8 Tips Turunkan Paras Gula Elak Penyakit Kencing Manis

Berita mengenai bahaya pengambilan gula yang berlebihan sudah banyak di sebarkan. Akan tetapi pada hari ini makin ramai yang menghidapi penyakit kencing manis yang berpunca daripada pengambilan gula berlebihan ini. Adakah masyarakat kita masih tidak sedar atau tidak tahu?

Gula atau kristal putih yang bersifat manis itu merupakan bahan bukan semulajadi yang diproses di kilang dimana kebanyakkannya dihasilkan daripada tebu yang telah melalui proses penapisan sehingga menjadi sukrosa tulen. Ia diproses selepas dikeluarkan vitaminnya, mineral, protein dan zat-zat yang bernutrisi.

Gula merupakan bahan penambah rasa yang memberi kesan ketagih, macam yang kita selalu alami bila lepas minum minuman yang bergula atau makan roti cecah gula asyik nak tambah sahaja. Betul tak? Ataupun anda tak perasan yang anda sedang makan gula.

Tidak ramai yang tahu bahawa terdapat juga gula perang, gula mentah dan gula kastor yang semuanya merupakan sukrosa. Nama pelik pelik mungkin kita tak dapat nak pastikan.

Buah pun ada gula, buat pengetahuan terdapat gula buah-buahan yang dikenali sebagai Fruktosa, Gula dalam susu ialah Laktosa dan gula lain dalam makanan ialah glukosa & maltosa. Ia mempunyai tenaga & kalori yang sama.

Biasanya semua gula  ini akan dicatat secara berasingan dalam label makanan. Anda bolek cek dibahagian label makanan untuk kenal pasti jumlah & kandungan gula dalam makanan atau minuman tersebut.

Sofea yakin semua dari kita tahu pengambilan gula yang berlebihan akan mendatangkan pelbagai penyakit seperti yang paling ketara ialah penyakit kencing manis.

Penyakit Berpunca Daripada Gula

  • Kerosakan Pada Gigi

 Pengambilan gula yang berlebihan akan mengakibatkan gigi rosak  di mana ia menjadi makanan bagi bakteria di dalam plak pada gigi. Bakteria tersebut mengeluarkan asid yang boleh merosakkan enamel gigi.

cara turunkan paras gula-ubat kencing manis

Oleh itu ibu bapa dinasihatkan untuk mengawal dan memerhati pengambilan gula pada anak-anak. Biasanya anak-anak yang cepat giginya rosak adalah terlalu banyak mengambil perisa tambahan ini iaitu gula.

  •  Obesiti 

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa lebih 16.8 Juta rakyat dewasa Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan & obesiti.

cara turunkan paras gula-ubat kencing manis

Selain lemak dan kolesterol, salah satu faktor utama yang menyebabkan obesiti ialah kalori yang berlebihan. Contohnya kalori daripada gula pasir ia menambah tenaga tanpa menambah nutrien yang lain ke dalam diet kita.

Jika pengambilan kalori lebih banyak daripada kalori yang kita guna ia akan disimpan sebagai lemak dan kita akan menjadi semakin gemuk jika terus terusan tidak digunakan.  Dan seterusnya gula yang berlebihan akan ditukar kepada glikogen untu ditukat kepada tenaga atau disimpan sebagai lemak.

  • Kencing Manis 

Walaupun tiada bukti yang jelas yang boleh menunjukkan gula merupakan punca kencing manis. Namun gula boleh membawa kepada obesiti seterusnya boleh menggalakkan kencing manis.

Pengambilan gula yang banyak akan meningkatkan risiko keobesan dan seterusnya menjadikan kencing manis.

cara turunkan paras gula-ubat kencing manis

8 Tips Turunkan Paras Gula Elak Penyakit Kencing Manis

cara turunkan paras gula-ubat kencing manis

Seperti yang kita tahu banyak kesan dan keburukan yang bakal kita dapat jika terus terusan mengamalkan pengambilan gula yang berlebihan. Maka dari itu kita haruslah bijak dalam menangani masalah ini.

“Anda hari ini adalah apa yang anda makan”

Saya kongsikan tips untuk turunkan paras gula bagi mengurangkan peluang anda mengalami penyakit kencing manis. 

  1. Kurangkan makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
  2. Ambil makanan atau minuman yang mempunyai kandungan gula yang rendah atau kurang manis
  3. Kurangkan makan makanan yang diproses atau makanan segera “fast food” kerana kebanyakkan makanan ini mengandungi gula yang tinggi
  4. Baca jumlah kandungan gula pada label makanan sekaligus dapat membantu kita mengira jumlah gula yang kita makan
  5. Bersenam dengan lebih aktif & konsisten kerana ia dapat membakar kalori di dalam badan
  6. Gantikan minuman manis seperti minuman tenaga dengan jus buah-buahan yang tiada sebarang gula tambahan
  7. Gantikan makanan “snack” seperti makanan ringan dengan buah-buahan atau sayuran
  8. Kurangkan pengambilan makanan manis secara  perlahan atau berperingkat jika tidak dapat berhenti dalam satu masa

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, kita harus mengubah cara pemakanan kita ke arah yang lebih sihat. Ingatlah apa yang kita makan hari ini menentukan kesihatan kita pada masa masa seterusnya.

Nak ikhtiar Turunkan Paras Gula Dengan Vivix Shaklee ?

cara turunkan gula-ubat kencing manis

cara turunkan gula-ubat kencing manis

cara turunkan gula-ubat kencing manis

cara turunkan paras gula-ubat kencing manis

Bagaimana nak dapatkan Vivix Shaklee?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Vivix Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan menjadi lebih baik. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik. Pos ke Seluruh Malaysia & Sabah/Sarawak.

shaklee-segambut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878
Email : safiyah.shaklee@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit