Cyst & Kehamilan

Jenis Cyst Yang Sering Dialami Semasa Hamil-Bahaya atau Tidak?

Akhir-akhir ini, selalu sangat baca di group posting berkenaan ibu yang mempunyai cyst ketika mengandung. Macam mana boleh terjadi? Ada yang tanya dalam masa sama kan saya mengandung, tak bahaya ke?

Perasaan risau seoang wanita memang tidak dapat disembunyikan lagi bila doktor beritahu kita disahkan memiliki ovarian cyst, terutamanya buat ibu-ibu hamil yang dalam masa sama mengalaminya.

Di anggarkan 1 dalam 1000 wanita hamil yang dikesan mempunyai ovarian cyst ketika hamil. Akan tetapi ianya tidak berbahaya kerana ia bukan kanser. Kebiasaannya cyst akan dapat dikesan bila kita melakukan pemeriksaan melalui ultrasound. Tidak kira secara sengaja atau tidak, setengah wanita yang mempunyai cyst akan dapat dikesan ketika melakukan ultrsound baby dan secara tidak sengaja Doktor mengesannya.

Dan sebenarnya ada yang tanya apa itu cyst? Buat wanita yang ada cyst mungkin mereka lebih tahu apa sebenarnya cyst ni kerana Doktor akan menerangkan masalah mereka lebih detail. Tapi untuk wanita yang ingin tahu apa sebenarnya Cyst. Saya kongsikan di sini.

Apa itu Ovarian Cyst?

Ovarian Cyst merupakan kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair (fluid-filled sacs) yang berkembang didalam atau pada ovari wanita. Ia boleh terjadi dalam pelbagai saiz, saiz diameter nya yang lebih dari 3 cm dan sehinggakan boleh menjadi saiz seperti sebiji buah tembikai. Kebanyakan cyst ini tidak merbahaya, tetapi sesetengah daripadanya akan menyebabkan berlaku masalah seperti pendarahan, rasa sakit atau tidak selesa di bahagian abdomen.

Jenis-Jenis Ovarian Cyst

Terdapat beberapa jenis Ovarian Cyst yang sering dialami oleh wanita. Tetapi hanya 3 jenis Ovarian Cyst sahaja yang biasanya berlaku dan dialami oleh ibu mengandung. Antaranya ialah :-

  1. Follicular Cyst –¬†Cyst jenis ini merupakan jenis cyst biasa yang mengandungi cecair
  2. Corpus Luteum Cyst – Cyst yang mengandungi cecair darah
  3. Hemorrhagic Cyst – Cyst ini agak kompleks kerana biasanya didalamnya mengandungi cysts berbentuk rambut, cecair, tulang, isi dan gigi

Adakah Cyst Bahaya Semasa Mengandung?

Ramai wanita yang disahkan mempunyai Ovarian Cyst ketika hamil. Ia adalah tidak bahaya jika saiznya masih terkawal dan terdiri daripada jenis cyst yang biasa.

Untuk saiz yang bawah 5 cm diameter biasanya tidak perlu dibuang jika ia tidak mendatangkan mudarat kepada ibu dan bayi dalam rahim. Tetapi jika ia melebihi dari 5 cm dan dikhuatiri pecah dan mungkin akan menyebabkan komplikasi nasihat dari pakar dan rawatan selanjutnya amatlah diperlukan.

Ibu hamil dinasihatkan untuk melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala untuk mengetahui perkembangan saiz dan jenis ovarian cyst. Ia boleh dilakukan melalui :-

  1. Pemeriksaan Ultrasound – melalui imej
  2. Pemeriksaan Darah – melalui kepekatan CA-125
  3. Pemeriksaan CT Scan Abdomen – mengenal jenis Ovarian Cyst

 Rujukan : 

  1. http://www.emedicinehealth.com/script/main/mobileart-emh.asp?articlekey=59332#what_are_the_types_of_ovarian_cysts

1 thought on “Jenis Cyst Yang Sering Dialami Semasa Hamil-Bahaya atau Tidak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge