Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan – Diarysafiyah

Kulit berjerawat umpama mimpi ngeri buat semua orang, tak kira lah wanita atau lelaki. Terdapat banyak faktor atau sebab tumbuhnya jerawat. Sama ada dari pemakanan, pemakaian dan persekitaran. Semua kita kena jaga bagi memastikan kita mendapat kulit yang sihat dan bebas dari jerawat.

Tapi jerawat akan tumbuh tanpa diundang. Bila mana satu dua jerawat tumbuh cepat-cepat ambil tindakan tanganinya sebab takut bila kita biarkan mula tangan gatal usik-usik jerawat tu, ia akan mendatangkan mudarat terhadap kulit muka kita. Kerana bakteria tersebar dengan mudah & cepat.

Sofea kongsikan beberapa cara menghilangkan jerawat dengan cepat & berkesan. Ia tidaklah menjamin 100% keberkesanannya tetapi ia dapat membantu mengurangkan keradangan pada jerawat.

1. Cuci Muka

Untuk menghilangkan jerawat atau membantu melegakan keradangan pada jerawat anda perlu menjaga kebersihan wajah. Basuh muka anda dengan sebaiknya, jerawat terjadi bila mana liang pori muka dipenuhi dengan bakteria. Jadi untuk membantu melegakan keradangan jerawat basuh muka dengan pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit muka kita.

Sebaiknya cuci dengan pembersih yang anti-bakteria agar ia dapat membersihkan bakteria jahat dengan lebih cepat. Picitkan sejumlah kecil pembersih muka anda campurkan dengan sedikit air suam dan gosokkan dengan lembut secara membulat di permukaan kulit anda terutamanya di bahagian yang berjerawat. Jangan gosok kuat sebab ia akan mencederakan lagi jerawat tu.

2. Sapu Kiub Ais

Gosokkan kiub ais pada bahagian jerawat sehingga kebas. Ais membantu mengecilkan saiz pori, jadi bila pori-pori makin tertutup jerawat kita juga akan mengecut. Lakukan dengan kerap sebaiknya 2 hingga 3 kali sehari. Kalau jerawat dah ok boleh hentikan sapu kiub ais ni.

3. Sapu Ubat Gigi

Macam tak percaya kan jerawat boleh kecut bila sapu ubat gigi. Tapi ini lah antara salah satu cara menghilangkan jerawat dengan cepat & berkesan. Bila jerawat tumbuh cepat-cepat sapu sedikit ubat gigi dekat jerawat tu. Seeloknya sapu sebelum tidur, sapu rata dibahagian jerawat dan biarkan sehingga esok pagi. Ubat gigi membantu mengeringkan jerawat anda dalam masa satu malam je, dari saiz jerawat besar gedabak tu boleh kecut. Boleh cuba sekarang !

4. Putih Telur

Ini antara yang popular dalam kalangan wanita wanita yang kulit dia flawless bak nelopa. Putih telur dapat membantu menghilangkan jerawat dengan berkesan. Ia dapat mengecilkan pori-pori kulit serta mengurangkan minyak yang berlebihan. Enzim lysozim yang terkandung dalam putih telur dapat menghancurkan dinding sel bakteria yang menjadi punca terbentuknya jerawat.

Jadi boleh sap putih telur pada bahagian jerawat atau amalkan setiap 2 kali seminggu untuk membantu menghilangkan jerawat & bekas jerawat dengan lebih cepat & efisen.

5. Makan Vitamin C

Tingkatkan pengambilan vitamin C masa jerawat menyerang muka kita. Pengambilan Vitamin C adalah penting untuk membantu mengekalkan kulit wajah yang halus dan gebu. Pengambilan vitamin C yang cukup dapat mengurangkan keradangan jerawat dan mengecutkan jerawat dengan lebih cepat. Vitamin C juga membantu merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi.

Jadi pilih Vitamin C yang selamat di makan dan semulajadi. Macam sofea sendiri sofea amalkan pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten. Alhamdulillah jerawat masa mengandung dah beransur pulih.

Testimoni Pengambilan Sustained Release Vita-C Shaklee

“Hanya konsisten makan SR Vitamin C Shaklee Sahaja, jerawat dah bersih, kulit makin cerah lihatlah hasilnya :)”

Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Produk Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259