Vitamin Untuk Banyakkan Susu

Amal 5 Petua Untuk Banyakkan Susu Ibu Masa Berpantang

Ibu risau susu sikit di hari pertama selepas kelahiran? Cari cara untuk banyakkan susu ibu masa berpantang?

Dah bagi baby menyusu tapi baby masih merengek macam tak puas minum susu. Jangan risau dan terlalu gelabah hingga membuat keputusan ke jalan yang singkat.

Banyak petua untuk banyakkan susu ibu masa berpantang yang boleh ibu cuba & amalkan asalkan ibu jangan berputus asa.

Cuba dulu, insya Allah berkesan & dont give up.

5 Petua Banyakkan Susu Ibu Masa Berpantang

1. Set Minda Untuk Susukan Baby Secara Eksklusif

Dari awal ibu kena set minda ibu untuk berikan baby susu badan sepenuhnya secara eksklusif. Yang ini penting untuk elak ibu berfikir susu tak cukup & akhirnya topup dengan formula.

Berikan baby susu badan secara eksklusif sejak dari hari pertama kelahiran.

Minda kita adalah minda separa sedar, bila kita dah mula set minda contoh untuk susukan baby hingga 2 tahun.

Kita dah tak akan berfikir untuk dapatkan susu formula bagi membantu penyusuan bayi. Jadi setkan diminda ibu “saya nak susukan anak saya secara eksklusif hingga umur 2 tahun”.

2. Fahami Keperluan Bayi

Ibu ramai yang sangka bila baby kerap menangis dia lapar.

Baby Lapar

Baby Tak Cukup Susu

Breast ibu kecik susu tak ada

Susu ibu sikit baby tak puas

Ibu, ayah tolong faham bahawa perut bayi adalah sangat kecil tak sama macam perut kita

Untuk sekali penyusuan baby tak perlukan segelen air susu pun, ada jumlah yang tertentu mengikut keperluannya.

Hari pertama kelahiran saiz perut bayi hanyalah sebesar sebiji buah ceri sahaja.

banyakkan susu ibu masa berpantang

Jadi ibu tak perlu risau bila susu keluar sikit je selepas bersalin, yang penting bagi baby menyusu.

Kalau ibu perasan air susu ibu masa hari pertama selepas bersalin tak memancut mancut pun beza dengan hari hari seterusnya, jadi tak perlu risau ya.

Bila ibu terlalu risau akan jadi murung, kemurungan pun boleh ganggu penghasilan susu ibu nanti. Nanti susu sikit ingat badan memang ditakdirkan tak ada susu.

Fikir positif dan yakin ibu boleh hasilkan susu yang banyak untuk anak.

3. Pastikan Kedudukan & Lekapan Yang Betul

Kedudukan Bayi Waktu Menyusu

Kedudukan bayi semasa menyusu juga penting bagi merangsang banyakkan susu ibu. Masa nak susukan baby tengok balik betul tak kedudukan baby dalam pangkuan ibu.

Selesa tak anak kita masa nak menyusu, kedudukan yang selesa akan membuatkan bayi lebih tenang & sempurna untuk menyusu.

banyakkan susu ibu masa berpantang

Ada 4 jenis kedudukan yang boleh ibu cuba & praktikkan untuk membantu penyusuan yang selesa dan sempurna untuk bayi kita. (Refer pada gambar di atas)

Lekapan Mulut Bayi Ketika Menyusu

Ibu sebelum menyusu pastikan lekapan mulut bayi pada bahagian aerola menekap dengan betul. Boleh rujuk pada gambar di bawah.

banyakkan susu ibu masa berpantang

Untuk merangsang penghasilan susu, teknik lekapan semasa bayi menyusu juga sangat penting. Hal ini supaya baby dapat menghisap breast ibu dengan betul bagi memastikan baby dapat menghisap susu  & puas selepas menyusu.

Selain itu, lekapan yang betul juga dapat membantu mengosongkan breast ibu untuk penghasilan semula susu.

Refer gambar di bawah untuk langkah perlekapan yang betul.

banyakkan susu ibu masa berpantang

Pastikan mulut bayi melekap dibahagian aerola breast ibu, aerola adalah merujuk pada bahagian lingkaran gelap hitam di buah dada ibu.

4. Konsep Supply & Demand

Dalam ilmu penyusuan, konsep ini amat penting diguna pakai untuk memastikan susu ibu sentiasa terhasil.

Supply & Demand ini merujuk pada konsep penghasilan susu ibu yang bergantung kepada banyak mana permintaan & rangsangan yang diterima.

Bila banyak permintaan maka banyak lah susu yang terhasil, jadi untuk lebih mudah ibu faham. Kosongkan breast setiap kali waktu penyusuan untuk rangsang permintaan yang banyak.

Kalau baby menyusu biarkan ia menyusu sehingga baby rasa puas & kenyang, jangan hadkan waktu penyusuan.

Kalau ibu perasan, masa baby tengah menyusu contoh breast belah kanan baby susu, breast ibu sebelah kiri juga mesti akan menitik keluar.

Untuk bantu ibu pastikan susu tak tersekat keluar, gunakan milk collector, pam yang sebelah lagi supaya dua dua breast kosong.

banyakkan susu ibu masa berpantang

Atau dengan cara lain, gilirkan penyusuan. Bila rasa breast sebelah kanan dah kosong alihkan baby ke breast sebelah lagi jika baby masih mahu menyusu.

Jika tidak guna macam teknik yang saya terangkan tadi. Pam sebelah lagi ketika baby menyusu. Begitu juga jika baby tidur tapi susu dah berat & penuh.

Ibu boleh pam susu & simpan, pam mengikut masa yang ditetapkan sehingga breast kosong. Jadi bila breast dah kosong, akan adanya permintaan & penghasilan semula susu ibu.

Bila baby bangun susu dah ada untuk di hisap, jadi insyaa Allah susu sentiasa cukup untuk baby.

5. Minum Banyak Air 

Pengambilan air yang mencukupi setiap hari bagi ibu yang berpantang & menyusu sangat penting.

Lebih daripada separuh air dalam badan ibu dibekalkan kepada baby melalui air susu ibu. Jadi sangat penting untuk pastikan air susu mencukupi.

Sehari 2.5-3 liter sehari wajib minum.

Selain itu boleh amalkan, doa untuk banyakkan susu ibu masa berpantang untuk mohon pada Allah. Kita berusaha, moga Allah bantu mudahkan perjalanan penyusuan kita dan baby sehingga 2 tahun.

banyakkan susu ibu masa berpantang

Dalam pada itu, ibu juga boleh mengambil suplemen tambahan untuk ikhtiar banyakkan susu ibu masa berpantang.

Pentingkah Suplemen Semasa Menyusu

Membekalkan Tenaga Untuk Badan Lebih Cergas

Bila cerita tentang suplemen untuk menyusu, ada setengah daripada ibu-ibu yang mungkin akan menolaknya.

Akan tetapi, sebenarnya banyak kelebihan yang boleh ibu dapati bila mengamalkan suplemen bagi membantu banyakkan susu ibu masa berpantang.

Seperti saya sendiri, saya memerlukan suplemen untuk bantu badan kekal cergas & bertenaga walaupun dalam pantang. Bila badan cergas & sihat penghasilan susu tidak akan terjejas, dan sekaligus lebih semangat untuk menyusukan baby.

Suplemen yang saya ambil ialah Set Menyusu Shaklee, ia bertindak sebagai suplemen tambahan & milkbooster bagi saya.

banyakkan susu ibu masa berpantang

Pengambilan suplemen tambahan bukan sahaja membekalkan tenaga buat ibu, ia juga boleh membantu menggalakkan penghasilan susu ibu. Kira “milkbooster” gitu

Buat ibu yang rasa suplemen tambahan perlu untuk sokong kesihatan ketika dalam pantang, boleh amalkan Set Menyusu Shaklee.

Dari apa yang saya dapat rasai selepas konsisten dengan ESP & Alfalfa  ketika berpantang tempoh hari adalah :-

  • Badan lebih bertenaga walaupun tak cukuo tidur
  • Susu lebih pekat berbanding sebelumnya
  • Penghasilan susu juga meriah
  • Badan lebih ringan kerana Alfalfa juga bertindak sebagai “jamu moden” untuk ibu berpantang
  • Baby tidur lena selepas menyusu sebab cepat kenyang
  • Kulit lebih cerah & halus
  • Kulit baby lebih halus & tidak mudah allergik
  • Tahan rasa lapar lebih lama walaupun menyusukan baby

banyakkan susu ibu masa berpantang

Klik Gambar Diatas Untuk Order

Moga petua banyakkan susu ibu masa berpantang boleh bantu ikhtiar ibu untuk jayakan penyusuan ibu ibu demi anak tersayang.

Yang penting ibu jangan mudah mengalah & cepat berputus asa ya.

Cuba yang terbaik, susu ibu bukan tak ada tapi perlu masa untuk rangsang penghasilannya.

Moga bermanfaat.

banyakkan susu ibu masa berpa

Untuk Dapatkan Suplemen Set Menyusu Shaklee boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan & tips.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :-

Pengedar Shaklee Anda,
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878
Email : sofeeaeffendi@gmail.com
Whatssapp : 018-2887259

2 thoughts on “Amal 5 Petua Untuk Banyakkan Susu Ibu Masa Berpantang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge