Tips Bakal Pengantin

Checklist Persiapan Untuk Majlis Kahwin

Assalamualaikum.w.b.t

Salam sayang semua, alhamdulillah kita dah masuk ke fasa 10 malam terakhir dibulan Ramadhan. Harap semuanya sihat dan dapat menyambut syawal yang akan datang bersama keluarga tersayang. Hari ini sofea nak kongsikan list atau senarai untuk persediaan majlis perkahwinan. Memandangkan tinggal beberapa hari Ramadhan sofea yakin mesti ramai yang akan mengadakan Majlis Perkahwinan. Mungkin senarai persediaan ini sedikit sebanyak boleh membantu anda.

Majlis tinggal 6-7 bulan lagi tapi satu persediaan pun tak buat. Rasa macam awal sangat, tak tahu nak mula dari yang mana kan. Disebabkan ini adalah pengalaman pertama (kawin sekali je ye) kita kenalah rancang majlis dengan sebaiknya, boleh minta pendapat dari orang yang dah ada pengalaman selain daripada keluarga kita.

Jadi nak memudahkan mintalah pendapat dekat adik-beradik atau saudara-mara kita yang dah kahwin, senang lah kerja kita sikit kan kalau mereka boleh tolong. Tak adalah terkial-kial fikir sorang-sorang. Apa nak buat kalau Majlis lagi 6-7 atau 3-4 bulan. Mula senaraikan dari sekarang untuk memudahkan urusan kita dan pasangan.

 

senarai-persediaan-kahwin

CHECKLIST UNTUK MAJLIS KAHWIN 

1. DAFTAR KURSUS KAHWIN

Daftar dan pergi kursus kahwin adalah benda yang memang semua pasangan pengantin WAJIB pergi. Kalau tak jangan ada hati nak kahwin ye.

Kursus Kahwin sekarang dah mudah pergi daftar dan hadiri kelas dua hari sahaja. Kadang tak sampai dua hari pun. Sehari setengah dah siap. Dan tunggu pihak kursus hubungi kita untuk ambil Sijil.

Sebelum ni saya pergi RM 60 seorang siap dengan makan sekali, jadi kalau nak pergi dengan pasangan boleh daftar sekali. Dengar sama-sama apa intipatinya lebih baik kan. Dapatlah sama-sama belajar untuk alam rumah tangga nanti.

 

2. TETAPKAN TARIKH NIKAH & MAJLIS

Biasanya tarikh nikah & majlis akan ditetapkan masa hari atau majlis pertunangan masing-masing.

Bincang antara kedua-dua keluarga untuk tarikh yang tepat. Bila tarikh nikah & majlis dah ditetapkan senanglah kita nak buat persediaan untuk tempah tempat (bagi yang nak buat didewan/hotel), dan pelamin untuk majlis resepsi.

Bila tarikh dah ditetapkan kita nak buat persediaan untuk beli barang hantaran dan barangan untuk majlis pun senangkan. Jadi tetapkan tarikh dahulu.

 

3. MEDICAL CHECK-UP (HIV TEST)

WAJIB buat. Medical Check-up atau ujian HIV ni wajib dibuat oleh kedua-dua bakal pengantin. Kebiasaanya mengambil masa dalam seminggu jadi bagi memudahkan urusan masa kita, set kanlah bila kita nak pergi. Dan nak buat Medical Check-up ni kena buat appointment dulu, tak boleh terus terus datang nak buat yea. Kena ikut turn kita.

Ujian HIV hanya boleh dibuat di klinik kerajaan sahaja yea jangan pergi klinik swasta pulak. Hasil daripada Ujian HIV mesti dikepilkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendapat kelulusan berkahwin. Ok bila dah settle boleh teruskan kepada langkah yang seterusnya.

 

4. BORANG & DOKUMEN BERKAITAN

Borang dan dokumen berkaitan ni sangat-sangat lah penting. Kedua terpenting selepas kursus kahwin. Tak lengkap tak boleh kahwin tau.

Tok kadi tak langsungkan majlis kalau segala borang & dokumen perkahwinan tak siap. Jadi take note awal-awal. Pastikan semua dokumen dan borang yang diperlukan lengkap.

Buat lah list asingkan borang-borang yang dah siap dilengkapkan dan yang belum. Senang kerja kita tak adalah tercampur semua kan. Bila semua dah lengkap kita boleh lah submit borang dan dokumen tu pada pihak yang berkenaan. Untuk borang bagi kawasan Wilayah Persekutuan boleh semak dilaman web JAWI dan kawasan Selangor dilaman web JAIS.

 

5. BINCANG & TENTUKAN TEMA MAJLIS KAHWIN

Lepas dah settle segala urusan untuk borang dan dah dapat kelulusan. Fuhh hati pun rasa lega dah kan (sikit je lah)

Selepas itu kita boleh fikirkan dan bincang bersama pasangan atau keluarga mengenai tema dan warna untuk majlis perkahwinan.

Untuk pemilihan tema biasanya idea dah timbul beberapa bulan yang lepas tetapi untuk memastikan tema yang dipilih bersesuaian, kata sepakat antara pasangan dan keluarga juga diperlukan.

Bila dah dapat kata sepakat boleh lah kita ajukan idea, tema dan warna kepada ‘wedding planner’ kita atau pengurus untuk pelamin semasa majlis nanti. Tapi kena ingat mesti tempah dulu ‘wedding planner’ atau mak andam untuk majlis tu nanti yea. Takut aim lama-lama lupa nak tempah melepas pulak sebab full.

tema-majlis-kahwin

 

6. BARANGAN HANTARAN

Beli barang hantaran. Buat perancangan yang rapi dengan pasangan, buat senarai untuk barangan yang diperlukan sebelum keluar membeli.

Jadi lebih senang kita nak beli nanti dan juga dapat tentukan bajet untuk setiap barang tersebut tak adalah berlaku pembaziran bila kita dah senaraikan dan tetapkan apa yang kita nak kan.

Saya sertakan juga senarai barang hantaran untuk memudahkan kita. Rujuk dibawah.

 

  Lelaki Perempuan
1 Sirih Junjung  Set Penjagaan Kulit
2 Al-Quran Telekung/Sejadah
3 Jam Jam
4 Kasut Kasut
5 Set Penjagaan Kulit Handbag
6 Set Minyak Wangi Set Minyak Wangi
7 Dompet/Tali Pinggang Buah-Buahan
8 Baju/Kameja Kek
9 Kek Set Coklat
10 Set Coklat
11  Buah-buahan

 

7. CARI SOUVENIR & BUNGA TELUR

Cari atau survey souvenir untuk tetamu yang datang semasa majlis nanti.

Untuk hal ini lebih baik bawa mak atau keluarga terdekat. Mereka lagi arif tentang pemilihan buah tangan ni kan. Cari souvenir atau buah tangan yang bersesuaian mengikut bajet kita.Ingat ya dalam pemilihan buah tangan pilihlah yang memberi kebaikkan kepada tetamu.

Tetamu yang datang pun hargai apa yang kita beri, nak bagi buah tangan biarlah dengan ikhlas sebab buah tangan ni sebagai tanda penghargaan kita pada tetamu yang hadir yang mendoakan kebaikan kita Jadi beli buah tangan biarlah yg membawa manfaat pada semua.

buah-tangan-majlis-kahwin

 

8. GUBAH BARANG HANTARAN

Bila dah settle beli semua barang hantaran. Sekarang masanya untuk menggubah semua dulang hantaran tersebut.

Kalau nak jimat boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran kita. Kalau tangan seni suka buat DIY lebih baik gubah sendiri jimat kos. Hehe Boleh labur untuk benda lainkan.

Tapi kalau yang jenis sibuk dan tak ada masa nak gubah sendiri jangan lah risau sekarang ramai yang buat services gubahan hantaran, hantar je pada mereka. Keluar duit sikit berbaloi kalau hasilnya memuaskan kan? Make it easy 😉

 

9. TEMPAH JURUNIKAH @ TOK KADI

Tempah jurunikah atau tok kadi, bunyi nya macam tak ada lah penting sangat. Tapi tanpa tok kadi tak kahwin nanti J

Tempah awal-awal ya, sebab bukan kita je yang nak kahwin banyak lagi pasangan yang nak tempah tok kadi tu, sebaiknya tempah atau minta jurunikah ‘lock’ tarikh untuk majlis kita nanti.

Memudahkan jurunikah untuk uruskan jadualnya.

 

10. SENARAIKAN NAMA & BILANGAN TETAMU

Hal ini sangat penting untuk kita, sebelum nak beli barang dan buah tangan untuk majlis, kita tetapkan dulu bilangan tetamu yang kita nak jemput pada majlis kita nanti.

Bila dah tulis bilangan tetamu dalam masa yang sama kita dah boleh anggarkan berapa bajet dan keperluan perbelanjaan yang kita perlu keluarkan.

Jadi tulis bilangan tetamu yang kita nak jemput.

 

11. TEMPAH KAD KAHWIN

Tempah kad kahwin, ni biasanya setengah pasangan teruja sangat nak pergi tempah kad kahwin ni. Hehe sebab dia nak tempah design yang cantik-cantik. Tapi kena ingat ya tetapkan dulu bilangan tetamu baru tempah. Dinasihatkan tempah seawal mungkin, bila dah dapat persetujuan kedua-dua belah pihak pasangan bolkan untuk menempah kad jemputan. Kerana penempahan kad biasanya mengambil sedikit masa untuk disiapkan.

Meletakkan banting atau plan sangat penting, agar tetamu jemputan kita tahu kemana arah rumah @ tempat majlis dilangsungkan. Tak adalah tetamu tersalah masuk majlis orang lain kan.

kad kahwin murah

Nak kad kahwin murah dan cantik? Order di EZcetak.com

 

12. TEMPAH PELAMIN YANG DI IDAMKAN

Saya pasti untuk tempah pelamin biasanya pasangan dah mula mencari beberapa bulan sebelum majlis. Jadi jika dah berkenan cepat-cepat tempah, bak kata orang bila dah jatuh cinta cepat-cepat sunting takut orang lain masuk dulu. Jadi tempah awal-awal, kalau boleh cari mengikut kesesuaian bajet kita dan yang sedap mata memandang masa Majlis nanti. Pelamin pun kena cantik ok.

pelamin-kahwin

 

13. TEMPAH JURUSOLEK @ MAK ANDAM

Hah yang ini pun sama macam tempah pelamin, tapi lagi penting ni sebab kalau tak ada juru solek mahu kena solek sendiri kak. Jurusolek kat Malaysia sekarang makin banyak yang mahir, kalau dah berkenan boleh tempah dan ‘lock’ untuk majlis kita. Supaya mereka boleh masukkan nama kita dalam ‘booklist tempahan make-up’.

 

14. PILIH BUSANA PENGANTIN

Kebiasaanya bila tempah pelamin dia sekali pakej dengan busana pengantin, tapi terpulang pada kita juga. Kot lah nak tempah di designer lain. Boleh tempah awal-awal. Nanti dah dekat majlis tinggal nak ‘fitting’ je. Plih biar bersesuaian dengan kehendak kita ya. Jadi raja sehari sekali je taw, pilihlah yang cantik lagi sedap mata memandang  🙂

 

15. URUSAN MENEMPAH KANOPI, (KERUSI, MEJA) & KATERING

Untuk menempah kanopi sebaiknya cari lah yang services nya bagus dan berdekatan dengan kawasan rumah kita (tempat majlis). Lebih memudahkan pihak kanopi untuk urus jadual pemasangan. Tempah sekali dengan kerusi dan meja atau alatan dapur untuk memasak bagi yang urus masak sendiri).

Bagi katering, terpulang kepada kita nak tempah service katering yang mana. Tapi mesti kita pilih yang service tip top dan sedap kan. Jangan lupa buat ‘food test’ dulu pilih lauk apa yang kita nak pada hari majlis kita nanti. Tempah bila dah sama-sama setuju boleh buat bayaran persetujuan atau deposit pendahuluan.

 

16. JURU GAMBAR

Proses pencarian jurugambar mungkin juga memakan masa, cari lebih awal. Yang kita mahu kepuasan sebab majlis kita seklai sahaja mesti kita nak semua cantik kan. Pastikan cari jurugambar yang berpengalaman, demi kepuasan kita juga. Mahal tak apa kalau cantik dan puas hati.

 

17. TEMPAH KOMPANG @MARHABAN

Untuk memeriahkan lagi majlis kita, digalakkan tempah kompang, marhaban atau silat mengikut kesesuaian majlis kita. Boleh minta ayah atau keluarga terdekat carikan yang bersesuaian untuk memeriahkan majlis.

 

Okay, bila dah selesai semua apa yang kita senaraikan untuk majlis kita nanti. Boleh lah bakal pengantin berehat atau menenangkan diri. Pergi SPA untuk rehatkan badan dan tenangkan sedikit tekanan sebelum majlis. Sekarang banyak je SPA yang adakan pakej untuk bakal pengantin. Tinggal tempah je 🙂

Moga segala urusan semua bakal-bakal raja sehari dipermudahkan dan semua berjalan lancar. Selamat Menempuhi Hidup Baru untuk bakal raja sehari semua.

 

Salam Sayang dari Sofea,

Untuk Semua Bakal Raja Sehari

46 thoughts on “Checklist Persiapan Untuk Majlis Kahwin

  1. Salam ..Tumpang Iklan Ye..

    Promosi Hanya RM1,XXX
    3 EKOR BBQ KAMBING
    + Stall Asam Laksa (300 pax)
    + Stall Air Batu Campur (300 pax)

    PAKEJ EKSKLUSIF ANJUNG SERAI
    DEWAN 1000PAX – RM 16.80

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER – 400pax
    Air Teh Tarik
    Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour
    Ayam Golek Madu
    Butter Prawn
    Puding Karamel
    Buah-Buahan
    Jus Buah
    Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream – 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    BBQ CORNER (PERCUMA)
    1 Ekor Kambing Panggang Beserta Kondiment
    Stall & Buffet Berasingan
    Peralatan Dan Kelengkapan Hidangan

    Hubungi:
    Ayu
    017-975 1039 (Call/Sms)]
    017-925 7897 (Whatsapp)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge