Sakit Lutut & Sendi serta Cara Mengatasinya

cara-merawat-sakit-lutut

Sakit lutut dan sendi  menjadi satu masalah kesihatan yang serius di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini. Ia bukan sahaja di negara kita, negara-negara lain juga ramai yang mengalami masalah ini. Gejala sakit lutut dan sendi ini boleh menjadi satu masalah jika tidak dijaga sejak usia muda.

Gejala sakit lutut dan sendi ini kerap dialami pada golongan yang berusia hendaknya, akan tetapi masa sekarang orang muda juga tidak ketinggalan merasai sakit ini. Ia mungkin berpunca daripada gaya hidup yang diamalkan oleh rakyat Malaysia pada hari ini . Jika tidak diatasi atau ditangani sakit lutut boleh menjadi lebih teruk dan sakit.

Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu macam mana sakit dan tidak selesa nya untuk berjalan atau melakukan apa-apa aktiviti sekalipun. Kesian bila tengok mak ayah kita mengalami masalah sakit lutut kan, jalan pun terencut-encut.

Sakit lutut kebiasaannya berpunca daripada keradangan pada sendi. Kebiasaannya orang yang menmpunyai berat badan berlebihan akan lebih cenderung mengalami masalah sakit sendi ini. Terdapat 2 jenis radang yang boleh berlaku pada bahagian lutut kita yang boleh mencederakan  sendi dan tulang kita.

 

Apa itu Arthritis ?

Arthritis merupakan keradangan atau inflamasi pada sendi synovial ia mengandungi cecair synovial fluid ia bertindak sebagai pelincir semulajadi di antara tulang.

 

Jenis Jenis Sakit Lutut & Sendi

  1. Osteoarthritis

Osteoarthritis ialah kehausan arthritis dan gejala ini disebabkan oleh kerosakkan jaringan tulang rawan.

Tanda awal yang dapat dikesan ialah berlakunya pembengkakan dan menyebabkan sendi-sendi terasa kaku dan sakit.

Sendi yang biasa mengalami osteoarthritis ialah bahagian tangan, lutut, pinggang dan  tulang punggung.

Kesakitannya biasa akan menyerang secara perlahan-lahan dan semakin parah jika tidak di atasi, rasa sakit akan lebih terasa sewaktu kita cuba menggerakkan sendi terutamanya waktu bangun pagi.

 

sakit osteoarthritis

 

jenis osteoarthritis

 

 

  1. Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis merupakan jenis peradangan arthritis yang terjadi ketika sistem tubuh tidak berkerja dengan betul. Ia akan menyebabkan rasa sakit, kaku dan bengkak juga.

Untuk mengesan pada peringkat awal ia agak mudah dikenalpasti akan tetapi ia memerlukan pengesahan yang betul.  Rheumatoid Arthritis dapat dikesan melalui beberapa pemeriksaan seperti keadaan fizikal, pemeriksaan sampel darah dan x-ray.

sakit-sendi-lutut

 

ubat-sakit-lutut

 

Tanda awal Rheumatoid Arthritis

Tanda awal yang dapat kita kenal pasti ialah rasa nyilu, sakit dan berlakunya pembengkakan di bahagian sendi-sendi yang terlibat sepeti di tangan atau lutut.

Jika masalah atau sakit lutut & sendi ini semakin teruk dan tiada perubahan yang berlaku segera berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

 

Antara Punca Sakit Lutut & Sendi

  • Usia
  • Jantina
  • Cedera pada Sendi
  • Obesiti
  • Keturunan

 

Adakah sakit lutut & sendi boleh ditangani?

Sakit lutut & sendi atau ostearthritis peringkat awal masih boleh ditangani, ia mungkin mengambil masa yang lama tetapi jika ditangani ia akan beransur pulih dengan baik dan membantu mengurangkan kesakitan.

 

Cara Mengurangi Sakit Tulang & Sendi

  1. Menurunkan berat badan bagi yang mengalami obesiti
  2. Bersenam secara konsisten
  3. Mengamalkan gaya hidup sihat
  4. Menjalani fisioterapi
  5. Menggunakan alat bantuan untuk memudahkan pergerakan
  6. Mengambil ubat-ubatan yang disarankan secara berjadual

Selain daripada langkah-langkah di atas, sebagai pesakit kita boleh berikhtiar dengan pelbagai cara. Bagi mengurangkan rasa sakit lutut & sendi dan bagi mengelakkan ia bertambah teruk.

 

Vitamin dan Suplemen yang boleh membantu Osteoarthritis selain Ubat Sakit Lutut?

Ubat sakit lutut? Kita dah biasa sangat dengar atau nampak pesakit yang mengalami masalah sakit lutut akan dibekalkan ubat. Tetapi dalam masa yang sama kita masih boleh berikhtiar dengan cara semulajadi.

Shaklee menyediakan Set Kesihatan Sendi sebagai langkah menyokong kesihatan sendi dan mengurangkan penderitaan yang dialami bagi mereka yang mengalami sakit lutut.

ubat-sakit-lutut

Antara nya ialah :-

  1. Vivix Shaklee

Vivix merupakan minuman Shaklee yang kaya dengan anti-oksidan. Ia diyakini memiliki khasiat yang mampu meningkatkan anti-inflamasi dan kekebalan tubuh.

 

  1. Omega Guard Shaklee

Omega Guard pula ialah suplemen yang mengandungi Omega 3 (melambatkan degrasi tulang rawan) yang membantu mengurangkan keradangan.

Omega juga boleh bertindak sebagai pelincir bagi mengembalikan semula pergerakan secara normal untuk sendi & tulang kita.

 

  1. Ostematrix Shaklee

Ostematrix ialah suplemen semulajadi yang mengandungi kalsium bagi membantu menyokong kepadatan dan kekuatan tulang.

Bagi mendapatkan kepadatan tulang badan kita haruslah membekalkan kalsium sebanyak 1000mg sehari.

Kalsium amat penting bagi memastikan kesihatan otot, tulang dan ligamen. Gandingan kalsium dan magnesium (Ca+  & Mg+) dalam Ostematrix gmembantu penyerapan kalsium dengan lebih efisen ke dalam tulang.

 

Apa Kata Pengguna Shaklee?

ubat-sakit-lutut

 

ubat sakit lutut

 

ubat-sakit-lutut-testimoni-vivix-sakit-lutut

 

Bagaimana Untuk Dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

shaklee-segambut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878
Email : safiyah.shaklee@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuhkan

6 Senarai Vitamin Asas Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil

Alhamdulillah makin banyak dapat berita kawan-kawan dan customer yang ambil Set Kesuburan sebelum ini akhirnya berjaya hamil. Syukur alhamdulillah. Hari ini Sofea nak kongsikan pula Vitamin Asas yang diperlukan oleh ibu hamil. ” Perlu ke makan Vitamin lagi bila dah mengandung? ” Ayat ni selalu kedengaran dari para-para ibu yang pertama kali “pregnant”.

Keperluan vitamin yang secukupnya amat penting untuk tumbesaran bayi juga ketahanan badan ibu. Mana tak nya sebelum nie jaga badan sendiri je sekarang dah tambah lagi sorang. Habis semua baby nak kongsi dengan ibu termasuklah zat vitamin ibu. Untuk memastikan perkembangan bayi yang baik didalam kandungan ibu harus membekalkan vitamin dan makanan yang berkhasiat yang secukupnya.

Badan kita memerlukan Vitamin yang secukupnya untuk meneruskan kelangsungan tubuh yang sihat dan baik. Maka ibu-ibu hamil harus mengambil vitamin bermula di awal kehamilan.

Vitamin & Nutrien Penting Untuk Ibu Hamil

1. PROTEIN

Protein merupakan sumber asas bagi pembinaan sel-sel didalam tubuh badan kita. Maka oleh itu protein sangat penting dalam membekalkan protein kepada ibu dan bayi bagi membantu tumbesaran bayi dari masa ke semasa. Dengan pengambilan protein yang mencukupi juga ibu dan bayi akan memperolehi kulit yang sihat dan cantik.

2. ASID FOLIK

Pengambilan asid folik juga penting semasa ibu hamil. Pengambilan awal amat baik untuk perkembangan bayi, di samping dapat mencegah daripada berlakunya kecacatan pada tiub neural bayi. Pengambilan asid folik yang lengkap dengan Vitamin B adalah sangat penting kerana ia dapat membantu pembentukan dan pemeliharaan sel darah merah dengan baik.

3. KALSIUM

Pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting semasa hamil, kerana ibu dan anak akan berkongsi bekalan kalsium yang ada pada ibu. Jika ibu kekurangan kalsium bayi tidak mendapat sumber kalsium dengan baik. Oleh itu, untuk pembinaan tulang bayi yang kuat dan sihat ibu haruslah membekalkan kalsium yang mencukupi untuk dibekalkan kepada bayi. Ibu yang kekurangan kalsium juga berpeluang mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot yang serius selepas melahirkan.

4. VITAMIN C

Vitamin C juga mempunyai peranan yang tersendiri. Selain baik untuk sistem imun badan ibu dan bayi, Vitamin C juga amat diperlukan bagi mendapatkan penyerapan zat besi dengan baik dan berkesan. Tanpa Vitamin C, zat besi tidak dapat diserap dengan baik dan akan berpotensi mendapat anemia. Oleh itu, ibu dinasihatkan mengambil Vitamin C dengan kadar yang secukupnya untuk bekalan ibu dan bayi.

5. ZAT  BESI

Zat Besi amat diperlukan oleh ibu sejak diawal kehamilan, ia kerana kandungan darah yang diperlukan untuk dipam lebih 50% daripada biasanya dalam tempoh kehamilan. Ibu-ibu yang kekurangan zat besi kebiasaannya akan mengalami masalah seperti pening, cepat letih, sembelit dan mudah jatuh sakit. Makanan yang kaya dengan zat besi ialah ayam, daging merah, bayam, kubis dan tauhu. Pengambilan dengan Vit C lebih membantu peneyerapannya dengan lebih baik untuk badan kita.

6. MINYAK IKAN

Minyak Ikan sangat dikaitrapat dengan kecerdasan otak. Pengambilan Minyak Ikan yang mengandungi DHA, EPA & Omega 3 sejak hamil mampu membekalkan yang terbaik untuk bayi kita. Minyak Ikan akan bertindak sebagai asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Jadi untuk ibu hamil boleh lah ambil suplemen yang berasaskan minyak ikan semulajadi untuk membantu kercerdasan bayi sejak dari dalam perut lagi.

Banyak nya nak kena makan!

Macam banyak nya nak kena ambil kan? Demi kebaikan ibu dan bayi, ibu haruslah peka dengan pemakanan ibu . Nutrisi yang diperlukan macam dekat atas tu, semua boleh dapat daripada pemakanan kita seharian akan tetapi makanan yang dah dimasak dengan suhu yang tinggi akan kehilangan nutrisinya yang asli. Oleh itu, ibu-ibu boleh menambah keperluan nutrisi dengan mengambil vitamin @ suplemen tambahan semulajadi.

Lain sangat rasanya, bila ibu dah cukup nutrisi. Badan akan rasa lebih cergas dan tak ada rasa pening-pening yang kerap. Kalau rasa banyak sangat nak makan, Sofea cadangkan Set Hamil Shaklee ia nya adalah vitamin semulajadi yang lengkap dan baik untuk kesihatan ibu dan bayi.

 

set hamil shaklee-vitamin ibu hamil

Set Hamil Shaklee merupakan set yang lengkap dengan keperluan vitamin yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil, disamping memenuhi keperluan untuk ibu sepanjang waktu kehamilan ia sekaligus membantu perkembangan yang baik untuk bayi kita.

Testimoni Saya Sendiri :

Alhamdulillah sepanjang 3 bulan kehamilan morning sickness tak teruk, badan pun rasa lebih bertenaga. Memandangkan saya berkerja, memang perlukan tenaga yang baik. HB tiap bulan pun ok jea, pernah bulan pertama check bacaan HB saya adalah 16. Terkejut mak nak, alhamdulillah moga baby terus membesar dengan sihat. Lagi2 bila minum ESP kerja tak rasa mengantuk @ letih macam sebelum ni, seronok. Bakal-bakal ibu boleh cuba juga, moga saya dapat berkongsi kebaikan bersama ibu-ibu yang lain  🙂

Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set Hamil Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Omega Guard

Omega Guard™

 

Omega Guard Shaklee-Turunkan Berat Badan-Minyak Ikan

Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan terbaik di dunia ia diestrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.

Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Jika dibandingkan dengan minyak ikan dipasaran ia adalah yang terbaik kerana Omega Guard Shaklee mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkannya. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengestrak asid lemak omega-3 yang paling tulen sekaligus menyingkirkan bahan berbahaya yang tidak diperlukan.

Kelebihan dan Manfaat Omega Guard Shakle

 

  • Asid Lemak

Membekalkan Omega-3 (asid lemak) penting untuk tubuh badan kita

  • Mencegah Penyakit Strok

DHA dan EPA yang terkandung didalam Omega Guard membantu mengatasi masalah tekanan darah tinggi, kepekatan darah dan melancarkan peraliran darah

  • Membantu melancarkan saluran darah yang tersumbat

Mengekalkan tekanan darah yang normal untuk mengurangkan sakit kepala atau ketegangan leher

Ia membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL

  • Mengawal masalah obesiti

Membantu mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung

  • Membantu perkembangan  & tumbesaran otak janin

DHA penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan retina. Pengambilan pada 3 bulan terakhir  semasa mengandung membantu perkembangan otak, janin dengan baik

  • Mengawal masalah sistem imun & alahan

Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang

  • Menyihatkan Paru-Paru

Omega 3 membantu mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon

  • Memelihara fungsi sendi dengan baik

Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan ia mampu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan dan memelihara fungsi sendi, gout dengan efektif

  • Membantu mengurangkan tekanan & imsonia

EPA dan DHA  dalam Omega Guard berupaya menstabilkan emosi dan mengatasi masalah kemurungan, tekanan, insomnia,autism dan penyakit schizophrenia

 

Perlu Anda Tahu !!!

Menurut American Public Health Association, pengambilan asid lemak omega-3 sebanyak 2 kali seminggu mampu membantu mengurangkan risiki penyakit jantung sebanyak 44%

Fakta Nutrisi Setiap Hidangan

Jumlah Saiz Setiap Botol

90 biji kapsul dalam 1 botol

 

Cara Makan Omega Guard Shaklee

Untuk penjagaan kesihatan : 2 kali sehari, 2 – 4 biji kapsul selepas atau sebelum makan

Untuk sakit tulang, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi : 2 kali sehari, 2 biji kapsul setiap kali pengambilan

 

omega guard shaklee-cara turunkan berat badan dengan omega guard shaklee

 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet tambahan.

Sekiranya, anda ingin mencuba produk kesihatan Shaklee seperti diatas , saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan kita. Demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.