Avillion Port Dikson – Day 2

Hari ke-2 di Avillion Port Dikson sungguh terasa ketenangannya. Awal pagi jam 4 pagi pun dah terjaga dengar bunyi ombak dari bawah chalet tu. Tenang do do do hihi

Swimming 

Awal pagi bawa si kecik lompat pi pool lagi hari terakhir kan. Tapi dia tak lama dah mandi sebab bosan dah dari semalam rasa pool tu tapi kalau bawa anak-anak memang seronok pi Avillion Port Dikson ni anak-anak enjoy

Mini Zoo – Sesi Bagi Makan Rabbit & Ayam

Hah kalau korang nak tahu di Avillion Port Dikson ada Mini Zoo taw. Ada beberapa haiwan seperti arnab, ayam, burung merak, kura-kura yang boleh anak-anak pegang dan tinjau dalam Mini Zoo ni. Memang enjoy bawa anak ke sini.

Avi Spa

Avi Spa ni kalau tak bawa anak atau pun pasangan yang fefeling honeymoon ok sangat naik ke sini. Bawa anak ni kekangan sikit spend time lebih dekat pool dan tempat permainan dia hihi

Tapi seronok kalau dapat view dari atas ni sebabnya pemandangan dari atas sangat cantik dan tenang. Fefeling gitu uolls

Memang kalau shorvacay hujung minggi atau cuti sekolah memang seronok dan enjoy bawa family ke sini. Sebab bila dah jejak Avillion tak mau dah keluar macam-macam aktiviti ada kat sini.

Belah petang atau pagi boleh berlari-lari ke pantai, pantai area chalet je uolls lari la ke area pantai bawa anak-anak bina istana pasir ke memang seronok.

Nah Sofea belanja gambar-gambar di Avillion Port Dikson untuk shortvacation sempena anniversary ni.

Selama 2 Hari 1 Malam di Avillion Port Dikson ni sangat mengujakan. Rasa next trip nak ke sini lagi enjoy sangat uolls, harga bilik pun berpatutan. Untuk tempahan Sofea buat di Agoda kalau korang nak compare harga boleh klik Trivago untuk perbandingan harga.

Memang seronok lah, insyaa Allah doakan murah rezeki, panjang umur akan ke sini lagi. Sangat enjoy dan tenang bila berada di Water Chalet ni.

Insya Allah will come again Avillion Port Dikson ❤️