Baby AJ

Pengalaman Bersalin Anak Pertama DiHospital Selayang

Alhamdulillah hari ni genap setahun selepas kelahiran anak pertama Sofea. Pada 2 September 2016 hari Jumaat tepat jam 2.33 petang lahir seorang khalifah iaitu cahaya mata buat saya dan suami.

Setahun baru ada peluang nak kongsi pengalaman bersalin anak pertama, Hihi Hari ini Sofea nak kongsi pengalaman bersalin buat kali pertama di Hospital Selayang.

Sebenarnya, kelahiran pertama ni dah lebih seminggu dari due date, tapi dengan izin Allah hari yang sama patutnya admit Sofea bersalin.

Sofea yakin ramai ibu-ibu yang masih tercari-cari tempat dan hospital untuk bersalin. Dan semestinya inginkan yang terbaik buat ibu dan bayi. Seperti Sofea sendiri pada mulanya tak rancang untuk ke Hospital Selayang sebab masih survey untuk ke hospital swasta bagi servis terbaik kononya.

Tapi pilihan terjadi bila selepas SIL Sofea melahirkan anak keduanya secara Ceaser di Hospital Selayang. Servis baik dan wad selesa katanya, jadi Sofea terus decide untuk ke Hospital Selayang bersalin kali pertama ni.

Kronologi Bersalin Di Hospital Selayang 

JUMAAT, 2 SEPTEMBER 2016 

Semuanya bermula pada hari ini, sebab kan due lebih seminggu. Hari ni dah kena serah diri ke Hospital, maka sehari sebelum tu dah risau sebenarnya. Banyakkan doa dan tawakal untuk hari esok. Tapi masa bangun pagi, tiba2 ada keluar show iaitu darah. Rasa bersyukur sangat pagi tu, terus siap-siap semua untuk ke Hospital.

7.00 am

Tepat jam 7 tiba di Hospital Selayang, memandang hari kerja tapi sebabkan keluar awal pagi alhamdulillah perjalanan lancar dalam 20 minit dari rumah.

Sampai terus buat pendaftaran di dewan bersalin, Pendaftaran disertakan Kad Pengenalan, Buku Pink & Kad Nikah.

Tunggu dalam 15 minit nurse panggil untuk pemeriksaan. Untuk pagi tu hanya suami & mak sahaja diizinkan untuk teman kita naik ke atas.

7.30 am

Nurse panggil untuk buat CTG, cek kadar jantung bayi. Dalam 10 minit jugak baring atas katil, nurse kata graf masih cantik contraction pun belum kuat lagi. Maka di minta untuk tunggu dikerusi untuk panggilan seterusnya, tapi Sofea decide untuk jumpa suami & mak di ruang depan.

Sementara duduk di kerusi tu macam-macam reaksi ibu yang Sofea tengok. Ada yang dah sakit tapi masih kuat untuk berjalan & ada yang dah ditolak ke Labour Room.

Staff Nurse & Doctor bertugas sangat baik bagi Sofea, semuanya pantas. Dan Sofea masih menunggu untuk panggilan, cumanya nurse akan lebih fokus pada yang dah sakit dan kes emergency.

Sofea sikit rasa sakit contraction pun tak ada lagi, huhu risau juga tengok ibu-ibu semua dah siap-siap ditolak ke Labour Room. Jadi Sofea ambil keputusan untuk sambil-sambil berjalan, sementara tunggu giliran Dr.

10.00 am

 Masih menunggu, sebabkan belum sakit nurse pun biarkan je Sofea berjalan dekat sekitar wad tu. Lepas tu datang seorang nurse tanya dah sakit ke belum, kalau belum tukar baju lah kita admit wad. Huhu ok lah kita tukar baju wad, lepas tukar baju tapi still tunggu Dr. cek sebelum admit wad.

Pagi tu Dr. ada beberapa Dr yang terlibat dengan briefing jadi yang ada mereka dulukan yang emergency untuk bersalin. Kalau bukaan masih 2-3cm nurse akan minta ibu tunggu.

Sofea masih jugak belum sakit huhu risau dah kot kena induce, tapi doa je lah harap dimudahkan. Nekad untuk berjalan bagi bantu cepatkan bukaan.

11.00 am 

Dr. panggil untuk cek bukaan, ,masa tu Sofea dah start rasa sakit pinggang itu pun kejap je. Masa Dr. seluk, bukaan dah 4 cm tapi masa tu sakit kejap je lepas tu hilang. Ok lah masa tu bersyukur dah sebab dah ada bukaan, ok sambung jalan lagi. Eksited nervous semua ada masa tu.

12.00 pm

Waktu ni ada petugas hospital hantar makanan ke wad, teringat perlukan tenaga untuk bersalin nanti. Jadi kita gigihkan juga makan lauk hospital tu, not bad lah makan jugak masa tu. Sambil makan nikmati moment-moment ibu yang nak bersalin, macam macam juga dalam wad tu. Ada yang masuk baru 5 minit trus tolak LR, ada yang dari tadi meraung kesakitan. Nasib ibu semua berbeza-beza, cuma mampu doakan yang terbaik buat mereka.

Dan mengharapkan nasib sama seperti ibu lain yang dipermudahkan jalannya. Tapi paling tak boleh lupa, Labour Room penuh, ada satu kes sampai je bukaan dah 6 cm dan waktu dibaringkan dalam 10 minit dah buka 8 cm. Tenga syok makan, dengar Dr. bagi arahan untuk prepare alatan bersalin dalam wad tu jugak.

Wah berdesup rasanya darah naik masa dengar tu, ok lah Dr. semua ada cuma LR tak cukup. Masa tu memang Sofea akui ramai ibu yang datang je seluk untuk pemeriksaan dan terus tolak ke LR sebab bukaan dah 7-8cm sedia untuk bersalin.

Dalam 15 minit ibu yang berbangsa Cina selamat lahirkan bayi dalam wad bersalin tu, Sofea yang lega masa tu dengar tangisan bayi. Bertambah semangat untuk jumpa baby, tapi untuk tidak salah faham wad bersalin adalah ruang menunggu bagi ibu-ibu. Dalam tu ada lah dalam 8-10 katil. Bukan wad rehat selepas bersalin ya, ianya adalah wad untuk pemeriksaan dijalankan sebelum menentukan ibu dihantar ke LB atau wad berehat.

1.00 pm 

Dah siap makan, Sofea sambung jalan jumpa mak n suami. Ok la masih sempat makan sandwich yang mak bekalkan. Haha tak dapat dinafikan ku masih berselara makan. Tapi masa tu pinggang dah rasa sakit kejap-kejap, jeling ke arah jam terus buat pengiraan. Selang sakit makin kerap, dan Sofea teruskan berjalan selagi mampu. Harapan masa ni bertambah la bukaannya.

1.15 pm 

Langkah kaki terasa lenguh dan penat, jadi Sofea labuhkan punggung ke kerusi di dalam wad untuk take five dan rehat sekejap. Dalam wad dah lengang sebab ibu yang datang pun dah makin berkurang, ada lah dalam satu dua yang baru masuk. Jadi dalam 3 orang je dalam wad tu termasuk Sofea.

Rasa dah puas duduk, layankan sakit pinggang. Sofea nak bangun tapi pap tak boleh bangun sakit yang tiba-tiba datang tu buatkan terasa berat dibahagian pinggang. Terus panggil Dr. depan mata, beritahu sakit daah tak larat bangun. Nurse pimpin jalan naik ke katil tapi macam magik pun ada sakit tu hilang balik huhu konfius dah jadinya

Datang seorang Dr. Melayu Perempuan, untuk cek bukaan. Doktor minta permission dan seluk, tips sebelum kena seluk. Ibu cuba rileks dan tarik nafas insyaa Allah tak rasa sakit. Guess what? Bukaan dan 8 cm, tekejut juga masa tu. Alhamdulillah syukur dah makin dekat, Dr. minta nurse booking LR. Nurse bantu untuk prepare apa yang patut. Tepat 1.30 pm Sofea ditolak ke LR.

Masa tu sakit tenggelam timbul, kejap ada kejap tak ada. Nurse dan Dr. sama-sama tolak Sofea sampai ke LR. Sofea rasa macam dah kat Hospital Private dah, alhamdulillah.

2.00 pm

Masa ni layan sakit contraction di LR, tapi bagusnya Hospital Selayang ni ia merupakan Hospital mesra Suami. Suami boleh teman masuk ke Labour Room, masa tu dalam LR nurse pasangkan alat CTG untuk tengon kadar contraction. Sakit masa tu hanya Allah yang tahu apa yang ibu rasa kan, besarnya pengorbanan seorang ibu.

Dah tak tahan Sofea terus panggil Nurse untuk teran, Nurse cek masih tinggi tapi dah tak tahan sakit sekejap je rasa dari seorang nurse terus ada dalam 7 orang depan mata. Nurse dalam 5 orang, Dr.Practical 1 dan Dr. seorang. Alhamdulillah masa tu dapat Dr. Melayu Perempuan, syukur staff nurse memang semua perempuan kan. Mungkin ia rezeki.

2.33 pm

Alhamdulilah, tepat 2.33 pm Sofea selamat lahirkan seorang bayi lelaki yang berukuran 56 cm dan berat 3.16 kg. Ngam-ngam lepas orang solat Jumaat, alhamdulillah. Hospital Selayang juga merupakan hospital mesra bayi, selepas bersalin Bayi akan diberikan pada ibu untuk sesi penyusuan. Proses pemotongan tali pusat juga memenuhi procedure, waktu mengeluarkan uri juga tak sakit bagi Sofea. Syukur Allah mudahkan semuanya.

Selepas itu, proses menjahit dijalankan oleh Nurse atau Seniour Nurse. Sofea tak dapat pastikan, sebab masa tu sibuk jeling baby. Alhamdulillah dalam sejam jugak procedure jahitan.

6.30 pm 

Sementara menunggu katil di wad berehat, Sofea ditempatkan di LR dahulu bersama baby. Siap dapat minum milo suam dan teruskan sesi penyusuan bersama baby. Suami masih boleh masuk ke LR untuk teman, alhamdulillah 6.30 pm Sofea ditolak keluar dari LR untuk ke was rehat.

Untuk pengetahuan mommy semua. Di Hospital Selayang ada kelas berbeza untuk wad rehat selepas bersalin. Sofea tak book kelas mana pun just request mana kosong. Alhamdulillah petang tu kelas 3 ada kosong.

Kelas 3 ada 6 katil dan setiap katil ada 1 kipas. Bagi Sofea not bad ok je 6 katil memandangkan Hospital Kerajaan kan. Selesa sangat sebab dalam 1 wad ada 6 katil dan kalau apa2 just call je nurse dekat bahagian depan.

Tak dapat kelas 1 pun tak apa rasanya sbb sehari je dkt hospital huhu. Kawan2 dekat wad pun mesra2, syok jugak sbb ada kawan tak de la bosan kan. Cuma sedih sebab kena tinggal dengan cik Suami muahaha tapi ada baby jadi ok je la masa tu.

Di hospital selayang juga nurse akan check baby & ibu setiap 4 jam sekali. Except kita ada masalah atau nk minta bantuan tinggal panggil je nurse. Malam tu tak tido sebab si kecik celik mata, nak menyusu je huhu nasib la baik tak nangis.

3 SEPTEMBER 2016

Pagi dalam kol 4 waktu Nurse datang Check up, nurse ada inform baby dah kencing dan berak. Nanti pagi lepas Dr. Kanak Kanak & Ibu buat pemeriksaan insyaa Allah boleh balik.

Wah ibu dia kemain tak sabar nak balik rumah tiap masa jeling jam.

Actually Sofea dapat katil dekat dengan toilet. Singkap langsir tepi tu pintu toilet. Setiap wad ada 1 toilet, sangat best kan. Walaupun duk Kelas 3 pun ok, kemudahan pun ada.

Toilet sangat bersih, selesa. Selesa untuk ibu lepas bersalin, kita ni nak mandi ke pun senang siap dengan shower sekali. Wahh tak rugi dalam fikiran masa tu datang Hospital Selayang ni.

10.30 am

Dr. Pakar Kanak Kanak datang untuk cek baby Redza, lepas tu nurse angkat untuk cucuk BCG pada hari tersebut.

Baby ok tak kuning, najis semua ok dah boleh balik nanti ya.

Ibu eksited bukan main terus text ayah Redza. Sebab tak sabar nak balik Huhu Lepas Dr. cek ibu semua  ok juga dah confirm boleh balik.

12.30 pm

Waktu lawatan suami datang dan uruskan bil Hospital. Bil Bersalin + Kos rawatan rehat di Kelas 3 hanya perlu bayar RM 36 sahaja. Murah nya servis sangat bagus macam tak percaya pun ada.

Sofea ni tak ada pengalaman minta suami prepare duit lebih. Ingat kan dalam ratus ratus gitu sekali emm syukur alhamdulillah. Rezeki dapat bersalin di Hospital Selayang dengan kos rendah.

Hospital Selayang ni boleh katakn terbaik juga. Servis ok, rezeki Sofe bersalin yang sambut pun Dr. perempuan. Doa juga supaya odapat Dr. perempuan dari awal rancang nak bersalin di sini.

Kos rawatan pun terbaik. Kalau mommy mommy nak duk kelas 1 atau 2 pun ok jugak.

Cuma apa yang Sofea tahu untuk kelas 2 (4 katil + beraicond) perlu inform awal pada staff nurse waktu pendaftaran. Tak pun lepas bersalin cuba request kalau ada kosong rezeki la kalau tak, duk kelas 3 jela.

Untuk Kelas 1 atau rawatan FPP ni special sikit sebabnya untuk Kelas 1 suami @ keluarga boleh teman masuk sekali. Tak kira jam, katil pun satu je memang bilik khas. Yang ini mommy perlu bayaran pendahuluan untuk booking.

Info lebih lanjut boleh klik terus link Hospital Selayang ya ?

Untuk anak next next nanti nak ke sini lagi tak? Insyaa Allah, moga Allah murahkan rezeki lagi.

Terima kasih nurse nurse semua yang dah bantu waktu tu. Tak lupa Dr. Syahirah yang sambut baby Redza waktu tu.

Sekarang dia dah setahun, insyaa Allah doakan moga baby Redza terus sihat. Dan jadi anak yang soleh buat ibu ayah didunia & akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge