Pill Box Daiso | Diary Safiyah

Assalamualaikum.w.b.t

DAISO? Macam penah dengar tapi tak tahu apa 😀 Rasa-rasanya ramai dah tahu Daiso ni apa kan? Lebih kurang macam kedai 2 ringgit gitu lah. Cumanya dekat Daiso nie rata-rata barang nya RM5 dan macam-macam ada kat sana. Boleh rambang mata kalau ke sana. Hehe Pergi Daiso nak cari apa? Cari Pill Box je, Hehe Eh kemain sampai ke Daiso cari Pill Box ye cik kak. Dekat Watson ke Guardian ke tak ada ke?

Bukan tak ada dah tak terhitung berapa kali beli asyik hilang je. Beli kat sana jenis yang boleh pisahkan tu. Biasa nya pill box ni kan ada yang Mon-Sun kan cukup lah seminggu. Dah isi siap2 Vitamin apa nak makan dari isnin sampai ahad tu, tapi Sofea ni lebih suka pisahkan pillbox tu. Hehe jadi yang akhirnya always tercicir kat mana-mana. Haha

Pill Box panjang Mon-Sun tu boleh bertahan dalam masa sebulan lebih je. Haha tak tahu ke mana.

Okay memandangkan ramai pulak yang PM dan tanya beli mana kan hehe mesti dah terjatuh cinta jugak tu dengan Pill Box ni sejak Sofea post di wall fb tempoh hari.

Sofea beli di Daiso dekat One Utama, masa beli barang hantaran saje singgah Daiso cuci mata nampak Pill Box yang comel lagi flexible bila letak vitamin tu. Grab terus lah hehe RM 5 je pun satu bekas boleh angkut vitamin kemana-mana. Murah dan jimat lagi tu.

Al maklum lah asyik hilang je kan, nak angkut botol2 vitamin tu besar-besar tak muat beg nanti. Jadi dah ada ni sekarang senang dah angkut kesana kemari vitamin kita .

                                   Cantik & Flexible kan?

Pill Box Daiso ni ada 6 tempat khas untuk simpan Vitamin @ Ubat. Cukup untuk simpan stok selama 6 hari. Paling senang bawa pergi kerja. Masuk je siap2 dalam beg. Akak tak cari lain dah lepas ni. Jangan risau ok Pill Box. Haha (ayat confiden tak hilang) Dan tak ada kata hilang ke tercicir sebab Pill Box kali ni besar. Kalau tercicir jugak angkut lah botol tu padan muka. Hahaa :’)

Yang nak beli Pill Box macam ni boleh singgah di Daiso ya. Dekat Malaysia ni banyak dah Cawangan Daiso ni sekarang. Merata boleh jumpa. KLIK SINI untuk cari cawangan DAISO yang berhampiran dengan kawasan korang Ok 😉

Salam Sayang,

Sofea aka Cik Pia