Select Page

Fibroid Bahaya atau Tidak?

Rata-rata wanita tahu apa itu fibroid. Terutamanya buat mereka yang dah pernah didiagnos mempunyai fibroid. Bahaya ke fibroid ini ataupun tidak?

Fibroid adalah merupakan ketumbuhan yang berlaku didalam sistem pembiakan wanita. Ia terhasil daripada sel-sel otot dan tisu-tisu berhubung.
20-50% wanita mempunyai masalah fibroid. Fuhhh ramai juga kan? Bahaya ke fibroid ni? Fibroid memang menjadi satu masalah buat wanita yang mengalaminya akan tetapi berita gembiranya 99% kes fibroid adalah bukan kanser. Ia hanya ketumbuhan sahaja.

Rasa lega rasanya bila doctor kata Fibroid ini bukan kanser, tapi kita tak boleh stop sampai situ je. Kena ambil tahu apa itu fibroid dan cari cara untuk ikhtiar kecutkankan fibroid. Ehh fibroid boleh kecut dan membesar ke?

Saiz Fibroid Boleh Membesar

Ya! Fibroid boleh membesar dari sekecil saiz kacang hingga membesar sebesar saiz buah limau. Bayangkan lah mula-mula dia kecik macam saiz kacang je boleh membesar sampai sama dengan saiz buah limau. Besar kan? Bila dia membesar dan berkembang macam tu lah yang merisaukan dan bermula lah timbulnya tanda atau simptom-simptom yang menandakan kita ada fibroid.

Apa Punca Fibroid Membesar ?

Fibroid boleh berkembang atau membesar apabila adanya peningkatan hormon estrogen dalam badan kita. Dari situ ia akan menyokong fibroid untuk membesar dari saiznya yang biasa. Ketidakseimbangan hormon ini yang biasanya menjadi punca utama fibroid berkembang.

Golongan yang berpotensi mengalami Fibroid

• Wanita yang telah menopause
• Obese atau Berat Badan Berlebihan
• Wanita Tidak Mempunyai Anak
• Wanita yang berketurunan Afrika
• Sejarah Keluarga

Tanda-Tanda Fibroid

• Haid Banyak atau Berpanjangan
• Pendarahan Tidak Normal
• Sakit pada Bahagian Pelvis
• Kerap Membuang Air Kecil
• Sakit bahagian Pinggang
• Sakit ketika Bersama
• Perut Buncit
• Susah Dapat Anak

Cara Mengesan Kehadiran Fibroid

Kehadian fibroid boleh dikesan melalui beberapa cara iaitu dengan melakukan x-ray, ultrasound, hysteroscopy dan juga ujian darah untuk mengesan kehadiran zat besi.
Ujian darah antara salah satu cara untuk mengesan fibroid kerana ia boleh mengesan sama ada kita kekurangan zat besi atau anemia.
Kebiasaannya golongan yang mempunyai fibroid akan mengalami anemia atau kekurangan zat besi akibat terlalu kerap atau banyak kehilangan darah (bleeding).

Alternatif Pencegahan & Cara Ikhtiar Kecutkan Fibroid

Fibroid boleh dicegah seawal yang mungkin, dan untuk sesiapa yang dah ada fibroid kita juga boleh berikhtiar untuk kecutkan fibroid atau elak ia terus berkembang dan membesar.

1. Pengambilan Multivitamin & Multimineral yang mencukupi
2. Bekalkan Omega 3 untuk membantu mengawal keseimbangan hormone
3. Pengambilan Isoflavones
4. Bekalkan Herba Tambahan Semulajadi
5. Pengambilan Sel garam Kalsium Florida

Jadi untuk yang mengalami masalah Fibroid boleh membuat pemeriksaan lanjut dengan doktor dan cuba ikhtiar ubah gaya pemakanan dan gaya hidup untuk mengelakkan Fibroid dari terus membesar dan membahayakan kesihatan anda. 

BACA SINI UNTUK TESTIMONIAL KECUTKAN FIBROID & CYST SECARA SELAMAT DENGAN BERKESAN