Select Page

Ibu Ada Mengalami Masalah Haemoglobin (HB) Rendah Sepanjang Kehamilan ? Sampai Hampir Putus Asa Bila Bacaan HB Semakin Rendah Setiap Minggu

Mari Saya Kongsikan Tips & Rahsia… Bagaimana Saya Maintainkan Bacaan HB Hingga ke akhir Trimister ke-3, Sampai Satu Masa tu Mencecah Bacaan 16 pada Minggu Ke-11 Kehamilan!

Seronoknya bila ibu dapat maintainkan bacaan HB yang cantik dari awal hingga ke akhir kehamilan kan. Enjoy perjalanan Kehamilan dengan sihat TANPA SEBARANG MASALAH HB RENDAH yang memeningkan ibu. 

Banyak tips dan cara yang boleh ibu amalkan & cuba ketika hamil bagi membantu menaikkan bacaan HB. Tapi badan kita tak sama kan, ada orang yang makan apa pun, cuba apa pun bacaan masih juga sama. Ini kena cari apa PUNCNYA?

Malah makin rendah pun ada, betul tak? Sampai satu masa rasa nak “give up” pun ada, tetapi kerana memikirkan keselamatan & kesihatan si pertama hati ibu kena gagah dan teruskan usaha untuk naikkan bacan HB.

Nak tak nak, ibu perlu ikhtiar sesuatu bagi membekalkan nutrisi penting Zat Besi untuk membantu meningkatkan bacaan HB sekaligus membantu penghasilan Sel Darah Merah yang SIHAT! 

 

“Tiap kali hamil HB rendah hamil je HB rendah, sampai serik dah asyik kena admit dan marah dengan Nurse. Jadi muka Hospital tiap kali pregnant!” Puan Dhia

Serik! Kena MARAH Dengan Nurse & Kena Asyik Admit Hospital Sebab HB Rendah!

Tak dinafikan, ramai ibu yang mengalami masalah HB rendah ketika hamil. Sampai boleh kata setiap kali checkup bacaan HB rendah & ada yang makin meningkat usia kehamilan makin turun bacaan HB.

Nurse MARAH? Tak payah cakap la sampai berdarah telinga, asyik kena warning je. Nurse bagi tips macam-macam, siap tambah Zincofer untuk ibu naikkan bacaan HB tapi masih sama.

Itu pun entah makan ke tidak tu Zincofer? Sebab ada yang mengadu tak boleh telan, bau tak tahan!

Telan je Zincofer terus muntah balik, keluar semua apa yang Ibu makan bertambah lemah lah jadinya. Bacaan HB masih sama.

Sampai rasa nak give up rasanya, dan ada yang memang akan admit di Hospital sebab bacaan HB makin rendah ketika kehamilan jadi perlu pemantaun setiap masa di Hospital.

Balik-balik pregnant muka sama je admit hospital, serik memang serik kan Ibu? Lama-lama letih juga kalua macam ni!

Jadi ibu perlu buat sesuatu, tingkatkan pengambilan Zat Besi & kenal pasti punca bacaan HB rendah! Bila dah makan Zincofer dan cuba macam-macam tips untuk naikkan bacaan HB tapi bacaan masih sama?

Kenal pasti punca kenapa bacaan HB tak naik-naik!

Sebelum itu, Ibu perlu tahu dulu apa sebenarnya Haemoglobin (HB) ni untuk Ibu Hamil?

Apa dia sebenarnya HB (Haemoglobin) ni?

Haemoglobin (HB) : Haemoglobin merupakan molekul protein dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen & karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam tubuh badan manusia. 

Jadi ia sangat penting untuk perkembangan bayi didalam kandungan dan kesihatan ibu semasa tempoh kehamilan.

Perluke Ibu Naikkan Bacaan HB Paras >12 Ketika Hamil ?

Terdapat beberapa kepentingan Ibu perlu memastikan bacaan HB maintain cantik & naik ketika hamil. Cuba Ibu ambil tahu dulu kepentingannya!

Membantu Membekalkan Oksigen Untuk Bayi

Mengelakkan Berlakunya Tumpah Darah Selepas Bersalin

Bagi mencegah Ibu daripada Mudah Pengsan/Pitam

Membantu Membekalkan Oksigen Untuk Ibu

Membantu Mengelakkan Risiko Keguguran Diawal Kehamilan

Mengelakkan Berlakunya Anemia Ketika Hamil

Mencegah Kelahiran Saiz Bayi Kecil Akibat Tidak Cukup Nutrisi

Membantu Perkembangan Organ Bayi yang Sihat & Normal

Aras bacaan HB yang disarankan untuk seorang wanita hamil adalah atas 12 gm/dl. Oleh sebab itu ia sangat penting untuk ibu maintainkan dan naikkan bacaan HB pada tahap tersebut bagi membantu membekalk sel darah merah yang sihat & normal untuk perkembangan bayi didalam kandungan.

Terdapat beberapa cara & tips yang boleh ibu amalkan ketika hamil bagi membantu meningkatkan bacaan HB, seperti melengkapkan permintaan Zat Besi dalam badan.

Nutrisi Zat Besi sangat penting dalam membantu menaikkan bacan HB ketika hamil, Ibu perlu lakukan sesuatu bagi memastikan ibu dapat membekalkan nutrisi Zat Besi yang mencukupi untuk ibu & bayi.

Sekaligus menaikkan bacaan HB ibu ketika hamil.

Pengambilan makanan yang tinggi dengan Zat Besi seperti bayam, buah delima & sayur brokoli membantu meningkatkan bacaan HB ketika hamil. Ibu dah cuba yang ini? Tetapi sama?

Ibu juga boleh ikhtiat cara lain dengan mengambil suplemen tambahan yang mengandungi Zat Besi penting bagi membantu badan ibu topup semula nutrisi yang tidak mencukupi.

Jadi… Macam Mana Nak Naikkan Bacaan HB Semasa Hamil ? Supaya Ibu Tak Perlu Serik Kena Marah Dengan Nurse & Tak Perlu Lagi Bermalam Di Hospital!

Sememangnya terdapat banyak punca yang buat ibu hamil sampai give up nak cuba semua tips & cara yang boleh membantu menaikkan bacaan HB sebab ada ibu yang dah cuba macam-macam tapi hasil masih sama!

Disebabkan penerimaan badan yang berbeza, jadi bacaan HB ibu tetap tak naik-naik. Letih & Give up jadinya !

Kenal Pasti Punca Bacaan HB Tak Naik-Naik

Antara punca yang biasa Ibu Hamil tak perasan atau tak tahu dalam mencuba tips & cara untuk naikkan bacaan HB tapi bacaan tak naik naik ialah…

  • Kekurangan Vitamin C dalam badan
  • Penyerapan Zat Besi Tidak Berkesan
  • Kehilangan banyak darah semasa awal kehamilan/haid sebelum
  • Kesan sampingan akibat ubatan tertentu
  • Pendarah serius akibat buasir ketika hamil
  • Faktor genetik seperti pembawaan penyakit “talasemia”

Ibu perlu kenalpasti punca yang membuatkan bacaan HB ibu ketika hamil tak naik-naik, jadi dah kenalpasti punca masing-masing? Cari solusi macam mana nak atasinya!

Rahsia Tingkatkan Bacaan HB Dengan Berkesan & Kesan Yang Pantas

Bila ibu dah dapat kenal pasti punca-puncanya, mulakan langkah dengan bertindak secepatnya. Saya nak kongsi satu Rahsia yang saya sendiri amalkan & saya kongsi dengan ibu-ibu hamil yang lain, hasilnya alhamdulillah terbukti berkesan bacaan HB naik dengan cepat.

  • Rahsianya adalah dengan membekalkan nutrisi Zat Besi yang lengkap dengan kehadiran Vitamin C

Adakah ibu tahu? Kehadiran Vitamin C Bersama Zat Besi akan membantu penyerapan Zat Besi dengan lebih berkesan didalam tubuh badan kita.

Jadi ibu perlu pastikan kehadiran vitamin C perlu ada ketika membekalkan zat besi untuk tubuh ibu setiap hari, tak kira sama ada dari makanan semulajadi seperti buah-buahan atau sayur-sayuran dan dari vitamin tambahan yang ibu bekalkan.

Kalau dulu tak tahu, sekarang dah tahu kan? Jadi cek dulu ya sebelum bekalkan sumber zat besi, tingkatkan pegambilan sumber Vitamin C juga dalam masa yang sama ibu ikhtiar tingkatkan bacaan HB ketika hamil.

Disamping tingkatkan pengambilan makanan semulajadi yang kaya dengan zat besi & vitamin C. Pengambilan suplemen atau vitamin tambahan ketika hamil yang lengkap dengan Zat Besi dan Vitamin C juga sangat membantu ibu untuk ikhtiar naikkan bacaan HB ketika hamil.

Baca SINI juga 14 Makanan yang membantu menaikkan bacaan HB dengan Cepat & Berkesan