Bila panas terik pekena Air Kelapa memang tak terkata nikmatnya, rasa nak beli semua air kelapa tu. Tapi boleh ke ibu minum air kelapa ketika hamil? Mesti ramai ibu-ibu nak tahu kan ?

Saya kongsikan disini untuk info & rujukan ibu semua.

6 Kebaikan Minum Air Kelapa Ketika Hamil

1. Air Kelapa Dapat Kurangkan Rasa Loya 

Air Kelapa bersifat sejuk, minum di waktu pagi boleh membantu mengurangkan rasa loya nak muntah ketika hamil. Tak ramai yang tahu ni, sebab biasa tekak minta air kelapa waktu terik matahari tu kan memang lega minum masa tu. Cuba lah ambil waktu pagi insyaa Allah boleh membantu.

Selain itu, air kelapa ni mengandungi kalsium, potassium, sodium & riboflavin yang baik untuk badan kita. Sambil tekak rasa nyaman minum air kelapa badan serap semua kebaikan pada air kelapa. Kan baik tu?

2. Air Kelapa Membantu Menghidrat Badan 

Air kelapa ni mengandungi banyak elektrolit, ia boleh membantu badan dari terhidrasi. Sama lah macam air biasa pun, cumanya air kelapa lagi sedap dek tekak memang feling dia lain bila minum. Betul tak mommy?

Lagi satu ia bagus kerana boleh membantu menyingkirkan toksin dalam badan juga.

3. Air Kelapa Membantu Mengawal Berat Badan

Air kelapa sangat membantu mengawal berat badan. Mengandung ni berat naik berlebihan pun tak ok, berat tak naik pun tak ok. Bila berat naik mendadak adalah hal yang paling merisaukan, nurse pun akan extra aware bila kita banyak gain weight. Berat naik normal ya mommy cuma ada hadnya, jangan lah lepas ni pi bantai air kelapa banyak-banyak sebab tak nak berat naik.

Dalam masa sama  jaga pemakanan ibu ya.

4. Air Kelapa Mencantikkan Kulit

Air kelapa juga dikatakan boleh membantu mencantikkan kulit, ohh ni semua suka kan hihi memang tak dapat dinafikan kebaikan air kelapa yang satu ni. Air kelapa bagus juga untuk kecantikan tekstur kulit kita, tepat lahkata orang dulu-dulu “kalau nak kulit cantik minum air kelapa”.

5. Air Kelapa Bantu Merawat Kencing Kotor

Ramai tak ibu yang alami masalah ni? Kalau ada simptom sakit bila buang air tu salah satu tanda, cubalah cek ya. Selain air barli yang terkenal, Air kelapa ni juga antara salah satu air yang boleh membantu merawat kencing kotor. Air kelapa mempunyai sifat anti-bacterial yang boleh membantu elakkan jangkitan berlaku. Kalau dah sah kena, boleh lah cuba minum 2 kali sehari tapi pastikan refer doktor dulu ya.

6. Minum Air Kelapa Kulit Bayi Bersih Ketika Lahir 

Kulit bayi bersih ketika dilahirkan bila minum air kelapa, yang ini memang tak dapat dinafikan. Ibu pernah tak tengok baby bila sejurus lepas dilahirkan ada cecair putih dibadan dan muka bayi, itu lah yang dikenali sebagai vernik. Vernik bertindak melindungi kulit bayi daripada cecair amnion ketika didalam perut. Bayi yang lahir pramatang  akan nampak lebih banyak cecair ini dibadannya.

Tetapi jika ibu rajin dan suka minum air kelapa ketika hamil ia akan membantu mengurangkan cecair vernik ini  melekat dibadannya ketika dilahirkan, ia akan lebih bersih.

Saya sendiri akui memang benar, sebab masa mengandungkan anak pertama air kelapa antara salah satu favourite. Kulit bayi memang bersih ketika dilahirkan, bila ingat balik ibu memang tiap hari minum air kelapa bila usia kandungan dah cecah 8 bulan.

6 manfaat dan kebaikan ini dah cukup untuk ibu tahu, bahawa air kelapa sangat bagus untuk ibu ketika hamil. Tetapi ia baik diambil ketika usia kandungan mencecah atau melepasi 6 bulan keatas. Sesuai dengan rasa sedap & segarnya bila minum.

Tak payah ibu mengandung, yang tak mengandung pun memang terliur bila teringat air kelapa. Minum dikala matahari terik sungguh menyamankan. Ibu boleh la cuba amalkan ya, jangan sampai telalu obses nak anak bersih sehari minum 10 biji air kelapa. Kembung perut oi, hee insyaa Allah ikhtiar sewajarnya sahaja dan doa yang baik-baik.