8 Cara Yang Betul Mencuci Muka Untuk Kulit Kekal Anjal – Diarysafiyah

Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik & halus cara mencuci muka dengan betul juga amat penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Sebelum ini seperti yang semua tahu, kebanyakan daripada kita hanya menitik beratkan pemilihan pencuci muka yang sesuai dan terbaik. Tetapi kita tak peduli dengan teknik atau cara untuk mencucinya dengan betul.

Ramai diantara kita berpendapat hanya dengan pemilihan pencuci muka yang terbaik dan berkualiti dapat menjamin kebersihan wajah. Hanya 70% sahaja yang membantu dari segi pemilihan produk pencuci yang serasi untuk kulit kita.

Selebihnya kita harus tahu teknik atau cara yang betul mencuci muka agar kulit kekal sihat,halus dan anjal. Sofea kongsikan beberapa caranya disini.

Cara Yang Betul Mencuci Muka Agar Kulit Kelihatan Lebih Halus & Anjal

1. Bilas terlebih dahulu muka dengan air suam kemudian calitkan sedikit sabun pencuci dipermukaan tangan

2. Sapu rata sabun dipermukaan wajah kita. Gunakan dua jari iaitu jari manis dan jari tengah untuk mencuci. Jangan guna jari telunjuk kerana ia memberikan tekanan yang lebih kuat.

3. Cuci muka bermula dari bawah dibahagian dagu terlebih dahulu. Selepas itu tarik ke atas sisi kiri dan kanan hingga ke arah cuping telinga.

4. Teruskan dengan mencuci bahagian atas antara mulut dan hidung. Cuci secara membulat dari tengah hingga ke tepi bahagian sisi cuping telinga. Dan diteruskan dengan dari sisi tepi hidung tarik semula hingga ke cuping.

5. Cuci bahagian bawah mata secara lembut & membulat hingga ke bahagian tepi sisi kepala. Pastikan anda tidak menekan bahagian bawah mata dengan kuat atau kasar.

6. Fokuskan pencucian dibahagian T Zon, bermula dari tepi hidung urut secara perlahan ke bahagian tengah dan seterusnya ke atas

7. Dari bahagian T Zon hidung tarik urutan pencucian ke bahagian kiri dan kanan dahi. Urut secara membulat sehingga rata atau urt secara lembut ke arah atas.

8. Selepas itu bilas semula muka dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk bagi menyegarkan lagi kulit wajah kita.

Tips Tambahan

  • Cuci Muka dengan pembersih muka 2 Kali sehari
  • Gunakan pencuci yang bebas bahan kimia
  • Jangan guna semua jari atau telapak tangan untuk mencuci muka kerana ia akan memberikan tekanan yang kuat terhadap kulit wajah
  • Cuci muka dari arah bawah ke atas untuk kulit kekal anjal dan awet muda

Masih mencuci muka dengan cara yang salah? Jom ubah dari sekarang agar kulit wajah kita kekal anjal, halus dan awet muda. Siapa yang tak nak cantik kan.

Selamat Mencuba  🙂