BComplex | Diarysafiyah

Hamil merupakan kenangan yang indah buat wanita yang bergelar ibu. Yang pastinya tidak dapat dilupakan.

Akan tetapi terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pasangan untuk hamil. Faktor dari segi pemakanan, penjagaan & persekitaran amat penting untuk dititik beratkan.

Terdapat beberapa tips untuk cepat hamil bagi pasangan yang masih mencuba dan berusaha. Antaranya ialah :-

1. Waktu Bersama Yang Tepat

Masa dan waktu amat penting untuk pasangan yang menginginkan zuriat. Setiap pasangan mesti ambil tahu waktu OVULASI untuk bersama. Telur yang matang hidup selama 24 jam sahaja manakala sperma hidup 48-72 jam didalam tubuh wanita. Jadi lakukan hubungan seks sebelum waktu Ovulasi adalah waktu yang terbaik dan lebih berkesan berbanding selepas Ovulasi.

2. Kekerapan Bersama

Tak ada angka atau kiraan yang tepat untuk menentukan berapa kali untuk bersama sehingga mampu mengandung. Pantang bersama 5 hari sebelum masa subur untuk meningkatkan kepekatan sperma suami. Lakukan sekerapnya bersama pasangan anda semasa hari subur atau diantaranya.

3. Nikmati Hubungan Bersama

Wanita yang mencapai klimaks semasa berhubungan akan membentuk pH Alkali dimana sperma sesuai akan keadaan pH ini.

4. Posisi Bersama

Posisi suami diatas lebih sesuai untuk terjadinya persenyawaan sehingga hamil. Biarkan pasangan berada dalam keadaan tenang dan relaks untuk 15 minit selepas ejakulasi.

5. Maksimakan Pergerakan Selapas Bersama

Berehat seketika selepas bersama bagi memberi ruang sperma berenang ke arah servik rahim. Jangan cuci dengan pencuci wanita selepas bersama kerana ia akan menyebabkan sperma mati.

6. Elakkan Memakai Seluar Yang Ketat

Buat suami elakkan memakai seluar ketat atau jeans ketat kerana ia akan menyebabkan tekanan dibahagian testis (pembentukan sperma).

7. Menjaga Kesihatan & Pemakanan

Pastikan tubuh badan seseorang wanita untuk persediaan hamil cukup nutrisi kerana ia mempunyai peluang tinggi untuk hamil berbanding wanita yang kurang nutrisi dan mempunyai berat badan berlebihan.

Nutrisi penting bagi menyediakan badan wanita yang berusaha untuk hamil bagi menyokong tubuh sepanjang kehamilan nanti.

Setiap pasangan yang menginginkan cahaya mata jangan cepat putus asa, teruskan berusaha, doa dan tawakal pada Allah. Tips-tips ini hanya sebagai pendorong bagi kita, cepat atau lambat kita serahkan pada yang Esa. Tapi jangan awal-awal dah putus asa, nak jadi ibu kena kuat ok semua 😉

Pengambilan Folik Asid bagi yang merancang kehamilan.

Wanita juga digalakkan mengambil folik asid 3 bulan sebelum hamil atau ketika dalam perancangan untuk hamil. Bagi membantu badan lebih bersedia untuk hamil.

Amalkan pemakanan yang tinggi folik asid, kalsium dan vitamin B untuk membantu menyokong tubuh badan sepanjang kehamilan.

Shaklee ada ke vitamin yang lengkap dengan folik asid?

Shaklee mempunyai produk vitamin BComplex yang lengkap dengan folik asid. Ia amat sesuai diambil oleh para wanita terutamanya mereka yang dalam perancangan untuk hamil. Untuk yang merancang untuk hamil di galakkan untuk mmebekalkan folik asid 3 bulan sebelum kehamilan.

B-Complex Shaklee

  • B-Compelx Shaklee lengkap dengan folik asid
  • Folik Asid @ Folate adalah Vit B yang selalu dijumpai didalam sayuran hijau
  • Pengambilan Folik Asid 3 bulan dalam perancangan hamil amat penting
  • Ia mengurangkan risiko bayi cacat. Kecacatan saraf tunjang (spina bifida) atau otak (anancephaly)
  •  Pengambilan Folik Asid ketika dalam perancangan untuk hamil membekalkan nitrient yang cukup bagi membantu menguatkan dinding rahim
  • Pengambilannya adalah highly recomended buat para wanita yang merancang untuk hamil atau yang telah hamil

Pengambilan B Complex 2 bij sehari membekalkan 400mcg folik asid. Untuk mengetahui jumlah yang disarankan untuk wanita yang merancang hamil, ibu hamil dan ibu menyusu dan Kepentingan Folik Asid klik SINI. Sekiranya pula, anda ingin mendapatkan B-Complex Shaklee seperti diatas.

Saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan kita. Demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi ID Shaklee : 1098878 Email : safiyah.shaklee@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Alhamdulillah makin banyak dapat berita kawan-kawan dan customer yang ambil Set Kesuburan sebelum ini akhirnya berjaya hamil. Syukur alhamdulillah. Hari ini Sofea nak kongsikan pula Vitamin Asas yang diperlukan oleh ibu hamil. ” Perlu ke makan Vitamin lagi bila dah mengandung? ” Ayat ni selalu kedengaran dari para-para ibu yang pertama kali “pregnant”.

Keperluan vitamin yang secukupnya amat penting untuk tumbesaran bayi juga ketahanan badan ibu. Mana tak nya sebelum nie jaga badan sendiri je sekarang dah tambah lagi sorang. Habis semua baby nak kongsi dengan ibu termasuklah zat vitamin ibu. Untuk memastikan perkembangan bayi yang baik didalam kandungan ibu harus membekalkan vitamin dan makanan yang berkhasiat yang secukupnya.

Badan kita memerlukan Vitamin yang secukupnya untuk meneruskan kelangsungan tubuh yang sihat dan baik. Maka ibu-ibu hamil harus mengambil vitamin bermula di awal kehamilan.

Vitamin & Nutrien Penting Untuk Ibu Hamil

1. PROTEIN

Protein merupakan sumber asas bagi pembinaan sel-sel didalam tubuh badan kita. Maka oleh itu protein sangat penting dalam membekalkan protein kepada ibu dan bayi bagi membantu tumbesaran bayi dari masa ke semasa. Dengan pengambilan protein yang mencukupi juga ibu dan bayi akan memperolehi kulit yang sihat dan cantik.

2. ASID FOLIK

Pengambilan asid folik juga penting semasa ibu hamil. Pengambilan awal amat baik untuk perkembangan bayi, di samping dapat mencegah daripada berlakunya kecacatan pada tiub neural bayi. Pengambilan asid folik yang lengkap dengan Vitamin B adalah sangat penting kerana ia dapat membantu pembentukan dan pemeliharaan sel darah merah dengan baik.

3. KALSIUM

Pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting semasa hamil, kerana ibu dan anak akan berkongsi bekalan kalsium yang ada pada ibu. Jika ibu kekurangan kalsium bayi tidak mendapat sumber kalsium dengan baik. Oleh itu, untuk pembinaan tulang bayi yang kuat dan sihat ibu haruslah membekalkan kalsium yang mencukupi untuk dibekalkan kepada bayi. Ibu yang kekurangan kalsium juga berpeluang mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot yang serius selepas melahirkan.

4. VITAMIN C

Vitamin C juga mempunyai peranan yang tersendiri. Selain baik untuk sistem imun badan ibu dan bayi, Vitamin C juga amat diperlukan bagi mendapatkan penyerapan zat besi dengan baik dan berkesan. Tanpa Vitamin C, zat besi tidak dapat diserap dengan baik dan akan berpotensi mendapat anemia. Oleh itu, ibu dinasihatkan mengambil Vitamin C dengan kadar yang secukupnya untuk bekalan ibu dan bayi.

5. ZAT  BESI

Zat Besi amat diperlukan oleh ibu sejak diawal kehamilan, ia kerana kandungan darah yang diperlukan untuk dipam lebih 50% daripada biasanya dalam tempoh kehamilan. Ibu-ibu yang kekurangan zat besi kebiasaannya akan mengalami masalah seperti pening, cepat letih, sembelit dan mudah jatuh sakit. Makanan yang kaya dengan zat besi ialah ayam, daging merah, bayam, kubis dan tauhu. Pengambilan dengan Vit C lebih membantu peneyerapannya dengan lebih baik untuk badan kita.

6. MINYAK IKAN

Minyak Ikan sangat dikaitrapat dengan kecerdasan otak. Pengambilan Minyak Ikan yang mengandungi DHA, EPA & Omega 3 sejak hamil mampu membekalkan yang terbaik untuk bayi kita. Minyak Ikan akan bertindak sebagai asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Jadi untuk ibu hamil boleh lah ambil suplemen yang berasaskan minyak ikan semulajadi untuk membantu kercerdasan bayi sejak dari dalam perut lagi.

Banyak nya nak kena makan!

Macam banyak nya nak kena ambil kan? Demi kebaikan ibu dan bayi, ibu haruslah peka dengan pemakanan ibu . Nutrisi yang diperlukan macam dekat atas tu, semua boleh dapat daripada pemakanan kita seharian akan tetapi makanan yang dah dimasak dengan suhu yang tinggi akan kehilangan nutrisinya yang asli. Oleh itu, ibu-ibu boleh menambah keperluan nutrisi dengan mengambil vitamin @ suplemen tambahan semulajadi.

Lain sangat rasanya, bila ibu dah cukup nutrisi. Badan akan rasa lebih cergas dan tak ada rasa pening-pening yang kerap. Kalau rasa banyak sangat nak makan, Sofea cadangkan Set Hamil Shaklee ia nya adalah vitamin semulajadi yang lengkap dan baik untuk kesihatan ibu dan bayi.

Set Hamil Shaklee merupakan set yang lengkap dengan keperluan vitamin yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil, disamping memenuhi keperluan untuk ibu sepanjang waktu kehamilan ia sekaligus membantu perkembangan yang baik untuk bayi kita.

Testimoni Saya Sendiri :

Alhamdulillah sepanjang 3 bulan kehamilan morning sickness tak teruk, badan pun rasa lebih bertenaga. Memandangkan saya berkerja, memang perlukan tenaga yang baik. HB tiap bulan pun ok jea, pernah bulan pertama check bacaan HB saya adalah 16. Terkejut mak nak, alhamdulillah moga baby terus membesar dengan sihat. Lagi2 bila minum ESP kerja tak rasa mengantuk @ letih macam sebelum ni, seronok. Bakal-bakal ibu boleh cuba juga, moga saya dapat berkongsi kebaikan bersama ibu-ibu yang lain  🙂

Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set Hamil Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini Sofea nak kongsi dengan semua sedikit berita gembira yang dikongsi bersama saya sebelum ini. Kisah Wanita yang telah berjaya mencapai hasratnya setelah berusaha dan ikhtiar untuk menimang cahaya mata 🙂

Setiap perkahwinan mesti mengimpikan  hal yang terbaik. Salah satunya adalah kelahiran cahaya mata. Di awal perkahwinan kebanyakan pasangan telah merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Tetapi kita hanya merancang segala-galanya Allah yang menentukan.

Ada yang merancang sehabis baik tetapi tak ada rezeki buat dia dan pasangannya. Ada juga yang tak merancang pun nak dapat baby dalam masa terdekat tapi Allah bagi rezeki tu cepat. Allahuakhbar sungguh luas kuasa Allah.

Keguguran Kali Pertama

Setiap alam perkahwinan kita mesti inginkan cahaya mata. Tetapi setiap orang rezeki nya berbeza kan? Semoga kisah wanita yang mengalami keguguran kali pertama ini tidak mematahkan semangat pada yang menghadapi ujian yang sama sepertinya.

Selepas disahkan hamil, satu dalam lima kes keguguran akan berlaku diawal kehamilan. Ia kerana faktor-faktor tertentu yang mengakibatkan kandungan menjadi lemah atau kurang sihat.

Pengalaman keguguran adalah satu peristiwa yang menyedihkan. Bagaikan mimpi ngeri orang kata. Tapi kita tak minta. Ini dah peraturanNya. Jadi usah terus bersedih, teruskan berusaha untuk mendapatkannya.

Kita sebagai hamba Allah percaya setiap inci ujian dari Allah pasti ada hikmahnya. Berdoa dan bertawakal lah pada Allah.

Punca Keguguran

Terdapat banyak punca berlakunya keguguran atau miscarriage diawal kehamilan. Antaranya ialah :-

  •  Wanita mengalami masalah kesihatan yang kronik
  • Kelemahan Dinding Endometrium (janin tidak melekat dengan baik)
  • Wanita terlibat dengan kemalangan atau jatuh ditangga @ bilik air
  • Kualiti sperma dan ovum yang disenyawakn kurang sihat dan sempurna
  • Ketaknormalan Kromosom
  • Dinding rahim lemah

Cara Mencegah Keguguran

Persediaan awal untuk hamil adalah sangat penting. Membuat persediaan awal dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi membantu menyokong kesihatan ibu dan perkembangan bayi dengan baik. 

Oleh itu, untuk wanita yang pernah mengalami keguguran disarankan untuk bermula semula dengan mengambil vitamin dan suplemen tambahan dan bagi menyokong ketahanan masalah dinding rahim yang lemah . Amalkan pengambilan makanan yg berkhasiat bagi menyokong kesihatannya.

Setiap vitamin mempuyai fungsi dan kebaikan yang berbeza. Jadi boleh mulakan dengan pengambilan Vitamin C, E, B dan juga folik asid yang boleh menyokong perkembangan bayi dengan baik dan sihat. 

Sofea nak kongsi satu kisah seorang wanita yang pernah mengalami situasi yang sama. Iaitu keguguran di awal kehamilan. Kehilangan bayi dalam kandungan memang sangat-sangat menyedihkan bagi bakal-bakal ibu terutamanya jika itu adalah yang pertama. 

Akan tetapi hal itu bukan penghalang untuk terus sedih dan kecewa. Kerana anak itu rezeki, Allah dah tetapkan setiap rezeki hambanya. Asalkan kita berusaha dan meminta padanya.

Keguguran Ketika Usia Kandungan 5 Bulan

Puan D pernah mengalami keguguran setelah usia kandungannya hampir 5 bulan. Ia adalah satu ujian yang hebat untuknya dan suami. Allah jadikan wanita ni sangat kuat, walaupun Puan D dah melalui fasa keguguran selepas itu dia tak pernah putus berusaha.

Keguguran bukan penghalang atau pematah semangat untuk nya berusaha mendapatkan cahaya mata. Terus berusaha dan berdoa selepas itu tawakal dan berserah pada Allah.

Doktor sahkan keguguran berpunca kerana dinding rahim yang lemah. Tetapi, setelah hampir 10 bulan selepas keguguran Puan D disahkan hamil semula. Disamping berdoa dan berusaha Puan D juga mengambil inisiatif lain dengan mengamalkan Set Kesuburan Shaklee. 

Testimoni Set Kesuburan 

Set Kesuburan Shaklee 


Suami 

Zinc Complex – Membantu meningkatkan kuantiti sperma dan kematangan organ seks lelaki

Vita- E Complex -Membantu memekatkan air mani dan meningkatkan kelajuan & ketepatan sperma menuju sasaran

Isteri

GLA Complex – Membantu menstabilkan hormon yang tidak seimbang menyebabkan kesukaran untuk merancang kehamilan

B-Complex – Membekalkan Asid Folik lengkap dengan vitamin B bagi persediaan awal untuk hamil

Bagaimana Untuk Dapatkannya? 

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Assalamualaikum.wb.t

Hari ini, sofea nak kongsi beberapa sebab penting kenapa wanita wajib makan atau ambil vitamin asid folik. Bila bercakap mengenai Asid Folik (Folic acid) dan wanita ia sangat berkaitrapat dengan kehamilan.

Untuk pengetahuan anda apabila seseorang wanita yang dalam perancangan untuk hamil atau telah hamil ia akan disarankan untuk mengambil asid folik sebagai vitamin tambahan harian mereka.

Pengambilan vitamin asid folik mengikut cadangan sebanyak 400 mcg setiap kali sebelum dan semasa kehamilan mempunyai banyak kebaikannya. Akan tetapi masih ramai yang tidak tahu apa itu asid folik dan kepentingannya pada wanita.

APA ITU ASID FOLIK? 


Asid Folik ini dikenali sebagai folat iaitu vitamin B9. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin. Asid Folik memainkan peranan penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik.

BILA MASA YANG SESUAI UNTUK MULA AMBIL ASID FOLIK?


Kecacatan kelahiran biasanya berlaku dalam jangka masa antara 3 hingga 4 minggu di awal kehamilan. Oleh itu pengambilan asid folik sangat penting pada awal kehamilan kita. Kerana pada masa itu asid folik membantu dalam perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang mampu mengelakkan daripada berlakunya kecacatan semasa kelahiran.

Jika kita berjumpa doktor sekalipun pada awal kehamilan kita doktor akan menasihati kita untuk mengambil asid folik dan beberapa vitamin lain untuk membantu mengawal kesihatan ibu dan juga kandungan kita.

Ramai wanita yang tidak mengetahui pengambilan asid folik perlu diambil sebelum mengandung atau hamil lagi untuk membantu pembinaan sel-sel darah merah dan perkembangan bayi didalam kandungan.

Dalam masa 12 minggu pertama tempoh kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan mula berkembang. Oleh sebab itu, 12 minggu pertama kehamilan sangat penting untuk para ibu mengambil asid folik setiap hari secara konsisten.

BERAPA JUMLAH ASID FOLIK YANG SAYA PERLUKAN?

Jumlah asid folik yang dicadangkan untuk semua wanita yang dalam perancangan untuk hamil atau awal kehamilan ialah 400 mcg setiap hari.

Jika sebelum ini anda telah mengambil multivitamin setiap hari anda boleh rujuk pada ruang hidangan yang dibekalkan untuk memastikan setiap vitamin yang dihidangkan cukup untuk anda setiap hari bagi memastikan kesihatan yang kekal untuk anda dan bayi.

Jika tidak anda boleh terus mengambil suplemen asid folik untuk mendapatkan jumlah yang dicadangkan untuk badan kita.

Jumlah Asid Folik Yang Dicadangkan Mengikut Usia Kehamilan :-

  • 400 mcg – Perancangan untuk hamil
  • 400 mcg – Tiga bulan pertama kehamilan
  • 600 mcg – Enam bulan hingga Sembilan bulan kehamilan
  • 500 mcg – Semasa menyusukan

2 SEBAB ASID FOLIK PENTING UNTUK IBU HAMIL

Tanpa asid folik yang cukup untuk badan anda semasa hamil kemungkinan ia akan menyebabkan

  1. Tiub neural bayi anda tidak berkembang dengan baik
  2. Mengalami masalah yang dipanggil kecacatan tiub neural.

Ia juga termasuk :-

  • Spina Bifida – Ia berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna yang mampu menyebabkan kerosakan saraf kekal.

  • Anencephaly – Ia adalah kecacatan pada bahagian otak bayi.

Pengambilan 400mcg asid folik yang mencukupi setiap hari mampu mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat masalah kecacatan tiub neural (neural tube defect) sebanyak 70%.

Pengambilan asid folik diawal kehamilan dan semasa hamil mampu melindungi bayi anda daripada mengalami masalah kelahiran pramatang, kecacatan bibir atau lelangit (sumbing), kelahiran dengan berat badan yang rendah, tumbesaran bayi dalam rahim perlahan dan mampu mencegah ibu daripada keguguran.

DALAM PANTANG PERLU MAKAN ASID FOLIK ATAU TIDAK ?

Pengambilan asid folik juga amat penting semasa dalam pantang kerana ia mampu membantu menurunkan tahap risiko para ibu daripada mendapat masalah komplikasi selepas kelahiran seperti strok, penyakit jantung, kanser, alzaimer dan sebagainya.

Asid Folik ini juga sangat penting untuk  ibu-ibu hamil. Jadi untuk para ibu yang kandungannya masih baru jangan ambil ringan dengan pengambilan asid folik sama asa yang dibekalkan oleh doktor atau yang anda beli di farmasi. Bukan suka-suka doktor suruh makan asid folik ni. Ada sebabnya yang semestinya membawa manfaat bagi menjamin kesihatan ibu dan bayi semasa dalam tempoh kehamilan atau selepas kelahiran.

SUMBER MAKANAN YANG TERBAIK  SEMASA HAMIL?

Makanan yang mengandungi folat adalah sangat baik untuk ibu dan bayi. Kerana ibu dan bayi memerlukan nutrisi yang berkhasiat daripada makanan hariannya. Kedua-duanya memerlukan nutrisi yang cukup untuk membantu perkembangan dan menjamin kelangsungan kesihatan bersama.

Untuk mendapatkan makanan yang kaya dengan folat bagi ibu hamil dan bayi anda berikut ialah makanan yang mampu membekalkan folat bagi setiap hidangan :-

Makanan-makanan tersebut sangat membantu ibu dalam mendapatkan sumber folat untuk bayi semasa dalam tempoh kehamilan. Selain mengamalkan pengambilan suplemen asid folik ibu juga harus menjaga pemakanannya bagi menjamin dirinya mendapatkan nutrisi yang secukupnya untuk dibekalkan kepada bayi dalam kandungannya.

Akan tetapi asid folik yang diperoleh dalam makanan adalah sangat rendah jika makanan tersebut dimasak dengan suhu yang berlebihan. Sebaiknya bagi mendapatkan nutrisi yang sihat amalkan pengambilan sayuran yang direbus sekejap sahaja agar kita dapat zat dan nutrisinya yang kekal.

Asid folik juga boleh didapati dalam bentuk suplemen. Kebiasaanya jika seseorang itu telah disahkan hamil doktor akan mula memberikan ibu-ibu yang hamil ini dengan asid folik agar dapat membantu para ibu dalam menyokong tumbesaran bayi didalam kandungan dengan baik.

Saya ingin berkongsi dengan anda semua salah satu suplemen terbaik yang membekalkan asid folik perlu yang lengkap dengan Vitamin B untuk para ibu dan wanita diluar sana yang hamil atau masih dalam perancangan untuk hamil.

B-COMPLEX SHAKLEE

B-COMPLEX SHAKLEE :-

  • mengandungi 8 kompenan penting vitamin B
  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid
  • 100% biotin dan asid folik
  • membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan

Kelebihan B-Complex Shaklee 

  • Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Mengurangkan masalah keletihan yang sering dialami oleh ibu hamil
  • Membekalkan 200mcg asid folik disetiap hidangan
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru yang sihat
  • Mengurangkan risiko kecacatan bahagian otak (anencephaly) atau tulang belakang (spina bifida) semasa proses perkembangan bayi
  • Membantu  pembentukan sel darah merah dan antibodi yang kuat
  • Mampu merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, keletihan dan muntah-muntah

Bagi mendapatkan asid folik yang terbaik B-Complex Shaklee membekalkan asid folik baik untuk tubuh badan kita. Selain membekalkan asid folik semasa kehamilan B-Complex Shaklee juga membekalkan Vitamin B lengkap yang mampu membantu mengatasi masalah-masalah yang sering dialami oleh ibu hamil seperti melegakan keletihan, muntah-muntah dan pening.

Bagaimana untuk dapatkannya?

Boleh hubungi saya di talian yang berikut atau terus klik gambar dibawah untuk pembelian secara terus menggunakan kad debit atau credit anda  😉

Sekiranya, anda ingin mendapatkan B-Complex Shaklee , saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

* produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat dan menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

B-Complex Shaklee

Vitamin B lengkap untuk menjamin kesihatan yang berkekalan

Pernahkah kita menitikberatkan pengambilan nutrisi harian kita? Setiap hari adakah kita mendapat Vitamin B yang mencukupi? Pada hari ini kita lebih terdedah dengan tabiat pemakanan yang tidak sihat, tekanan harian yang sering dialami dan pengambilan sesetengah ubat-ubatan mampu meningkatkan risiko badan kita kekurangan Vitamin B.

Vitamin B yang Lengkap & Seimbang

  • B-Complex Shaklee membekalkan Vitamin B yang lengkap, mengandungi semua 8 jenis Vitamin B yang membantu memelihara kesihatan yang baik
  • Vitamin B1, B2, B3, B6, Biotin dan Asid Pantotenik yang membantu dalam menukarkan lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga
  • Asid Folik dan B12 yang dibekalkan membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah yang sihat
  • Jumlah Asid Folik yang mencukupi seperti yang dicatatkan dalam RDA dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang sedang hamil atau yang masih merancang kehamilan sebelum konsepsi atau 12 minggu tempoh kehamilan

Perbezaan B-Complex Shaklee

Sistem Penyerapan Bioactived Berpaten ™

Asid Folik, Vitamin B kritikal, tidak mudah diserap oleh tubuh badan kita. Oleh itu Shaklee telah mencipta Asid Folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kebolehan penyerapan yang sangat tinggi dan berkualiti.

Kajian Saintifik

  1. JB Ubbink, Vermaak WJH, van der Merwe A, PJ Becker.  Vitamin B12, B6, dan status folat nutrisi dalam lelaki dengan hyperhomocysteinemia. American Journal of Clinical Nutrition. 1993; 57:47-53
  2. Riggs KM, Spiro A, K Ticker, Rush D. Perhubungan Vitamin B12, Vitamin B6, folat dan homosistein kepada prestasi kognitif dalam Kajian Normatif Penuaan. American Journal og Clinical. 1996; 63:306-314

Kelebihan B-Complex

  • Membantu menukarkan makanan kepada tenaga
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, meredakan sakit kepala, tekanan kemurungan dan imsonia
  • Menggalakkan tumbesaran yang sihat bagi bayi & kanak-kanak
  • Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan kecacatan otak atau tulang belakang
  • Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban
  • Mengurangkan masalah keletihan mata dan mencegah katarak
  • Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi dan merendahkan paras sistin untuk keishatan kardiovaskular
  • Merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah dan mabuk

Fakta Nutrisi Setiap Hidangan

Bilangan Saiz Setiap Botol 

120 biji dalam 1 botol

Jadual Makan

Untuk kesihatan berpanjangan – 1 biji sehari selepas makan

Untuk rambut gugur, anemia & kesakitan – 1 biji, 2-3 kali sehari selepas makan

Sekiranya, anda juga ingin mencuba produk kesihatan Shaklee seperti diatas , saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan kita. Demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.