Kejang Kaki Ketika Hamil – Tanda Ibu Kurang Kalsium – Diarysafiyah

70% ibu hamil sering mengalami masalah kejang kaki atau krem ketika hamil. Adakah hal ini adalah biasa terjadi pada semua ibu?

Untuk pengetahuan ibu, badan kita memerlukan sumber kalsium yang cukup untuk membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

Ketika hamil juga, pertumbuhan janin dan bayi memerlukan kalsium yang mencukupi untuk membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Bukan itu je, kalsium juga membantu penghasilan jantung, saraf dan otot yang sihat. Jadi tak ada sebab ibu tak ambil kalsium ketika hamil.

Kejang Kaki Ketika Hamil Tanda Ibu Kurang Kalsium 

Kalsium yang kurang akan menyebabkan kan ibu cenderung mengalami masalah kaki krem atau kejang ketika hamil.

Kekurangan sumber kalsium ketika hamil akan membuatkan otot mudah kejang.

Waktu hamil, bayi akan mengambil dan berkongsi sumber kalsium yang ada dalam badan ibu. Jika badan ibu kekurangan kalsium untuk dibekalkan kepada bayi kalsium daripada tulang akan diambil dan dibekalkan kepada bayi.

Hal ini akan menyebabkan kesan jangka masa panjang pada kekuatan dan kepadatan tulang ibu. Oleh itu, untuk mengelakkan hal ini berlaku ibu wajib pastikan pengambilan sumber kalsium mencukupi sepanjang kehamilan.

Berapa Jumlah Kalsium Yang Diperlukan Ketika Hamil ? 

Memandangkan badan kita tak boleh hasilkan sumber kalsium, jadi ibu digalakkan untuk mendapatkan kalsium daripada sumber makanan atau suplemen tambahan.

Jumlah Kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil adalah sebanyak 1000 mg setiap hari. Cuba pastikan pengambilan kalsium mencukupi setiap hari bagi menyokong dan membantu pertumbuhan tulang bayi yang kuat dan sihat.

Makanan Yang Kaya Dengan Sumber Kalsium 

Produk Tenusu seperti susu, keju dan yogurt merupakan makanan yang kaya dengan sumber kalsium. Selain mendapatkan kalsium daripada suplemen tambahan, makanan harian kita juga kaya dengan sumber kalsium.

Jumlah Kalsium Yang Boleh Didapati Dalam Makanan Harian Kita

  • 8 oz Plain Yogurt Low Fat = 415mg Kalsium
  • 6 oz Jus Oren = 375 mg Kalsium
  • 1.5 oz Cheddar Cheese = 307 mg Kalsium
  • 8 oz Susu Tanpa Lemak = 299mg Kalsium
  • 1/2 Cawan Tofu = 253 mg Kalsium
  • 1 Cawan Kale = 94 mg Kalsium

Contoh untuk mendapatkan jumlah kalsium yang cukup untuk sehari ialah dengan mengambil 3 Cawan Susu atau 3 cawan jus oren yang mencukupi 1000 mg kalsium.

Pengambilan kalsium yang mencukupi oleh ibu hamil setiap hari akan membantu pertumbuhan dan pembinaan tulang bayi yang kuat & sihat.

Tapi kalau ibu nak pastikan kalsium lebih berkesan diserap oleh badan kita, ibu boleh sertakan pengambilan kalsium bersama Vitamin D. Kalsium yang diambil bersama Vitamin D lebih mudah dan berkesan diserap oleh badan kita.

Contoh makanan yang kaya dengan Vitamin D ialah seperti cendawan, keju, ikan, telur dan susu soya. Seperti susu soya ia bukan sahaja kaya dengan sumber kalsium tetapi ia juga mengandungi Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium lebih berkesan.

Jadi untuk mengelakkan ibu mengalami masalah krem atau kebas kaki di fasa kehamilan ini, ibu digalakkan untuk mengambil sumber kalsium yang mencukupi setiap hari.

Selain daripada mengambil makanan semulajadi, kalsium juga boleh didapati dalam bentuk tablet iaitu suplemen kalsium tambahan. Biasanya doktor juga akan sarankan untuk ibu hamil mengambil kalsium tambahan bagi memastikan keperluan kalsium mencukupi.

Yang penting, ibu pastikan pengambilan kalsium waktu hamil mencukupi ya, bukan sahaja baik untuk pertumbuhan tulang bayi yang kuat tapi ia juga bagus untuk kekuatan tulang dan gigi ibu juga. Kesannya adalah untuk jangka masa panjang, jadi ibu perlu ambil tahu kepentingan kalsium untuk ibu ketika hamil.

Teman Hamil Anda

Sofea Effendi

018 2887259