Kehamilan

4 Sebab Kenapa HB Rendah Semasa Mengandung

Bacaan HB rendah adalah perkara paling merisaukan buat ibu-ibu mengandung, terutamanya kalau dah sampai tahap bacaan merah. Tapi adakah masalah HB rendah semasa mengandung ini hanya masalah biasa di kalangan ibu mengandung?

Apakah maksud Anemia?

Anemia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah atau hemoglobin darah anda kurang sihat. Hemoglobin adalah protein utama sel darah merah yang membawa oksigen dari jantung ke seluruh badan. Jika bacaan HB atau hemoglobin darah kita rendah atau tak normal sel-sel dalam badan kita gagal memperoleh oksigen dengan sebaiknya. Sebab itu kalau kita perasan orang yang menghidap anemia selalu kelihatan letih.

sebab HB rendah ketika hamil anemia

 

Wanita lebih cenderung menghadapi Anemia, kerana wanita membutuhkan zat besi 2 kali lebih banyak daripada lelaki. Kenapa? Setiap bulan wanita akan mengalami haid dan akan kehilangan banyak darah, oleh itu golongan wanita lebih tinggi peratusan menghidap Anemia jika gagal membekalkan makanan yan tinggi dengan zat besi.

Ibu Hamil juga sering menjadi sasaran masalah ini. Ramai ibu hamil mengalami masalah bacaan HB rendah setiap kali melakukan pemeriksaan. Kenapa?

4 Sebab Kenapa HB Rendah Semasa Mengandung

Sebab kenapa HB rendah ketika hamil

1. Kekurangan Zat Besi (Iron)

Kekurangan zat besi ketika hamil merupakan punca utama bacaan HB ibu-ibu rendah. Zat Besi amat penting dalam penghasilan sel darah merah, kerana badan kita memerlukan zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin darah. Hemoglobin darah adalah protein didalam sel darah merah yang bertugas membawa oksigen dari jantung ke seluruh badan.

Cuba bayangkan, ketika hamil ibu memerlukan dua kali ganda penghasilan sel darah merah untuk membantu bayi mendapatkan oksigen secukupnya. Jika hemoglobin darah ibu rendah oksigen yang hendak disampaikan kepada bayi akan terjejas dan akan menganggu tumbesaran janin anda. Sebab tu nurse selalu ingatkan kita untuk makan Vitamin terutamanya yang kaya dengan zat besi (iron) bagi membantu meningkatkan bacaan HB ibu-ibu mengandung.

Zat besi untuk naikkan hb

Sumber Makanan tinggi dengan zat besi.

2. Pengambilan Asid Folik yang tidak mencukupi

Ketika hamil wanita perlukan lebih banyak kandungan folat bagi membantu penghasilan sel sel darah yang sihat. Pengambilan Asid Folik yang tidak mencukupi merupakan sebab lain HB rendah ketika hamil. Ibu hamil mestilah mendapatkan asid folik sejak di awal kehamilan lagi.

Berapa jumlah Asid Folik yang harus ibu makan ? (mengikut cadangan jumlah Asid Folik buat ibu hamil adalah sebanyak 400mg sehari) Kalau kita beli Asid Folik di klinik atau farmasi biasanya dah ditulis berapa jumlah (mg) Asid Folik untuk setiap 1 tablet. Senang la ibu nak agak kan.

Asid Folik merupakan vitamin B9 yang juga boleh dijumpai secara semulajadi di dalam makanan harian kita. Tak semestinya ibu dah makan Asid Folik yang beli dekat farmasi tu ibu dah tak perlu ambil makanan yang tinggi folat. Ibu-ibu kena topup juga folat secara semulajadi daripada apa yang ibu makan. Mana tahu ia membantu menaikkan bacaan HB kan?

Kekurangan Asid Folik bukan sahaja boleh menjejaskan penghasilan Sel Darah ia juga boleh mengakibatkan kecacatan bayi seperti spina bifida dan neural tube defect.

3. Kekurangan Vitamin B12

Badan kita memerlukan Vitamin B12 untuk membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat. Ketika hamil ibu yang kekurangan Vitamin B12 daripada pemakanan dan diet hariannya tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang sihat. Ibu hamil yang tak makan daging, ayam, produk tenusu dan telur akan lebih terdedah kekurangan Vitamin B12. Kerana dari makanan-makanan tersebut kita boleh mendapatkan Vitamin B12 untuk badan kita.

4. Kekurangan Vitamin C

Vitamin C sangat membantu dalam penyerapan zat besi. Kekurangan Vitamin C juga boleh mengakibatkan bacaan HB ibu rendah. Ibu rasa dah banyak makan makanan yang tinggi dengan zat besi (iron). Akan tetapi kekurangan Vitamin C boleh menjejaskan penyerapan zat besi didalam tubuh badan kita.

Sebab tu kalau boleh seimbangkan pengambilan zat besi & vitamin C. Banyak makanan boleh kita dapat ianya tinggi dengan Vitamin C.

Contohnya, buah-buahan citrus seperti oren & lemon. Jambu Batu, Epal, Strawberi, Kiwi dan sayuran-sayuran hijau.

vitamin c untuk ibu hamil

Kesimpulanny, ibu haruslah memastikan pengambilan makanan yang seimbang setiap hari. Bagi menyokong tumbesaran bayi dengan baik & sihat ibu kena pastikan pengambilan setiap vitamin di atas mencukupi. Pengambilan air setiap hari juga penting bagi membantu penyerapan vitamin-vitamin yang ibu makan dengan efisen dan mengelakkan berlakunya dehidrasi terhadap ibu sewaktu hamil.

Ironinya, semua berbalik pada diri kita sendiri. Ibu cuba disiplin, bijak pilih mana yang terbaik bagi bakal cahaya mata kita. Buat baka-bakal ayah tolong pastikan dan ingatkan ibu-ibu untuk makan Vitamin setiap hari ye. Maklum lah kadang ibu boleh lupa, ayah ayah sekalian tolong ingatkan demi kesihatan ibu & bayi.

 

7 thoughts on “4 Sebab Kenapa HB Rendah Semasa Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge