Set Hamil, Testimoni Set Hamil

Pengalaman Pertama Saya Makan Set Hamil Shaklee

Bila disahkan mengandung benda pertama adalah bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah sebulan selepas berkahwin Sofea & Suami dianugerahkan rezeki oleh Allah untuk menimang cahaya mata. Syukur alhamdulillah.

Selepas je dapat pengesahan dari klinik yang +ve mengandung, Sofea terus pastikan Vitamin-Vitamin untuk Ibu Hamil makan Sofea kena makan. Semestinya Sofea pilih Set Hamil dari Shaklee, macam korang tahu Sofea dah makan Vitamin Shaklee sejak dari anak dara masa zaman jerawat teruk sampai lah ke ikhtiar untuk hamil dengan Set Kesuburan Shaklee.

Untuk Mengandung? Wajib lah sambung makan Set Hamil Shaklee kan. Perasaan pertama makan Set Hamil Shaklee ni teruja sangat sebab sebelum ni kongsi pengalaman orang lain je. Sekarang nak kongsi pengalaman makan Set Hamil Shaklee.

Kenapa Pilih Set Hamil Shaklee?

set hamil shaklee

Perkara pertama pilih Set Hamil Shaklee sebab dah yakin dengan keberkesanannya. Sebagai ibu yang mengandungkan anak pertama eksited dia semua tahu macam mana kan, dan semestinya semua nak kan yang terbaik. Jadi sebab tu Sofea pilih untuk teruskan.

Lagi satu adalah kerana Vitamin masa ikhtiar hamil tu tak habis pun lagi dan memandangkan dah bertahun makan vitamin Shaklee ianya serasi & berkesan jadi tinggal nak add on vitamin ibu hamil yang lain. Jimat sikit la kat situ kan hihi

Untuk pengetahuan semua, dalam Set Hamil Shaklee nutrisi yang ibu hamil perlukan semua ada jadi tak pening fikir nak beli vitamin apa. Memandangkan juga Sofea tak selalu dapat bekalkan makanan yang boleh pastikan jumlah nutrisi cukup untuk keperluan ibu hamil, Sofea pilih Set Hamil Shaklee untuk bantu bekalkan nutrisi tambahan dan vitamin sepanjang mengandung ni.

Apa yang Saya Rasa Sejak Amalkan Set Hamil Shaklee?

  • Rasa Lebih Bertenaga

Sepanjang tempoh kehamilan apa yang Sofea boleh kongsikan ialah rasa lebih bertenaga walaupun dalam masa yang sama Sofea berkerja. Waktu kerja macam biasa lah dari jam 9 pagi sampai 5 petang, sampai rumah rehat kejap & sambung buat kerja rumah dan masak. Memandangkan ni kehamilan kali pertama Sofea tak dapat nak bandingkan macam mana kalau tak ambil Set Hamil Shaklee. Cuma alhamdulillah jugak sickness Sofea tak teruk sangat untuk kehamilan ni.

  • Bacaan HB Cantik 

Selain itu, perubahan yang paling ketara adalah bila Sofea pergi bukak buku di Klinik Kesihatan, dalam usia kandungan 11 minggu lebih kalau tak silap waktu tu Sofea dah mula makan Vitamin Shaklee. Apa yang mengejutkan ialah keputusan lepas ambil darah bacaan HB cecah 16. Nurse terkejut sebab tak pernah jumpa ibu diawal kehamilan HB sampai 16. Sangat baik.

Sofea pun masa tu blur sekejap, ingat bacaan HB 16 tu teruk haha sebab reaksi nurse terkejut macam teruknya bacaan HB awak. Rupanya tidak, masa tu Sofea cuma konsisten makan vitamin 3 serangkai & E-Soy Protein Shaklee sahaja.

Vitamin 3 Serangkai

  1. Vita-Lea
  2. BComplex lengkap dengan Asid Folik
  3. SR Vita-C Plus

Alhamdulillah, sampai minggu akhir kehamilan bacaan HB masih di paras baik. Sofea kongsikan keputusan pemeriksaan waktu minggu ke 11 kehamilan.

vitamin untuk tingkatkan bacaan hb

  • Kaki Tak Bengkak

Sepanjang amalkan Set Hamil Shaklee, Kaki tak bengkak sampaikan nak bersalin ada kakak di wad tu tegur. “eh dik kaki awak tak bengkak pulak eh?”. Nurse pun selalu jugak check kaki risau bengkak kan. Lagi lagi Sofea kerja duduk di ofis biasanya Nurse kata risiko untuk bengkak tu tinggi, banyak berjalan pun ya. Tapi walaupun masa kerja Sofea banyak juga berjalan, bawa motor pegi balik kerja kaki maintain tak bengkak.

Apa Lagi Bestnya Makan Set Hamil Shaklee?

  • Tekanan Darah Normal Sepanjang Kehamilan
  • Bebas GDM
  • Kaki Tak Kejang
  • Kulit Baby Putih Bersih

Memang seronok amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang kehamilan Redza, alhamdulillah kesihatan sepanjang hamil pun ok tak ada masalah yang serius.

Berat baby pun cantik walaupun ada orang kata kalau banyak makan Vitamin risiko bayi besar ketika lahir nanti. Masa lahirkan Redza beratnya hanya 3.16kg sahaja. Tak ada lah besar mana kan? Redza dilahirkan secara normal juga, alhamdulillah. Ibu banyak pulak tu makan Vitamin, bayi besar? mitos je semua tu.

Senarai Vitamin dalam Set Hamil Shaklee

testimoni Set hamil shaklee

Gambar di atas merupakan Set Hamil Lengkap Shaklee yang Sofea ambil sepanjang kehamilan.

  1. Vita-Lea – Membekalkan multivitamin & multimineral serta zat besi penting untuk menghasilkan hemoglobin yang sihat.
  2. BComplex lengkap dengan Asid Folik – Membekalkan Vitamin B12 serta Asid Folik sebanyak 200mg per tablet untuk tumbesaran bayi yang baik.
  3. SR Vita-C Plus – Membekalkan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi dengan lebih efisen.
  4. ESP Shaklee – Membekalkan Protein lengkap dengan 9 Asid Amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan serta tenaga berpanjangan.
  5. Ostematrix – Membekalkan sumber kalsium bagi membantu penghasilan tulang bayi yang kuat & kalsium untuk ibu.
  6. Omega Guard – Membekalkan Omega 3 & 6 untuk perkembangan Otak bayi & tekanan darah ibu yang baik.

Selepas rasai sendiri pengalaman makan Set Hamil Shaklee baru tahu rasa macam mana seronok dia tu. Sihat & bertenaga sepanjang masa. Patut lah kawan-kawan yang dah amalkan Set Hamil Shaklee seronok sangat & tak cari lain bila mengandung anak ke 2, ke 3 dan seterusnya.

Kalau ibu masih tercari-cari Set Hamil terbaik untuk dijadikan teman sepanjang kehamilan ni, cubalah Set Hamil Shaklee. Ia nya memang terbaik.

Jika ibu berminat nak cuba Set Hamil Shaklee, boleh hubungi saya untuk tahu lebih lanjut dan tips-tips kehamilan yang boleh saya kongsikan.

shaklee-segambut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878
Email : safiyah.shaklee@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

5 thoughts on “Pengalaman Pertama Saya Makan Set Hamil Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge