4 Resepi Mudah Air Detox Semulajadi | Diary Safiyah

Assalamualaikum.w.b.t… Hari ini saya nak kongsi satu cara untuk kita detoks badan kita secara semulajadi. Mungkin ramai yang dah cuba atau baru nak cuba buat Air Detox atau Infused Water sendiri dekat rumah kan. Lebih-lebih lagi dengan faktor sekarang. Gaya hidup kita dan cara pemakanan kita pada hari ini.

Kebanyakan daripada kita tidak mengambil berat tentang apa yang kita makan. Betul atau tidak? Masyarakat kita pada hari ini lebih suka makan makanan yang sedap dan kurang mengambil tahu tentang khasiatnya. Asal sedap makan je lah. Dan dalam tak sedar badan kita akan mengumpul bahan toksin yang tak dapat dikeluarkan.

Oleh itu, kita perlu untuk detoks bagi membantu menyingkirkan segala bahan buangan @ toksin di dalam badan kita. Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua kali secara konsisten.

 

MAKSUD DETOKS?

Detoks atau detoksifikasi adalah proses dimana pembuangan atau penyingkiran racun atau toksin dari dalam badan manusia.

APA PULA MAKSUD INFUSED WATER ?

Air Detox atau Infused Water adalah air yang diperbuat daripada campuran air mineral berserta buah-buahan yang terpilih. Ia dipanggil Infused Water. Kebiasaannya untuk menghasilkan Infused Water kita hendaklah membiarkan buah-buahan yang dicampurkan bersama air mineral itu tadi dalam tempoh masa 5-6 jam sebelum diminum. Air detox atau Infused Water ini membantu  kita mempercepatkan dan memudahkan proses pembuangan atau penyingkiran toksin dalam badan kita.

Caranya senang je potong buah-buahan campurkan bersama air mineral dalam bekas atau botol air dan tinggalkan selama 5-6 jam. Esok bangun pagi boleh minum dah. Senangkan? Rasanya yang agak masam mungkin membuatkan kita kurang selesa nak minum tapi bila dah biasa, minum Infused Water macam minum air mineral dah.

Biasanya saya akan buat Infused Water 3 kali seminggu dan saya tak akan simpan Infused Water tu lama-lama.  Buat untuk sekali minum dan untuk hari seterusnya buat lagi. Seronok sebab Infused Water ni memudahkan bahan toksin dalam badan kita disingir keluar. Badan pun sihat dan lebih bertenaga.

KELEBIHAN AIR DETOX @ INFUSED WATER

  • Membantu membersihkan dan menyingkirkan toksin dalam badan
  • Membantu mengempiskan perut. Infused Water merupakan minuman detoksifikasi yang bagus untuk membantu perut dalam proses pencernaan yang baik. So banyak kan minum air kosong atau infused water ye kalau nak perut selim macam Abang Ali 😉
  • Mencantikkan kulit, kulit lebih lembap tidak berminyak dan kelihatan awet muda. Bila kita minum air yang secukupnya sel sel kulit kita pun sihat tu yang kulit lembap macam kulit baby tu kan. Nak kulit cantik jom rerajin minum infused water
  • Lebih bertenaga. Infused Water ni bukan air magik taw minum minum terus ada tenaga lari sepantas kilas tak. Hehe  Infused Water membantu membekalkan keperluan air dan membersihkan segala kotoran (toksin) dalam badan kita.

Bila badan bersih kita pun jadi lebih cergas dan ringan untuk buat aktiviti apa saja kan? Sebab tu minum 8 gelas air kosong penting dalam harian kita. Kalau rasa air kosong tu tak sedap hah Infused Water lah jawapannya. Bagi tekak kita berbuah-buah rasa kenikmatan Infused Water ni yea.

PEMBAKARAN LEMAK, PENCERNAAN & SAKIT KEPALA

RESIPI :

  • TEH HUJAU
  • DAUN PUDINA
  • LIMAU

Teh hijau sangat lazim dalam kalangan masyarakat cina. Kerana ia adalah herba yang baik dalam membantu menurunkan berat badan. Untuk membuat Infused Water teh hijau boleh dicampurkan dengan daun pudina yang terkenal dengan sifat kesegarannya dan limau nipis. Campurkan kesemuanya dan peram selama 5-6 jam sebelum diminum. Insyaa Allah ia dapat membantu membakar lemak dalam badan kita, melancarkan sistem pencernaan sekaligus membantu sesiapa yang sering mengalami sakit kepala.

PENGHADAMAN YANG BAIK & SOKONGAN GULA DALAM DARAH 

RESIPI : 

  • TIMUN 
  • STRAWBERI
  • BUAH KIWI

Gabungan Timun, Strawberi dan Buah Kiwi sangat membantu dalam penyokongan gula dalam darah. Seperti yang kita tahu tubuh kita memerlukan glukosa bagi menghasilkan tenaga yang maksimum. Kekurangan glukosa juga adalah salah satu punca kita lesu dan lemah dalam melakukan sebarang aktiviti. Infused Water yang telah diperam ini mampu membantu menyokong keperluan gula dalam darah kita sekaligus membantu melancarkan sistem penghadaman. Rasanya pun sedap 😉 Tak rugi mencuba kan.

MEMBANTU MENGAWAL SELERA MAKAN & PENGHIDRATAN SISTEM PENCERNAAN

RESIPI :

Gabungan ketiga-tiga campuran tersebut iaitu Timun, Lemon dan Limau Nipis sangat membantu dalam melancarkan sistem pencernaan kita sekaligus ia membantu kita mengawal selera makan. Ia sesuai diamalkan pada sesiapa yang dalam rancangan nak diet atau tengah diet tu kan. Kira bonus lah ni, minum Infused Water dapat lancarkan sistem pencernaan dan kawal selera makan kita. Bila selera makan dah terkawal senang lah nak capai target Nomal BMI kan. Hehe Kekakak yang diet tu boleh lah cuba resipi yang ni. Kot lah betul-betul terslim mahu cik abang tak tambah sayang kan 😉

MEMBANTU MENGEMPISKAN PERUT BONCET

RESIPI :

  • TIMUN
  • DAUN PUDINA
  • LEMON
  • HALIA

Resipi yang ni mesti ramai yang suka kan? Hehe abang-abang kekak yang perut comel ala ala ibu peknen tu. Penat dah cuba pelbagai produk nak kempiskan perut tapi still memboyot jugak? meh kita cuba yang ni pulak. Secara semulajadi je kita pun tak risau dengan kandungan dia sebab memang healthy atau sihat. Boleh buat sendiri je.

Timun, Halia, Daun Pudina dan Lemon sangat bagus untuk membantu kita dapatkan perut yang menawan. Ala ala macam abang ali tu. Huhuuu Macam biasa campur dengan air bahan-bahan tu so jadilah Infused Water. Nak lagi flat perut tu selitkan dengan senaman urmmm memang best hasilnya 😉 So jom cuba sekarang. Jom kurus dan dapatkan perut flat slim dan ramping macam Erra Fazira cik abang pun makin sayang nanti 😉

Sedikit info penting yang saya nak share dengan semua. Anda perlu tahu, Tubuh Badan kita memerlukan air yang secukupnya untuk membantu melancarkan proses sistem dalam tubuh badan kita. Sebabnya dalam air atau nama saintifiknya H2O mengandungi oksigen yang akan dibekalkan keseluruh tubuh badan kita.

Oksigen sangat penting untuk setiap organ dan sistem dalam tubuh badan manusia. Ia juga membantu dalam melancarkan peredaran darah. Oleh itu, minum air yang cukup sangat dititik beratkan bagi menjamin kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang.

Dengan Infused Water bukan bermaksud kita tak perlu minum air kosong. Ia adalah salah satu cara untuk membantu kita yang dalam golongan ‘tak suka minum air kosong’ ‘tak masuk nak minum air kosong mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Sekaligus, Infused Water membantu membekalkan nutrisi semulajadi yang ada pada setiap buah-buahan tersebut dan menyahdetoks kan segala racun dalam badan.

  25 KILOGRAM = 1 LITER AIR KOSONG Jadi tak salah kalau kita minum Infused Water selain dapat detox kita juga dapat bekalkan air untuk tubuh badan kita. Pelbagai resepi Infused Water yang boleh kita cuba setiap hari bagi membantu menyahdetoks kotoran dalam tubuh badan kita. Nak DETOKS? Infused Water boleh membantu kita untuk detoks atau buang segala toksin yang tersimpan lama dalam badan kita. Boleh pilih mana satu resipi yang kita lebih senang dan selesa nak minum yea. Boleh tukar-tukar resipi mengikut kehendak kita. Lagipun senang je nak buat boleh buat sendiri dirumah kan? Selamat Mencuba  🙂