Ibu ada masalah bacaan HB rendah waktu hamil ni?
Dah tahu sebab dan puncanya kenapa? Kenapa ibu hamil mudah mengalami anemia atau HB rendah ketika hamil.
Wanita hamil memerlukan dua kali ganda penghasilan darah merah daripada wanita biasa. Terdapat beberapa sebab kenapa ibu mudah mengalami HB rendah. Klik entri sebelum ini untuk baca lebih lanjut sebab & punca HB rendah ketika mengandung.
Ibu dah dapat kenal pasti kenapa ibu mengalami HB rendah. Hari ini Sofea nak kongsikan sedikit makanan yang ibu boleh dapatkan setiap hari bagi membantu menaikkan bacaan HB dan katakan tidak pada Anemia ketika hamil.
8 Makanan Bantu Naikkan Bacaan HB Ketika Hamil
1. DAGING MERAH
Daging Merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu ibu hamil daripada anemia atau HB rendah. Kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap oleh tubuh badan kita. Jadi jika bacaan darah ibu rendah cuba amalkan daging merah.
2. BROKOLI
Kebiasaannya jarang sekali ibu-ibu mengambil sayuran hijau sebab rasanya yang kurang enak. Tapi tengok mak makan sedap je. Untuk pengetahuan ibu semua, sayuran hijau seperti brokoli mengandungi zat besi, vitamin dan folat yang sangat bagus diambil sejak diawal kehamilan. Selain itu, ia tinggi kandungan anti-oksidannya yang mampu membantu melawan jangkitan.
3. BAYAM
Bayam antara sayuran hijau yang sedap dan tinggi khasiatnnya bagi membantu ibu yang mengalami anemia. Tak kira bayam hijau atau merah kedua-duanya sangat bagus untuk menyerap zat besi dan folat. Jadikan bayam lauk sayuran utama untuk memerangi anemia, senang dan cepat pulak tu nak masak.
4. TELUR
Kuning telur sahaja yang membantu mengekalkan jumlah Haemoglobin dalam darah, jadi ibu-ibu boleh jadikan telur menu sewaktu sarapan pagi. Bahagian kuning telur sahaja yang mengandungi nutrient bagi membantu mencantikkan bacaan HB.
5. OAT
Oat merupakan sumber makanan yang membekalkan mineral dan zat besi yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, Oat sangat bagus untuk membantu para ibu untuk mencegah anemia semasa hamil. Pelbagaikan penyediaannya agar lebih sedap ditelan dek tekak yang sentiasa meragam waktu hamil ni.
6. DELIMA
Buah delima sangat terkenal dengan khasiatnya yang sangat baik. Terutamanya bagi membantu ibu hamil dalam mencegah anemia. Khasiat zat besi didalam buah delima yang tinggi dapat mempertahankan jumlah sel darah merah dan mencegah anemia daripada terus berlaku. Sekarang dah banyak keluaran jus buah delima juga bagus, tapi nak lagi asli kita makan buah dia.
7. KURMA
Yang ini paling favourite dan senang nak makan. Kurma merupakan makanan sunnah, dan ianya juga bagus bagi membantu ibu mencegah masalah anemia. Khasiatnya yang terbaik dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah dan membekalkan tenaga yang berpanjangan buat ibu.
8. SUSU KAMBING
Susu Kambing juga antara minuman yang dapat membantu mengatasi anemia ketika hamil. Susu yang kaya dengan sumber Zink dan kandungan cynokobalamin mampu merawat anemia sekaligus membantu mencegah terjadinya demam kuning terhadap baby selepas dilahirkan nanti.
Buat ibu-ibu hamil, amalkan lah pemakanan yang seimbang dan sihat demi bakal anak yang tersayang. Boleh pilih atau makan mana-mana makanan yang mampu meningkatkan kadar HB kita semasa hamil. Kerana ia sangat membantu penghasilan darah merah yang sihat.
Berdasarkan pengalaman Sofea sendiri ketika hamil alhamdulillah bacaan HB masih ok bila kita amalkan pemakanan yang sihat & seimbang . Kerana dari situ ia mampu membekalkan sumber vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan ibu sekaligus pertumbuhan bayi & janin dengan sihat.
Pilihan yang terbaik ditangan ibu, ikhtiar yang terbaik demi kesihatan ibu & bayi.