Fenomena Shopping Raya di Mood Republik Memang Ohsem !!

Assalamualaikum.w.b.t

Ramadhan makin berada di penghujung, alhamdulillah semoga ibadah kita semua mendapat keredhaan dari Allah sepanjang bulan mulia ini.

Kehangatan hari raya dah makin terasa, terutamanya kepada penduduk-penduduk kota kuala lumpur. Kalau pergi turun KL dah nampak masing-masing bawa keluarga untuk belanja persiapan hari raya. Sesak jalan dekat KL tu memang sesak nak-nak sekarang minggu terakhir untuk berbelanja sebelum menjelang syawal.

 

moodrepublik2015

 

Mood Republik Fenomena No. 1 Malaysia

Tak kurang juga, di perkarangan Putra World Trade Centre (PWTC) dari hari sabtu dah mula sesak dengan kebanjiran ribuan manusia untuk berbelanja pakaian dan barangan bagi menyambut perayaan yang akan datang. Fenomena Shopping Raya di Mood Republik sangat sangat meriah dengan sambutan yang sangat memberangsangkan daripada penduduk Kota.

Sejak dapat tahu di instagram Mood Republik akan di adakan di PWTC seminggu sebelum hari raya, Sofea memang bercadang untuk ke sana bagi membeli persiapan raya. Ambil peluang masa ini sebab penjual-penjual akan mengadakan promosi. Jadi boleh jimat sikit untuk perbelanjaan hari raya. Tapi hari sabtu tu tengok dekat instagram Mood Republik orang ramai dah datang sesak sofea rasa tak sanggup nak redah. Huhu Tak tahu nak bersesak macam mana dekat sana.

Mesti terkejut kalau tengok gambar ini. Kita pinjam gambar dari instagram Mood Republik

 

moodrepublik

moodrepublik2015

moodrepublik2015

Nealofa pun ada

moodrepublik

moodrepublik2015

moodrepublik2015

Emma Maembong pun ada okay

moodrepublik2015

Ramai sangat kan orang? Jalan jangan cakap memang jem ya ampun. Huhu tahun lepas Sofea pergi jugak Mood Republik ni,  tapi tak seramai macam sekarang. Nak raya lah katakan. Semua pakat shopping dekat sini senang kot sebab semua ada. Baju anak isteri suami semua ada, hah sekali jalan je kan.

Rambang mata memang tak payah cakap lah, huhu rasa semua nak beli. Hehe Tapi sofea nasihatkan buat lah senarai dulu sebelum datang senang nak cari apa yang kita nak kan. Perempuan dan shopping berpisah tiada. 😉  Mood Republik pun dah sediakan no. booth setiap vendor di instagram jadi boleh prepare awal-awal dari rumah nak pergi booth mana.

Semua pakaian butik yang berjenama ada di Mood Republik, macam Calaqisya, Naelofar Hijab, Dreamika, RinaSallehClothing, Radiusite, Bella Ammara, Minaz, Zawara, Aidijuma, HanaBella dan banyak lagi. Yang penting semua nya best-best dan cantik-cantik uolls.

Terima Kasih kepada pihak penganjur Mood Republik, kerana memberikan kemudahan kepada semua rakyat kota Kuala Lumpur untuk berbelanja pakaian hari raya dalam satu tempat sahaja. Memang lengkap dari anak ke mak. Shopping last minute dekat Mood Republik sahaja. Memang terasa kemeriahannya. Sakan beraya lah nampaknya. Dah rasa kehangatan hari raya tu bila shopping meriah dengan Mood Republik.

MOOD REPUBLIK MEMANG OHSEM !!!

TERIMA KASIH DAUN KELADI TAHUN DEPAN JUMPA LAGI  🙂

This entry was posted in Diary.

Atasi Ruam Bayi Dengan Krim Semulajadi

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini sofea nak kongsi dengan mommy2 semua cara nak atasi ruam pada anak-anak. Rasanya ramai mommy2 yang ada masalah sama kan pada anak-anak.

Terutamanya pada yang tak sesuai dengan lampin bayi pakai buang atau pun ruam susu.

Apa itu Ruam?

Ruam adalah masalah kulit yang menjadi kemerah- merahan atau kasar pada bahagian pipi, leher, dagu atau bahagian anggota badan yang lain.

Ramai mommy-mommy beranggapan ruam pada baby disebabkan oleh ruam susu. Ya memang betul. Ruam susu biasanya tetapakan berlaku pada bayi apabila bayi minum susu campuran sama ada susu formula atau susu ibu.

Ruam susu atau ekzema biasanya akan berlaku apabila bayi tidak serasi atau terdapat alahan pada susu formula. Tak serasi dengan susu ibu pula adalah berpunca daripada pemakanan si ibu yang boleh menyebabkan bayi mendapat alahan dan menimbulkan ruam.

 

cara-hilangkan-ruam-baby

Menurut Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul berpendapat bagi mengurangkan kesan alahan yang di alami oleh bayi, ibu digalakkan untuk menukarkan susu formula kepada susu protein atau pun yang terbaik iaitu susu ibu sendiri.

Antara Cara Lain Untuk Menghilangkan @ Mengurangkan Ruam

Ruam atau ekzema juga boleh dirawat atau dikurangkan dengan cara-cara yang berikut :-

  1. Ibu perlu memastikan setiap makanan yang diberikan pada bayi selamat untuk dimakan tanpa sebarang alahan
  2. Ibu perlu segera membersihkan sisa susu ibu yang ada dibahagian pipi bayi bagi mengelakkan tindak balas bakteria dan fungus terhadap kulit bayi
  3. Ibu perlu menjaga pemakanan yang diambil bagi mengelakkan alahan terkena kepada bayi dan akan menimbulkan ruam
  4. Ibu perlu memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi memastikan keselesaanya

 

Dr Anthony James Mansul juga menasihatkan agar para ibu tidak perlu risau kerana ruam hanyalah bersifat sementara dan ia akan hilang dengan sendiri cuma mengambil masa untuk pulih seperti biasa. Jika ruam makin hari bertambah teruk dinasihatkan untuk membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Selain itu juga, penggunaan sabun pembersih yang mengandungi bahan-bahan kimia juga mampu memberi alahan terhadap bayi kita. Jadi dinasihatkan untuk mencuci pakaian bayi, ibu haruslah menggunankan sabun pembersih yang tanpa bahan kimia seperti bahan pewangi dan pembersih yang merbahayakan. Sebaiknya cuci pakaian bayi dengan sabun yang 100% diperbuat daripada bahan semulajadi.

Untuk cara lain mommy2 juga boleh menggunakan krim sapuan yang bersifat sejuk bagi melegakan kerangsangan kulit bayi dan mengurangkan kemerah-merahan ruam dikulit nya. Krim yang popular sekarang ni untuk atasi ruam pada bayi ialah Krim Herbal Blend. Ia banyak membantu mommy2 yang bayinya mengalami ekzema @ ruam di bahagian pipi akibat alahan susu atau dipanggil ruam susu.

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee

Herbal Blend Multi-Purpose Cream adalah krim yang dihasilkan daripada tumbuhan herba semulajadi seperti sage, horse chestnut, yarrow dan juga rosemary. Krim ini telah pun diuji secara klinikal dan dijamin selamat untuk penggunaannya.


Krim Ajaib untuk pelbagai kegunaan. Herbal Blend juga boleh digunakan sebagai losyen harian juga, bila ruam anak dah ok masih boleh teruskan penggunaan herbal blend untuk losyen harian. Sejuk bermentol dan wangi memang semua orang suka.

Testimoni Herbal Blend Untuk Ruam




Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkannya, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Basic H2 Pembersih Rumah Terbaik Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum.w.b.t

Apa khabar semua? Alhamdulillah. Pejam celik kita dah berada dia 10 hari terakhir Ramadhan. Alhamdulillah syukur. Semoga semua amalan dan ibadah kita selama ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin 🙂

Ingat lagi tak sebelum ni sofea ada cerita tentang Pencuci Pinggan Mangkuk Dish Wash Concentrate yang diperbuat daripada sumber semulajadi. Dah tengok video tu? Macam mana? Percaya tak?

Satu titisan boleh cuci banyak pinggan.  Hanya dengan Dish Wash Concentrate. Belum tengok? Meh klik Testimoni Dish Wash untuk tengok video 😉

Hari ini sofea bukan nak cerita tentang Dish Wash lagi, tetapi satu produk yang wajib kita ada bersama. Bila dah ada pencuci pinggan semulajadi mesti kena ada gandingan hebat ni untuk kegunaan dalam rumah. Rumah bersih berkilat hanya dengan Get Clean Basic H2.

 

BASIC-H-SHAKLEE

 

Get Clean Basic H2

Basic H2 juga diperbuat daripada estrak kelapa dan jagung. 100% semulajadi, tanpa bahan kimia merbahaya dan klorin yang mampu menjejaskan kesihatan keluarga.

  1. Selamat
  2. Berkesan
  3. Mesra Alam

Basic H2 Shaklee selamat digunakan dirumah tanpa bahan kimia, tidak bertoksik, tanpa klorin dan yang paling  best bau nya wangi.

Kegunaan Basic H2

  • Membersih kesan berminyak didapur
  • Membersihkan tingkap hingga berkilau
  • Untuk kawasan nyah gris
  • Boleh digunakan untuk mengilatkan motor & kereta
  • Membersih segala kotoran degil

Basic H2 adalah pembersih rumah terbaik yang semua isteri-isteri wajib ada. Kepekatan yang tinggi mampu menjimatkan pembelian. Kepekatan sebanyak 16 auns boleh bancuh sampai 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air. Banyak kan? Memang jimat berganda 🙂

Dekat pasaran memang banyak pembersih rumah ini, tapi kita selalu tak terpandang hal ini. Kebanyakkannya mengandungi toksin yang boleh meresap kedalam badan melalui kulit & sistem pernafasan.

Dan bahan pelarut sintetik boleh mempengaruhi ketidakseimbang hormon dalam badan.

Pembersih Lain

Pembersih rumah lain mengandungi beberapa bahan kimia yang macam kita tahu memang tak baik untuk kesihatan sekeliling dan bumi. Antaranya ialah:-

  • Butyl Cellosave – sejenis neurotoksin & bahan yang merengsakan hidung
  • Morfolin – bahan toksik yang boleh merosakkan hati & ginjal
  • Ammonia – bahan racun yang merengsakan kulit, mata & sistem pernafasan

Tetapi dengan Basic H2 Shaklee semua bahan-bahan merbahaya dekat atas tu tak ada. Ia adalah 100% bahan semulajadi. Jadi tak ada lah risau lepas ni, tangan pun tak rosak sebab dah tak terdedah pada bahan kimia lagi. Seronok kan 🙂

Jom jadi pengguna bijak. Sayangkan kesihatan keluarga dan kesejahteraan bumi kita.

 

Testimoni Penggunan Basic H2

 

testimoni-basic-h-shaklee

Kotoran degil pada pakaian hilang

testimoni-basic-h-shaklee

Bekas berminyak pada dapur bersih berkilau dengan sapuan Basic H

testimoni-basic-h-shaklee

Cuci Kereta dengan Basic H bersih berkilat macam baru

Bagaimana Untuk Dapatkannya? 
Sekiranya, anda ingin mendapatkan Get Clean Dish Wash Concentrate, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


10 Tips Mudah Tangani Stress

Assalamualaikum.w.b.t

Salam sayang buat pembaca, hari ini sofea nak kongsi beberapa tips untuk tangani stress melampau yang selalu kita hadapi bila terlalu banyak kerja atau hal yang kita fikirkan. Stress boleh membunuh anda. Jadi atasi masalah stress ini seawal mungkin.

Bila kita stress, banyak kesan nya yang akan berlaku kepada diri kita mahupun orang disekeliling kita. Bila kitatak dapat untuk mengawalnya, ia akan menjejaskan reputasi kerja, kesejahteraan antara keluarga, dan ketenangan dalam diri kita sendiri.

 

cara-atasi-stress-melampau

 

10 B Tangani Stress Serta Merta

1. Bertenang

Bila stress cuba tenangkan diri dan fikiran kita, off kan sekejap hal yang kita fikirkan. Dorong otak untul berfikir secara positif ketika ini. Cuba duduk dan bertenang, lemparkan senyuman dari dalam hati agar diri kita dapat mengawal stress tersebut.

2. Bernafas Secara Dalam

Cuba duduk dan tarik nafas sedalamnya, bayangkan kita sedang menyedut aura-aura yang positif dan menghembus aura-aura negetaif keluar daripada diri kita. Ulang sehingga 4-5 kali sampai anda rasa tenang.

3. Berkata “relaxlah”

Biasakan kalau kita marah depan kawan-kawan kita, mereka akan kata relax lah atau bertenang. Tapi sekarang cuba atasi denga sendiri, bila rasa tertekan atau stress lemparkan sendiri cakap dalam hati atau lontarkan dengan nada suara sederhana untuk telinga kita dengar. Bagi menyedarkan diri kita, yang kita ddalam keadaan tidak tenteram. Relax ok?

4. Beribadat

Hal ini antara yang paling bagus untuk peroleh ketenangan. Bila kita stress dengan masalah duniawi cuba kembali ke fitrah. Kembali pada Allah dengan beribadat kepada Nya. Mengadulah segala masalah kita dan berdoa mmeohon ketenangan dengan masalah dunia. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hambaNya.

5. Berkongsi Perasaan @ Masalah Dengan Seseorang

Cuba atasi stress dan bebanan yang kita hadapi dengan berkongsi masalah atau cerita hal yang kita hadapi dengan seseorang yang kita percaya. Insyaa Allah dia boleh membantu meringankan fikiran dan menenangkan kita. Carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah kita.

6. Berurut

Bila stress kepala pun  sakit kan? Cuba berurut untuk melegakan segala kesakitan dan melancarkan saluran darah dan urat-urat yang tegang. Luangkan masa dalam sehari tu 1-2 jam untuk berurut bagi melegakan kesakitan anda. Lepas urut mesti akan rasa lebih segar dan ringan.

7. Berehat & Mendengar Muzik

Bila stress cuba rehatkan minda dan fikiran kita, dengan mendengar muzik atau alunan zikir-zikir yang menenangkan. Mendengar alunan ayat-ayat al-quran juga adalah salah satu terapi meredakan stress atau tekanan.

8. Beriadah 

Lakukan riadah setiap petang atau pagi hujung minggu untuk mengurangkan stress @ tekanan. Beriadah seperti bermain badminton, bersantai bersama keluarga dan sebagainya.

9. Bersenam

Salah satu cara menghilangkan stress adalah dengan bersenam. Bila bersenam automatik otak kita akan lebih fokus dengan senaman dan akan melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Ia sekaligus mengurangkan risiko untuk kita cepat stress atau tertekan dengan masalah yang bakal kita hadapi.

10. Berfikiran Positif

Macam yang saya cakap dipermulaan tadi, sentiasa berfikiran positif. Kalau kita sentiasa positif kita tak akan paksa otak untuk fikir yang akan membebankannya. Positif bila ditimpa masalah, positif kan fikiran kita. Insyaa Allah kita boleh atasi atau kurangkan stress dalam diri kita.

 

cara-tangi-stress-melampau

 

Amalkan 10 cara untuk tangani stress melampau yang selalu serang diri anda, Insyaa Allah ia sedikit sebanyak boleh membantu anda. Hadiahkan hati kita juga dengan pengisian-pengisian yang boleh membina iman dan ketakwaan kita pada Allah dan merapatkan kita pada Nya. Insyaa Allah kita akan lebih tenang menghadapi setiap masalah yang mendatang. Semoga sedikit tips ini dapat membantu anda dan diri saya sendiri 🙂

Salam sayang,

Sofea

3 Langkah Mudah Masak Spaghetti Aglio Olia

Assalamualaikum.w.b.t

Salam Ramadhan semua, apa khabar sihat? Hari ini nak kongsi satu resepi yang mudah lagi ringkas. Kalau rajin ke mengidam ke boleh buat untuk hidangan berbuka ya. Hehe
resepi-spaghetti-goreng-aglio-olio

Spaghetti Goreng ni ala ala Spaghetti Aglio Olio, jadi ke tak jadi makan jea. Hehe janji sedap okayh. Nak tahu macam mana sedap? Bila orang yang makan tu minta untuk tambah lagi dan lagi tu makna nya sedap 😉

Spaghetti Aglio Olia

Bahan-bahan

  • Spaghetti @ (saya guna Vermecelli brand San Remo sbb lagi halus)
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • Chili Flakes
  • Oregano
  • Daun Parshley
  • Cheese Sosej brand Ayamas
  • Olive Oil


3 Langkah Mudah

  1. Rebus
  2. Goreng
  3. Gaul 

Nampak macam mudah kan?  Eleh 3 langkah mudah tu je semua orang boleh buat. Bukan nampak mudah memang mudah 😉 Jom Cuba kalau tak percaya.

  1. Rebus terlebih dahulu spaghetti mengikut berapa hidangan yang kita nak makan (angkat dan biarkan sekejap bagi air2 rebusan tu kering sikit)
  2. Potong halus 2 ulas bawang putih , panaskan olive oil dan goreng bawang sehingga masak @ kemerah-merahan
  3. Masukkan bahan-bahan seperti chili flakes, oregano dan daun parshley ke dalam kuali yang ada bawang tadi
  4. Masukkan spaghetti dan gaul sehingga rata
  5. Jangan lupa masukkan cheese sosej dan gaul lagi sekali sehingga rata

Tadaa dah siap paling mudah dan ringkas. Kegemaran sangat 😉 Kalau nak tambah udang ke sayuran ke bole jea tambah. Sofea tak boleh makan udang sangat sebab tu tak guna.

Hidangan yang ringkas untuk berbuka puasa nak buat bukan bulan puasa pun boleh. Senang kan? Selamat Mencuba 🙂
Salam sayang,

Sofea

 

Sabun Pencuci Pinggan Jimat, Berkesan & Lembut Di Tangan

Assalamualaikum.w.b.t

Salam sayang semua, hari ini sofea nak kongsikan satu lagi produk kegemaran ramai. Iaitu Sabun Dish Wash Liquid Concentrate.

Siapa pernah guna sabun pencuci pinggan mangkuk yang lembut dekat tangan? Mesti mahal kan? Tak pun cepat habis. Mana tahan nak beli cepat-cepat.

Okay jangan risau, sekarang dengan Dish Wash Concentrate boleh bantu selesaikan masalah anda. Terutamanya yang ada masalah allergik dengan bahan kimia dalam sabun cuci yang menyebabkan kulit kering, kasar dan terkopek.

Dish Wash Concentrate

  1. Selamat
  2. Berkesan
  3. Mesra Alam

Dish Wash Concentrate diperbuat daripada bahan semulajadi. Ia diestrak daripada jagung dan kelapa. Tanpa biorosot dan fostat.

Kelebihan Dish Wash Concentrate

  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa Klorin
  • pH seimbang
  • Berkesan menanggalkan kotoran berminyak
  • Buih yang lebih tahan lama

Kalau sebelum ini, anda ada masalah cuci pinggan letak banyak-banyak pun tak bersih. Buih pun kurang, kesan minyak susah nak hilang. Cuba guna beberapa titisan Dish Wash Concentrate sahaja pasti akan atasi semua masalah tu. Tak percaya? Cuba dulu 😉

Get Clean Dish Wash ternyata :

  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • Tahan lama dengan kepekatannya
  • Menjadikan pinggan bersih berkilat

 

Dish Wash Concentrate adalah yang terbaik. Setakat ini, dekat rumah sofea pun guna Dish Wash memang ternyata berkesan. Letak satu titisan je boleh cuci banyak pinggan. Seronok taw 🙂

Jom Tengok Video Testimoni Dish Wash Concentrate

 

Bagaimana Untuk Dapatkannya? 
Sekiranya, anda ingin mendapatkan Get Clean Dish Wash Concentrate, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Page 10 of 17« First...89101112...Last »