Avillion Port Dikson, Negeri Sembilan

Sempena nak masuk bulan Oktober dan bulan ni adalah bulan Annivesary ibu ayah yang ke 3 Tahun dan hadiah birthday baby Redza yang ke 2 Tahun, Ayah bawa kami untuk shortvacation ke Avillion Port Dikson selama 2 hari 1 malam. Nama pun shortvacay kan 2H1M je kata ayah, tak boleh lama-lama hihi

Ini adalah kali kedua bawa Redza bercuti, dia dah besar sikit ni dan dah pandai tanya itu ini seronok lah bawa dia bercuti. 2H1M yang penuh bermakna di Avillion Port Dikson ni, rasa nak repeat lagi pun ada.

Perjalanan kami ke Avillion Port Dikson mengambil masa lebih kurang selama 1 jam 45 minit dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanan sangat smooth, Redza sempat tidur dalam perjalanan. Sebelum ni pi Melaka 2 jam lebih dia bertahan tak tidur taw jenuh melayan sampai bosan dia dalam kereta tu. Mujur tidur dapat recharge energy dia sebelum check in ke hotel.

Day 1 : Check In Time

Waktu Check In Avillion Port Dikson adalah bermula jam 3 petang, tapi Sofea request check in awal sikit sebab ada anak kecik kan. Jadi awal dalam setengah jam je macam tu lepas solat jumaat terus Check In. Request masa booking tu, kalau available rezeki la boleh check in awal 

Parking FREE 

Memandangkan kami drive sendiri, Avillion Port Dikson ni dah siap sediakan parking Free taw. Sampai je turunkan barang husband terus parking senanglah bagi kami yang bawa kereta ni kan dan kot ada barang tertinggal dalam kereta contohnya Stroller anak ke leh lari laju laju capai hihi sebab Redza da turun tiba-tiba minta Stroller ayah pi capai ambil dekat kereta

Staff Friendly

Dari turun kereta staff dah layan bak puteri, ewah kemain eh yela hotel 5 star kot memang haruslah gitu agaknya. Staff semua beri layanan terbaik dari check in sampailah check out. Kadang bukanlah nak layanan terbaik 10 bintang, tapi bila staff baik, senyum dan bila kita bertanya jawab dengan sopan tu pun da sangat baik untuk kita sebagai tetamu ni kan. Avillion Port Dikson staff semua friendly

Dah check in, masuk mandikan Redza bagi susu dan rehat. Fuhh layan lah kenikmatan duduk di Water Chalet tu. Sofea booked bilik yang atas air tu dekat Agoda.com pilih yang Water Chalet nama dia bilik tu atas air tapi balkoni menghadap ke bilik jiran-jiran hadapan hihi not bad lah sangat tenang bila bukak tirai tengok air 

Tujuan utama shortvacation yang ni memang nak Free Mind dari kesesakan bandar dan kerja hihi memang tenang duk tepi pantai baring pun dengar bunyi ombak tu sangat tenang. Petang lepas check in tu da habis rehat kita jalan-jalan satu Avillion.

Avillion Water Chalet, Capetown 408

Dari Lobby Hotel lepas Check In turun ke bilik tak jauh pun, rezeki dapat bilik dekat dengan pool pulak tu hihi Lorong bilik Sofea sebelah pool je dia ada beberapa cabang bilik taw yang paling dekat dengan pool tu Water Chalet Capetown. Jadi petang tu lepas jalan-jalan area hotel terus bawa Redza mandi pool.

Swimming Pool ada 2 dekat main Lobby tu satu dewasa dan satu kanak-kanak. Kanak-kanak punya siap ada slides taw memang budak-budak suka lah turun naik situ hehe Dan ada lagi 1 Private Pool untuk dewasa sahaja. Private Pool di Avillion ni 24 jam taw ikut lah pukul berapa korang nak terjun ke pool tu huhu asalkan tak menggigil nak berendam dalam pool tu tapi make sure nak terjun pool semua kena pakai Swimming Suit ok

Apa lagi aktiviti selain swimming dan jalan-jalan cuci mata dalam Avillion ni? Kita sambung untuk next day ya. 

Day 2 ni dari awal pagi Sofea dah terjaga sejuk satu hal, yela bawah chalet kita air memang terasa sejuk dia taw. Sebelum Sofea lupa dalam chalet kita ada private tub taw jadi kalau bawa anak-anak memang heaven sangat sebab Redza pun lepas mandi pool dia sambung mandi dekat tub dalam bilik tu

Kita sambung Day 2 next entry ya, bye..