10 Tips Atasi Masalah Jerawat – Diarysafiyah

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini sofea nak kongsi beberapa tips. Insyaa Allah tips yang bermanfaat untuk kita. Tips atau Cara untuk kita tangani masalah jerawat.

Siapa dekat sini yang tak pernah ada jerawat? ada ke? hikhik Rata-rata daripada kita semua pernah ditumbuhi jerawat dibahagian muka betul tak? Lagi-lagi kalau tengah stress, tengah nak hadapi final exam ke, stress kerja ke confirm punya lah jerawat tu mesti bertenggek.

Ada Jerawat? Boleh picit tak?

Setengah daripada kita tak boleh tengok jerawat ni tumbuh mula nak picit dan kacau kan? Suka sangat usik jerawat tu. Hilang ke kalau dipicit? Sebenarnya jerawat ni kalau diusik atau dipicit ia boleh membawa kepada keradangan yang akan menyebabkan jerawat lebih teruk.

Kemungkinan jerawat itu makin besar tumbuhnya kerana keradangan dan akan meninggalkan bekas atau parut dimuka. Buruk kan? Sofea akan kongsikan beberapa tips atau cara  mencegah jerawat daripada terus tumbuh berleluasa. Siapa nak kulit cantik? Jom baca 😍

 


10 Tips Tangani Masalah Jerawat

1.  Jangan Terlalu Kerap Mencuci Muka

Jika kita terlalu kerap mencuci muka dengan kaedah yang kasar atau bahan yang keras ia akan menyebabkan jerawat bertambah teruk. Scrub pun perlu dielakkan jika jerawat anda dalam keadaan teruk. Scrub muka adalah bagus untuk menghilangkan kotoran degil tetapi jika kita terlalu bertenaga masa scrub tu ia akan menyebabkan keadaan jerawat menjadi merah akibat keradangan.

Seeloknya, basuh muka dan kawasan yang berjerawat 2 kali sehari menggunakan pembersih yang lembut. Dan kaedah urutan yang lembut dan halus.

2.  Guna Pencuci Muka Bebas Minyak

Untuk anda yang mengalami masalah jerawat, elakkan membeli dan menggunakan pembersih muka yang berminyak. Kerana ia tidak sesuai dengan keadaan kulit. Keadaan kulit yang berminyak akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Bila pori-pori tersumbat jerawat pun akan terbentuk. Oleh itu, guna pencuci yang bebas minyak (oil-free) agar dapat merawat dan melegakan radang jerawat secara perlahan.

Pakar Dermatologi menyarankan untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat boleh pilih pencuci muka yang mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid. Boleh rujuk di bahagian kandungan belakang produk.

3.  Tidak Perlu Tinggalkan Makanan Kegemaran Anda

Terdapat beberapa mitos mengatakan bahawa makanan kegemaran seperti coklat dan pizza adalah punca tumbuhnya jerawat. Jerawat terjadi apabila liang pori tersumbat disebabkan kulit yang berminyak, sel kulit rosak dan bakteria yang menyebabkan keradangan. Tetapi jika setengah makanan yang anda perhati kalau lepas makan akan tumbuh jerawat cuba elakkan. Kalau makanan kegemaran kita tu sedap plus ok je makan tak ada jerawat tumbuh. Teruskan makan okay 😉

4.  Jangan Guna Kosmetik/Make up yang berat

Tinggalkan kosmetik yang berat dan yang berasaskan minyak. Macam mana nak tahu? Boleh tengok pada jenis dan pada kandungan kosmetik sebelum anda nak beli ya. Kebiasaanya, creamy foundation dan blushy akan menyebabkan pori-pori tersumbat jika tidak sesuai dengan kulit kita. Jadi, kalau nak beli kosmetik beli yang berasaskan mineral dan dalam posisi serbuk kerana ia lebih sesuai dan ringan untuk sesiapa yang mengalami kulit berjerawat.

5.  Guna Foundation yang Bebas Minyak (Oil-Free)

Sebelum bersolek atau make-up pastikan anda menggunakan foundation yang bebas minyak. Dan pastikan selepas mengenakan solekan pada wajah cuci dengan bersih walaupun masa itu anda penat atau letih.

6.  Elakkan Guna Produk Rambut yang Berminyak

Dengan menggunakan produk minyak rambut yang banyak seperti gel boleh menyumbatkan liang pori wajah anda. Ia terjadi apabila rambut anda yang berminyak itu tadi menyentuh bahagian wajah anda, seperti pipi atau dahi. Dan jika anda mempunyai jenis rambut yang berminyak cuba cuci atau syampoo setiap hari untuk mengelakkan liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.

7.  Jangan Sentuh Muka Anda

Kalau jerawat mula tumbuh, kecik atau besar jangan sentuh atau usik jerawat anda kerana ia akan menyebabkan keradangan menjadi lebih teruk. Tangan kita ni berbisa, kalau ada jerawat tumbuh kita usik ia akan menyebabkan jangkitan bakteria dan menjadikan jerawat semakin teruk. Bila dah teruk nak rawat jerawat makin susah dan mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih.

8.  Jangan Picit Jerawat Anda

Memicit atau menekan jerawat anda akan menyebabkan keadaan lebih teruk. Malah ia akan melambatkan penyembuhan dan akan meninggalkan parut berlubang pada wajah anda. Jadi jangan amalkan untuk memicit jerawat ye.

9.  Jangan Guna Ubat Jerawat Secara Terus

Maksudnya disini, kita tak digalakkan untuk menggunakan ubat secara terus menerus tanpa dibantu dengan rawatan pembersihan lain. Penyembuhan Jerawat mengambil masa, mungkin 2-4 bulan untuk sembuhkan sepenuhnya. Jadi jangan anggap dengan guna 1 ubat jerawat akan hilang sekelip mata. Bukan magik ok 😉 Penjagaan yang khusus juga diperlukan untuk merawat jerawat yang serius.

Saya nasihatkan, kalau jerawat anda berada ditahap yang teruk sebaiknya bawa jumpa doktor atau pakar penjagaan kulit bagi membantu merawat dan meredakan kerosakkannya.

10. Ikat Rambut Dengan Kemas

Apa kena mengena rambut dengan jerawat? Macam sofea terangkan tadi bila rambut berminyak kemungkinan besar akan menyebabkan liang pori tersumbat. Jadi kalau anda ada masalah jerawat pastikan anda ikat rambut anda dengan kemas dan elakkan daripada ia terkena wajah.

Beberapa tips yang sofea kongsikan ni, ada satu atau dua yang selalu kita ambil mudahkan. Bila jerawat dah teruk baru sedar. Jadi mulakan penjagaan daripada hari ini. Jangan ambil ringan dengan tips-tips yang mudah kacang ni okay. Kita semua nak kulit yang cantik halus gebu kan. Moga 10 tips mudah ini dapat membantu anda semua. Insyaa Allah ada kelapangan waktu sofea akan kongsikan lagi tips-tips berguna buat pembaca kesayangan semua 🙂

Salam Sayang,

Sofea  🙂