Rawat Bengkak Susu Dengan Cara Semulajadi

Mengalami bengkak susu ketika berpantang atau menyusu adalah pengalaman yang sangat memeritkan bagi seorang ibu. Sakitnya bengkak susu tu Allah je tahu, sakit yang teramat.

Sehinggakan boleh menganggu kesihatan dan emosi ibu ketika berpantang, masalah ini ibu memang tak boleh pandang ringan. Ayah perlu memainkan peranan sangat penting masa ini untuk bantu ibu, cari solusi untuk rawat bengkak susu.

Pelbagai cara dan tips untuk merawat bengkak susu yang biasa kita dengar tetapi adakah ia betul-betul berkesan? Bila bengkak susu ni kena “try and error” untuk atasinya.

Cara Rawat Bengkak Susu

Yang penting ibu perlu faham situasi bengkak susu ni, dan rileks untuk elak perkara lain lain berlaku. Saya kongsikan kisah benar seorang ibu yang masih dalam pantang yang mengalami bengkak susu.

Testimoni Rawat Bengkak Susu Dengan Lecithin

” Bengkak Susu,

Sebelum ini kalau saya kena bengkak susu, saya tuam je.

Tapi kali ini bengkak susu tak terkawal. Perah susu pun jadi sakit.

Oleh kerana tak tahan sangat, masa gini lah saya praktik kan apa yang saya tahu, tapi tak pernah cuba. Apa dia tu?

Kalau bengkak susu, makan suplement Lecithin.. Tapi menjadi ke?

Pagi saya ambil 10 biji Lecithin. Petang atau malam, saya telan lagi 10 biji. Total 20 biji sehari. (p.s : Lecithin bukan ubat tapi suplemen semulajadi)

Ini adalah kerana saya tak tahan sangat bengkak susu. Sakit tu tahap nak tidur pun sakit.

Alhamdulillah bi iznillah, rasa sakit tu surut. bengkak pun makin terkawal.

Susu untuk baby tetap banyak tapi takde lah rasa leras macam batu lagi dah”

Oleh Khadeejah Hasmad

Bengkak Susu Tanda Positif Bagi Ibu

Secara amnya kita tahu bengkak susu adalah tanda yang positif. Kenapa saya cakap positif? Ini tandanya ibu badan ibu sedang menghasilkan susu yang banyak. Sehingga menjadi bengkak & merasa penuh.

Tapi keadaan ini akan menjadikan ibu tidak selesa jika dibiarkan berterusan. Terdapat beberapa cara untuk mengatasi atau melegaan masalah bengkak susu ini.

Antara cara untuk rawat bengkak susu adalah :-

  1. Susu kan Bayi dengan lebih Kerap
  2. Pastikan Penggunaan Coli Menyusu yang Selesa & Betul
  3. Susukan Bayi dengan Lekapan yang Betul
  4. Pam Susu Ibu
  5. Urut Secara Perlahan untuk bantu Lancarkan Peraliran Susu
  6. Lekapkan tuala yang berisi ais untuk legakan bengkak buat sehingga payudara lembut
  7. Gunakan Gobis untuk bantu melegakan sakit
  8. Pengambilan Lecithin Shaklee

Rawat Bengkak Susu Dengan Lecithin Shaklee

Menurut Dr. Jack Newman, Lecithin merupakan makanan tambahan yang membantu mencegah dan mengurangkan saluran susu dari tersumbat. Dengan cara mengurangkan kelikatan susu dan meningkatkan peratusan asid lemak tak tepu dalam susu ibu.

Lecithin Shaklee merupakan vitamin yang mengemulsi lemak dan minyak. Sangat sesuai untuk ibu menyusu yang ingin melancarkan susu, mengelakkan dan mengurangkan bengkak susu.

Sehingga ke hari ini ia selamat digunakan dan diamalkan oleh ibu menyusu.

Bagaimana Untuk Dapatkan Lecithin Shaklee?

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Lecithin Shaklee dan bengkak susu yang dialami oleh ibu boleh hubungi saya ditakian berikut. Begitu juga jika ibu berminat untuk dapatkan Lecithin bagi membantu kurangkan bengkak susu sila hubungi saya segera.

Pengedar Shaklee Sah Anda!

Sofea Effendi : 0182887259