Ubat Gastrik Terbaik

Gastrik merupakan satu penyakit yang biasa kita dengar dikalangan masyarakat masa kini. Ia menyerang tidak mengenal usia.

Gastrik dalam istilah perubatan yang dikenali gastritis merupakan penyakit keradangan pada dinding atau mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif. Gastrik merupakan penyakit yang berpanjangan akan tetapi ia masih boleh diubati dan dirawat.

“Jenis-Jenis Gastrik”

1. Akut – Apabila keradangan berlaku secara mengejut. Lazimnya disebabkan oleh gabungan rasa panas membakar atau ketidakselesaan dibahahian atas abdomen @ hulu hati.
2. Konot – Ia terjadi secara perlahan-lahan dan dalam jangka masa yang panjang. Ia cenderung menyebabkan kesakitan atau rasa terlalu kenyang dan hilang selera makan

“Punca-Punca Gastrik”

* Merokok * Pengambilan ubat penahan sakit terlalu kerap seperti aspirin,ibuprofen dan naproxen * Pengambilan alkohol yang berlebihan * Terlampau stress * Pengambilan makanan dan minuman yang bersifat menghakis * Jangkitan kuman / perasit

* Rembesan asid gastrik yang berlebihan