8 Cara Yang Betul Mencuci Muka Untuk Kulit Kekal Anjal

cara yang betul mencuci muka

Untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik & halus cara mencuci muka dengan betul juga amat penting untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Sebelum ini seperti yang semua tahu, kebanyakan daripada kita hanya menitik beratkan pemilihan pencuci muka yang sesuai dan terbaik. Tetapi kita tak peduli dengan teknik atau cara untuk mencucinya dengan betul.

Ramai diantara kita berpendapat hanya dengan pemilihan pencuci muka yang terbaik dan berkualiti dapat menjamin kebersihan wajah. Hanya 70% sahaja yang membantu dari segi pemilihan produk pencuci yang serasi untuk kulit kita.

Selebihnya kita harus tahu teknik atau cara yang betul mencuci muka agar kulit kekal sihat,halus dan anjal. Sofea kongsikan beberapa caranya disini.

cara yang betul mencuci muka

 

Cara Yang Betul Mencuci Muka Agar Kulit Kelihatan Lebih Halus & Anjal

1. Bilas terlebih dahulu muka dengan air suam kemudian calitkan sedikit sabun pencuci dipermukaan tangan

2. Sapu rata sabun dipermukaan wajah kita. Gunakan dua jari iaitu jari manis dan jari tengah untuk mencuci. Jangan guna jari telunjuk kerana ia memberikan tekanan yang lebih kuat.

3. Cuci muka bermula dari bawah dibahagian dagu terlebih dahulu. Selepas itu tarik ke atas sisi kiri dan kanan hingga ke arah cuping telinga.

4. Teruskan dengan mencuci bahagian atas antara mulut dan hidung. Cuci secara membulat dari tengah hingga ke tepi bahagian sisi cuping telinga. Dan diteruskan dengan dari sisi tepi hidung tarik semula hingga ke cuping.

5. Cuci bahagian bawah mata secara lembut & membulat hingga ke bahagian tepi sisi kepala. Pastikan anda tidak menekan bahagian bawah mata dengan kuat atau kasar.

6. Fokuskan pencucian dibahagian T Zon, bermula dari tepi hidung urut secara perlahan ke bahagian tengah dan seterusnya ke atas

7. Dari bahagian T Zon hidung tarik urutan pencucian ke bahagian kiri dan kanan dahi. Urut secara membulat sehingga rata atau urt secara lembut ke arah atas.

8. Selepas itu bilas semula muka dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk bagi menyegarkan lagi kulit wajah kita.

Tips Tambahan

  • Cuci Muka dengan pembersih muka 2 Kali sehari
  • Gunakan pencuci yang bebas bahan kimia
  • Jangan guna semua jari atau telapak tangan untuk mencuci muka kerana ia akan memberikan tekanan yang kuat terhadap kulit wajah
  • Cuci muka dari arah bawah ke atas untuk kulit kekal anjal dan awet muda

Masih mencuci muka dengan cara yang salah? Jom ubah dari sekarang agar kulit wajah kita kekal anjal, halus dan awet muda. Siapa yang tak nak cantik kan.

Selamat Mencuba  🙂

Yogurt Mask Melembutkan Kulit Wajah Dengan Serta Merta

Assalamualaikum.w.b.t

Apa khabar semua? Sihat? Harapnya semuanya baik-baik dan sihat belaka. Hari ini Sofea nak kongsikan salah satu cara untuk dapatkan kulit muka yang lembut dan halus dengan hasil  serta merta.

Sofea terbaca dalam satu artikel yg salah satu cara nak atasi masalah kulit kering ialah sapu muka dengan menggunakan yogurt. Belum pernah cuba? Mula-mula memang macam pelik, yogurt nak makan tu kita sapu dekat muka tak ke lekit2 nanti. Haha Tapi belum cuba belum tahu kan. Hasilnya meman serta merta.

Korang pernah tak beli yogurt Nestle atau apa-apa brand pun, tekstur yogurt tu macam mana? Lembut je kan, makan pun sedap. Rasa masam-masam dia, terliur tekak. Hah yogurt ni lah yang kita nak sapu dekat muka kita kalau nak dapatkan kulit yang cantik dan mulus dengan serta merta.

Nak dapatkan senang je, sebab yogurt ni dekat 7E pun ada jual, harga dia lupa pulak berapa. Beli yang kecik tu pun cukup seminggu, melainkan korang tumpang makan memang tak cukup seminggu la cerita dia. Haha

Cara Buat Mask daripada Yogurt

  1. Sediakan Yogurt Nestle atau brand apa pun tak kisah.
  2. Sebelum itu, simpan yogurt di dalam peti ais sebelum digunakan
  3. Gunakan sudu yang telah disediakan di dalam penutup yogurt tersebut
  4. Ambil 3-4 sudu kecil yogurt dan masukkan kedalam bekas @ mangkuk kecil
  5. Gaul rata dan sapukan pada permukaan kulit muka kita
  6. Biarkan selama 30-45 minit  (sambil boleh baca buku @ lazimi ayat suci Al-Quran)
  7. Agak-agak yogurt dah kering sikit, muka rasa tegang boleh cuci yogurt pada muka
  8. Cuci menggunakan air sejuk

Bila dah siap cuba pegang area pipi kita, rasa apa? Huhu segar lepastu rasa lembap dan halus je kan? Memang best cuba Yogurt Mask ni. Cuba sekali hari tu ketagih nak lagi  🙂

Untuk kali kedua, Sofea cuba tambah Resipi pada Yogurt tersebut. Yang ada boleh cuba sekali taw. Memandangkan Sofea consume ESP Shaklee, ia berbentuk powder yang boleh kita shake dan minum. Tapi untuk nak jadikan dia mask, Sofea tambah kan sedikit serbuk ESP ke dalam Yogurt tadi.

Caranya sama je cuma perlu tambahkan 1/2 @ 1 sudu kecil serbuk ESP Shaklee dan gaul sehingga sebati. Jangan lupa sejukkan dulu yogurt agar kulit kita lebih segar bila pakai mask tu nanti.

Resepi Ke-2 Yogurt Mask

1. Yogurt

2. Serbuk minuman ESP Shaklee

Rasanya bila campurkan dengan serbuk ESP lebih lembut dan halus je pipi ni, memang sedap je pegang pipi bila lepas cuci. Lepas ni tak payah susah2 beli mask memahal dekat watson tu Hihi kita guna Yogurt je okay 😉

p/s : Kalau pakai  mask waktu malam jangan ketuk bilik mak pulak ye terkejut mak tu karang tengok muka hang putih semacam Hihi

Selamat Mencuba Semua  😉

Salam Sayang,

Cik Pia