. Ia sangat sesuai untuk membantu kita dalam masalah angin dalam badan.

Pudina pula menggalakkan penyerapan nutrisi halia dan membantu melegakan perut. Sangat sesuai diambil oleh mereka yang selalu masuk angin atau ibu mengandung yang kerap loya dan muntah.

Kelebihan Peppermint Ginger Plus

πŸƒ Membantu mengeluarkan Angin dari dalam badan πŸƒ Rasa Kesegaran Pudina nya yang membantu melegakan perut πŸƒ Membantu keselesaan perut dan badan

πŸƒ Membantu melegakan loya muntah ibu mengandung