Tips Berpantang

12 Pantang Larang Ketika Berpantang Ibu Hamil Anak Pertama Wajib Tahu

Berpantang selepas bersalin adalah perkara yang wajib buat semua ibu. Ada ke dengar orang tak berpantang selepas bersalin? Dah pelik pulak bunyinya kan. Tapi dalam berpantang ada pantang larang ketika berpantang yang ibu kena turuti.

Pantang adalah satu proses merehatkan badan selepas bersalin, dimana waktu ini adalah tempoh untuk membantu ibu menyembuhkan kesakitan luka bersalin dan membantu tubuh badan ibu berehat agar lebih sihat & cergas.

Tempoh biasa berpantang bagi ibu selepas bersalin adalah selama 44 hari, akan tetapi ada juga yang lebih dari itu. Ada jugak yang tanya memang kena 44 hari ke? Tak boleh ke kurang dari itu

Waktu berehat selama 44 hari adalah tempoh yang sesuai untuk ibu bagi memastikan badan betul-betul kembali pulih & sihat. Tak dinafikan memang ramai yang sembuh cepat tapi untuk kesihatan badan ibu yang telah mengandungkan anak selama 9 bulan 10 hari tempoh berehat ini adalah yang terbaik.

Jadi ibu semua dah sedia ke untuk berpantang? Seronok-seronok juga tapi jangan lupa ketika berpantang ada pantang larang yang perlu ibu elakkan. Khas buat ibu & ayah untuk tambah pengetahuan.

Pantang-Larang-Ketika-Berpantang-Apa-Tak-Boleh-Buat-Masa-Dalam-Pantang 1

12 Pantang Larang Ketika Berpantang Selepas Bersalin

1. Dilarang Tidur Tidak Berbantal

  • Ibu dilarang tidur tanpa bantal hal ini akan menyebabkan ibu lebih cenderung untuk sakit kepala kerana angin mudah naik ke kepala & perlairan darah kotor tidak lancar
  • Sebaiknya elak daripada tidur terlentang tidak berbantal, guna bantal lebih tinggi untuk ampuh kepala ibu ketika tidur

2. Tidak Boleh Terlalu Banyak Berjalan

  • Bukan tak boleh berjalan ketika berpantang, cuma tak digalakkan untuk banyak bergerak & terlalu aktif berjalan risau luka lambat sembuh jika ibu terlalu aktif
  • Cuba hadkan waktu berjalan setakat berjalan hendak ke bilik air & ke ruangan rehat tak ada masalah sebab ia juga membantu peraliran darah yang lancar

3. Wajib Pakai Stokin (Sarung Kaki)

  • Seusai selepas bersalin, ibu diharuskan untuk memakai stokin agar kaki tidak sejuk & tidak masuk angin pemakaiannya selama tempoh berpantang diharuskan
  • Bahaya bila angin masuk dalam badan hingga boleh menyebabkan ibu demam & lemah, jadi ikuti pantang larang ketika berpantang yang ini

4. Ibu Harus Pakai Pilis Didahi

Pantang-Larang-Ketika-Berpantang-Apa-Tak-Boleh-Buat-Masa-Dalam-Pantang 2

  • Hal ini adalah sangat bagus diamalkan sepanjang tempoh berpantang, pilis merupakan campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi ibu sepanjang tempoh berpantang
  • Kebaikannya adalah untuk membantu melancarkan peredaran darah, redakan pening kepala, menyegarkan mata (elak pandangan kabur selepas bersalin)
  • Sapu 2kali sehari ketika berpantang adalah lebih baik

5. Rapatkan Kaki Ketika Tidur

  • Ibu diharuskan untuk merapatkan kaki ketika baring atau tidur, hal ini adalah untuk memastikan peranakan sembuh semula dengan cepat

6. Jangan Makan Sayuran Ubi-Ubian & Yang Berangin

  • Ibu tidak dibenarkan makan makanan jenis ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek  & keladi
  • Hal ini boleh menyebabkan gangguan pada pencernaan ibu &  kembung perut memang harus dielakkan
  • Terutamanya bagi ibu yang menyusukan bayi, ia juga akan menyebabkan bayi mendapat kembung perut jika ibu terus memakannya

7. Jangan Menjahit Pakaian & Membaca

  • Ibu-ibu dalam pantang dilarang menjahit & membaca, waktu ini fizikal ibu masih lemah risau-risau ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua
  • Banyak juga kes ibu mengalami masalah rabun selepas bersalin anak pertama, jadi cuba elakkan ya

8. Ibu Jari Tak Boleh Terantuk / Tersandung

  • Ibu-ibu yang berpantang hendaklah menjaga ibu jari kakinya daripada terantuk atau tersandung hal ini adalah untuk langkah berjaga-jaga kerana jika terantuk ia boleh mengakibatkn bentan & pitam
  • Kerana waktu ini badan ibu masih dalam keadaan lemah, Sofea pun pelik juga masa berpantang kelmarin mak asyik pesan kaki tu jaga jangan suka-suka nanti bentan hihi ada anak baru tahu

9. Jangan Duduk Mencangkung

  • Ini adalah tidak sama sekali, ibu-ibu selepas bersalin dilarang untuk duduk mencangkung nyilu oi luka tak sembuh lagi tu
  • Ia juga untuk mengelakkan rahim terkeluar kerana ia masih lemah & belum sembuh sepenuhnya, kalau terkeluar boleh jadi ibu tumpah darah lagi bahaya

10. Tidak Boleh Tidur di Waktu Tengahari & Senja

  • Pantang larang ketika berpantang yang ini pun kena jaga, ibu dilarang tidur diwaktu-waktu ini (tengahari & senja)
  • Tengahari – ia boleh menyebabkan badan ibu bertambah lemah & lesu
  • Senja – Waktu ini adalah waktu syaitan berkeliaran ibu dilarang tidur kerana mungkin boleh mengganggu fikiran ibu & boleh jadi meroyan

11. Tak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja

  • Ibu dilarang keluar dari rumah ketika berpantang terutamanya waktu senja, waktu ini syaitan memang suka berkeliaran
  • Ia boleh menganggu ibu-ibu yang masih lemah fizikalnya & mental

12. Mandi Perlu Duduk Di Bangku

  • Ketika mandi ibu digalakkan untuk duduk di bangku, hal ini untuk menjaga kesihatan peranakan selepas bersalin
  • Ia juga membantu ibu agar tidak banyak bergerak ketika mandi, badan masa ni kan dalam proses sembuh jadi risau terlebih bergerak boleh menyebabkan sesuatu terjadi

Berpantang dengan baik dan ikuti semua apa yang bidan dan mak kita beritahu selagi tidak bercanggah dengan agama, ia adalah untuk kebaikan & kesihatan ibu selepas berpantang.

Dah ready nak berpantang? Let go 🙂

KLIK SINI JIKA IBU MASIH MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK BERSALIN &

CARI SENARAI BARANGAN UNTUK BERPANTANG YANG PERLU DISEDIAKAN

Vitamin Shaklee Untuk Berpantang Bantu Ibu Lebih Cergas & Bertenaga

turunkan-berat-badan-selepas-bersalin-set-bersalin-untuk-kurus-set-berpantang-kurus-pantang-larang-ketika-berpantang

Ibu Berminat nak beli Set Berpantang agar luka bersalin cepat sembuh & kekal bertenaga ketika berpantang?

KLIK SINI Untuk Baca Lebih Lanjut Tentang Set Berpantang Terbaik Shaklee

Boleh hubungi saya dengan segera untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut!

pengedar shaklee segambut-set berpantang shaklee-pantang larang ketika berpantang

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Teman Hamil Anda,
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878
Email : sofeeaeffendi@gmail.com
Whatssapp : 018-2887259

2 thoughts on “12 Pantang Larang Ketika Berpantang Ibu Hamil Anak Pertama Wajib Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge