Tips Memilih Kad Kahwin Murah & Jimat

Assalamualaikum.w.b.t

Lama Sofea tak kongsi tips untuk bakal-bakal Raja Sehari sekalian. Bulan puasa tinggal berapa minggu je lagi, dan yang pasti lepas je Raya nanti akan beratur lah Kad Undangan Majlis Perkahwinan dekat rumah. Hihi Tak caya? Kita tengok je nanti ok 😉 Sebab dulu pun Sofea Kahwin lepas raya Hihi

Untuk kali ni Sofea nak kongsikan beberapa tips sebelum pegi tempah Kad Kahwin. Jangan pandang remeh taw sebab kalau salah beli atau lambat memang celaru majlis nanti. Jenuh nak jemput manual tanpa kad kahwin  😆

Tips Memilih Kad Kahwin

1. Catat Jumlah Tetamu

Buat persiapan awal-awal sebelum tempah Kad Kahwin, catat semua jumlah jemputan yang kita nak undang. Kerana ia lebih memudahkan tugas kita masa nak tempah kad nanti. Dam mampu mengelakkan pembaziran. Contoh : Tetamu yang hendak diundang hanya 500 orang tapi tempah kad terlebih kan rugi dekat situ. Sebabnya harga kad berbeza mengikut kuantiti. Take note ya 😉

2. Tentukan Bajet Untuk Kad Undangan

Sekarang terlalu banyak pilihan tempat untuk kita tempah Kad Kahwin. Siap2 tentukan bajet untuk belian Kad Kahwin. Jadi lebih mudah cari yang bersesuaian dengan bajet nanti. Siap siap tentukan bajet okay 😉 Nak berjimat jangan pilih yang lebih dari bajet ya.

3. Survey Sebelum Menempah

Tips yang ni biasa dah buat kan? Tapi jangan mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yg diberikan. Sebab biasanya harga set memang dikira termasuk harga yang Free Gift tu. Hehe nak jimat betul-betul survey dulu betul-betul ok 😉 Banyak sangat pilihan tak kira online atau offline. Bandingkan harga dan pilih mengikut citarasa anda masing-masing.

4. Test Servis & Layanan Semasa Hendak Menempah

Cuba test servis mereka, sebab kadang-kadang ada yang murah tapi servis lambat. Sampai 2 bulan lebih baru dapat tempahan. Kalau majlis lama lagi tak ada masalah nak-nak majlis bulan depan tapi kad tak dapat-dapat lagi. Nangis kak oi  😥

5. Pastikan Trust Seller Jika Tempahan Secara Online

Pastikan kita tempah dengan betul-betul trust seller yang membuat Servis Tempahan Kad Kahwin ya. Sebab biasanya bila dah tempah kita kena buat bayaran pendahuluan. Tak mahu lah kita kena tipu atau sebagainya. Check dulu betul-betul ya 😉

 

kad-kawin-murah

Sofea harap dapat bantu kawan-kawan lain sebelum tempah Kad Kawin. Nampak ringkas tips2 ni tapi kalau terlepas pandang memang menyesal dikemudian hari. Buat yang memang ada bajet lebih tak kisah sangat bab tips bajet tu tapi yang bajet rendah macam Sofea dulu memang kena alert sebelum buat tempahan.

Masa Sofea dulu tempah Kad Kahwin Offline sebabnya rajin punya pasal kan. Maklumlah exsited dia kemain. Sanggup g cari sendiri keluar Haha memang terlepas pandang sikit, dah tempah jumpa yang lebih murah dan berkualiti. Nasi dah jadi bubur reda. Hihi tapi tak lebih dari bajet yang Sofea tetapkan. Kira OK dah tu.

Tapi kali ini, Sofea uruskan tempahan Kad Kahwin untuk abang bagi majlis selepas hari raya nanti. Dan take note semua tips-tips dekat atas tu. Walaupun order secara Online sahaja, sangat-sangat memuaskan hasilnya. Dah berbadan dua memang mood nak keluar sangat tu tak cantik sekarang. Jadi putuskan untuk tempah Online.

 

kad-kawin-ezcetak

Simple and Nice Colour & Design from EZCetak.com

Berdasarkan pengalaman Sofea, tempah Online lebih memuaskan daripada cari sendiri. Tempah dengan syarikat yang servis & kualitinya bagus lagi lah seronok.

♥ HARGA MURAH

♥ BAHAN BERKUALITI

♥ SERVIS CEPAT & TERBAIK

Bride to be semua dah tempah Kad Kahwin ke belum? Kalau belum boleh survey-survey Kad Kahwin di EZcetak.com

Sofea pernah recommend Ezcetak masa kongsi tips Wedding Checklist dulu. Servis memang tip-top, Untuk tempahan majlis abang Sofea selepas raya nanti Sofea tempah dengan EZcetak. Sangat-sangat puas hati dengan layanan Amy & EZcetak team. Cantik & Murah lagi tu. Estimate date tempahan siap tak sampai sebulan taw, yang nak tempah last minit pun sempat.

Apa-apa pun pastikan buat pilihan bijak ya, take note tips-tips yang Sofea kongsikan. Selamat Menempuhi Hidup Baru buat pasangan Raja Sehari semua  😉 Semoga segala apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin

Salam Sayang,

Sofea

Tips Jimat Berbelanja Barang Kahwin

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini Sofea nak kongsi sikit cara atau tips jimat berbelanja untuk majlis perkahwinan kita nanti. Hari itu dah simpan siap-siap list persiapan majlis kahwin tu? Kalau belum rujuk sini dan simpan siap-siap okay :* Memandangkan lepas je  bulan Ramadhan dan bulan Syawal ni kad jemputan dah berderet dekat rumah. Sofea percaya ramai lagi yang akan menyusul mendirikan rumah tangga selepas ini.

Oleh itu, dikesempatan ini Sofea akan berkongsi sedikit tips atau cara macam mana nak jimat berbelanja untuk Majlis Kahwin kita nanti. Nak jimat kos yang banyak di zaman kegemilangan GST ni? Mesti ada perancangan yang teliti sebelum membuat sebarang perbelanjaan.

Tips Jimat Berbelanja Barang Kahwin

 

list-kahwin-senarai-barang-kahwin

1# Rancang & Catat

Untuk barang-barang hantaran @ majlis perkahwinan seharusnya dah dari awal kita rancang dan catat apa barang yang diperlukan untuk majlis nanti. Hal ini lebih menyenangkan kita untuk meneliti setiap barang keperluan sama ada mencukupi ataupun tidak.

Contohnya barang keperluan untuk Hari Pernikahan, seperti hantaran atau pun barang keperluan Majlis Resepsi. Catat dan asingkan mengikut bahagian agar lebih menyenangkan kita untuk membelinya nanti.

LIST-KAHWIN-SENARAI-BARANG-KAHWIN-TIPS-JIMAT

2# Tentukan Bajet Setiap Keperluan

Hal ini sangat penting. Menentukan bajet setiap barangan atau keperluan adalah sangat penting agar kita dapat berjimat-cermat semasa  pembelian. Selepas mengagihkan barangang @ keperluan yang hendak dibeli tentukan terus bajet yang diperuntukan. Ia sekaligus memudahkan kita untuk menyimpan terus jumlah perbelanjaan setiap barangan.

Dan bila dah ada bajet setiap barangan ia lagi memudahkan kita untuk mencari atau membeli barangan tersebut mengikut harga yang ditetapkan. Contohnya bajet kita untuk tempahan pelamin RM 2500 dan semestinya kita akan cari @ “survey” pelamin yang harganya RM2500 ke bawah. Bila sesuai dengan bajet dan menepati citarasa hati kita, kita akan menempah pelamin tersebut, jadi kita ada sasaran disitu. Jelas kan? Tentukan Bajet Anda dari sekarang.

 

tips-jimat-list-kahwin-senarai-barang-kahwin

3# Asingkan Duit Mengikut Keperluan

Dah ada Bajet? Okay bila dah ada bajet untuk setiap barangan asingkan terus duit anda. Sofea pasti sebelum anda semua membeli sesuatu barang anda akan cari @ survey harga yang lebih murah kan? Jadi bila dah tentukan bajet asing siap-siap duit untuk barang keperluan tersebut.

Contoh nya bajet untuk membuat Kad Jemputan sebanyak RM 500. Cari Kad Jemputan yang menepati citarasa anda yang berharga tidak lebih daripada bajet yang anda tentukan. Simpan terus dalam sampul dan tulis siap-siap untuk “Perbelanjaan Kad Jemputan”. Jadi kita nampak duit keluar, tak ada lah berlaku pembaziran kan. Asing siap-siap macam dalam gambar dekat atas. Guna je lah sampul raya lepas tu Hehe

 

barang-hantaran-tips-jimat

4# Belanja Sebulan Satu

Belanja sebulan satu? Mesti ada yang kurang faham kan? Okay Belanja Sebulan Satu yang Sofea maksudkan kat sini adalah untuk barangan yang besar-besar kita boleh agihkan. Iaitu buat pembelian setiap bulan hanya satu barang sahaja.

Apabila dah agih bajet tentukan pulak bulan ini nak beli apa dulu. Contohnya barang hantaran untuk pengantin Perempuan ada 5 barang yang perlu kita beli. Bila dah ada persiapan awal, tentukan untuk beli apa dulu. Contoh bulan ini beli Jam dahulu, bulan depan beli Telekung, bulan depan beli kasut dan bulan-bulan seterusnya beli yang lain. Ia sangat membantu menjimatkan kos perbelanjaan kita pada bulan tersebut.

 

tips-jimat-checklist

5# Senaraikan Barangan Yang Hendak DiBeli

Buat “Checklist” sebelum keluar membeli barang. Dah catat semua barang keperluan untuk Majlis nanti kan? Okay sebelum nak keluar untuk mencari atau membeli barang keperluan tersebut buat senarai barang apa yang hendak dibeli pada hari tersebut. Tips yang ini sangat-sangat membantu daripada pembaziran.

Kalau diperhatikan beli barang tanpa checklist” selalu tersasar dari jalannya. Hihiks realiti okay. Macam Sofea pun kalau ada “checklist” barangan nak beli barang senang jea dan memang tak “ter” beli barang lain. Sebab kita ada tujuan apa yang nak dibeli. Tapi kalau keluar tanpa sebarang “checklist” barangan kadang-kadang ada barang yang terlupa dan selalu terbeli barang yang tak perlu. Rugi 🙁

 

tips-jimat-beli-barang-kahwin

6# Simpan Baki

Tips yang ini ramai yang kurang peduli dan ada yang tak peduli. Ingat kan? Kita dah peruntukkan bajet untuk setipa barang kalau barang yang kita beli harganya lebih murah daripada bajet yang kita dah simpan siap-siap tu. Mesti ada baki kan? Okay baki tolong simpan  🙂

Sebab kenapa kena simpan? Ia lebih mudah kita nak kira atau tengok balik jumlah perbelanjaan kita. Dari situ kita boleh kira-kira jumlah perbelanjaan dan duit yang keluar. Simpan baki perbelanjaan juga akan mengelakkan kita daripada melakukan pembaziran. Contohnya bajet yang dibekalkan RM 300 tapi barang yang kita dapat beli hanya RM 180 ada baki RM 120. Banyak kan? Kalau kita simpan boleh topup untuk belanja barang keperluan lain.

Yang terakhir, bila kita dah ada tujuan nak beli barang untuk Majlis nanti. Cuba elak daripada membeli barangan yang kurang penting buat masa ini. Tahan lah nafsu sikit, nak jimat kan? Jadi selamat mencuba ya semua bakal-bakal raja sehari semua. Pembaziran itu amalan syaitan. Cuba ubah dari sekarang.

Beli yang perlu sahaja 😉

Salam Sayang,

Sofea aka Cik Pia

Checklist Persiapan Untuk Majlis Kahwin

Assalamualaikum.w.b.t

Salam sayang semua, alhamdulillah kita dah masuk ke fasa 10 malam terakhir dibulan Ramadhan. Harap semuanya sihat dan dapat menyambut syawal yang akan datang bersama keluarga tersayang. Hari ini sofea nak kongsikan list atau senarai untuk persediaan majlis perkahwinan. Memandangkan tinggal beberapa hari Ramadhan sofea yakin mesti ramai yang akan mengadakan Majlis Perkahwinan. Mungkin senarai persediaan ini sedikit sebanyak boleh membantu anda.

Majlis tinggal 6-7 bulan lagi tapi satu persediaan pun tak buat. Rasa macam awal sangat, tak tahu nak mula dari yang mana kan. Disebabkan ini adalah pengalaman pertama (kawin sekali je ye) kita kenalah rancang majlis dengan sebaiknya, boleh minta pendapat dari orang yang dah ada pengalaman selain daripada keluarga kita.

Jadi nak memudahkan mintalah pendapat dekat adik-beradik atau saudara-mara kita yang dah kahwin, senang lah kerja kita sikit kan kalau mereka boleh tolong. Tak adalah terkial-kial fikir sorang-sorang. Apa nak buat kalau Majlis lagi 6-7 atau 3-4 bulan. Mula senaraikan dari sekarang untuk memudahkan urusan kita dan pasangan.

 

senarai-persediaan-kahwin

CHECKLIST UNTUK MAJLIS KAHWIN 

1. DAFTAR KURSUS KAHWIN

Daftar dan pergi kursus kahwin adalah benda yang memang semua pasangan pengantin WAJIB pergi. Kalau tak jangan ada hati nak kahwin ye.

Kursus Kahwin sekarang dah mudah pergi daftar dan hadiri kelas dua hari sahaja. Kadang tak sampai dua hari pun. Sehari setengah dah siap. Dan tunggu pihak kursus hubungi kita untuk ambil Sijil.

Sebelum ni saya pergi RM 60 seorang siap dengan makan sekali, jadi kalau nak pergi dengan pasangan boleh daftar sekali. Dengar sama-sama apa intipatinya lebih baik kan. Dapatlah sama-sama belajar untuk alam rumah tangga nanti.

 

2. TETAPKAN TARIKH NIKAH & MAJLIS

Biasanya tarikh nikah & majlis akan ditetapkan masa hari atau majlis pertunangan masing-masing.

Bincang antara kedua-dua keluarga untuk tarikh yang tepat. Bila tarikh nikah & majlis dah ditetapkan senanglah kita nak buat persediaan untuk tempah tempat (bagi yang nak buat didewan/hotel), dan pelamin untuk majlis resepsi.

Bila tarikh dah ditetapkan kita nak buat persediaan untuk beli barang hantaran dan barangan untuk majlis pun senangkan. Jadi tetapkan tarikh dahulu.

 

3. MEDICAL CHECK-UP (HIV TEST)

WAJIB buat. Medical Check-up atau ujian HIV ni wajib dibuat oleh kedua-dua bakal pengantin. Kebiasaanya mengambil masa dalam seminggu jadi bagi memudahkan urusan masa kita, set kanlah bila kita nak pergi. Dan nak buat Medical Check-up ni kena buat appointment dulu, tak boleh terus terus datang nak buat yea. Kena ikut turn kita.

Ujian HIV hanya boleh dibuat di klinik kerajaan sahaja yea jangan pergi klinik swasta pulak. Hasil daripada Ujian HIV mesti dikepilkan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendapat kelulusan berkahwin. Ok bila dah settle boleh teruskan kepada langkah yang seterusnya.

 

4. BORANG & DOKUMEN BERKAITAN

Borang dan dokumen berkaitan ni sangat-sangat lah penting. Kedua terpenting selepas kursus kahwin. Tak lengkap tak boleh kahwin tau.

Tok kadi tak langsungkan majlis kalau segala borang & dokumen perkahwinan tak siap. Jadi take note awal-awal. Pastikan semua dokumen dan borang yang diperlukan lengkap.

Buat lah list asingkan borang-borang yang dah siap dilengkapkan dan yang belum. Senang kerja kita tak adalah tercampur semua kan. Bila semua dah lengkap kita boleh lah submit borang dan dokumen tu pada pihak yang berkenaan. Untuk borang bagi kawasan Wilayah Persekutuan boleh semak dilaman web JAWI dan kawasan Selangor dilaman web JAIS.

 

5. BINCANG & TENTUKAN TEMA MAJLIS KAHWIN

Lepas dah settle segala urusan untuk borang dan dah dapat kelulusan. Fuhh hati pun rasa lega dah kan (sikit je lah)

Selepas itu kita boleh fikirkan dan bincang bersama pasangan atau keluarga mengenai tema dan warna untuk majlis perkahwinan.

Untuk pemilihan tema biasanya idea dah timbul beberapa bulan yang lepas tetapi untuk memastikan tema yang dipilih bersesuaian, kata sepakat antara pasangan dan keluarga juga diperlukan.

Bila dah dapat kata sepakat boleh lah kita ajukan idea, tema dan warna kepada ‘wedding planner’ kita atau pengurus untuk pelamin semasa majlis nanti. Tapi kena ingat mesti tempah dulu ‘wedding planner’ atau mak andam untuk majlis tu nanti yea. Takut aim lama-lama lupa nak tempah melepas pulak sebab full.

tema-majlis-kahwin

 

6. BARANGAN HANTARAN

Beli barang hantaran. Buat perancangan yang rapi dengan pasangan, buat senarai untuk barangan yang diperlukan sebelum keluar membeli.

Jadi lebih senang kita nak beli nanti dan juga dapat tentukan bajet untuk setiap barang tersebut tak adalah berlaku pembaziran bila kita dah senaraikan dan tetapkan apa yang kita nak kan.

Saya sertakan juga senarai barang hantaran untuk memudahkan kita. Rujuk dibawah.

 

  Lelaki Perempuan
1 Sirih Junjung  Set Penjagaan Kulit
2 Al-Quran Telekung/Sejadah
3 Jam Jam
4 Kasut Kasut
5 Set Penjagaan Kulit Handbag
6 Set Minyak Wangi Set Minyak Wangi
7 Dompet/Tali Pinggang Buah-Buahan
8 Baju/Kameja Kek
9 Kek Set Coklat
10 Set Coklat
11  Buah-buahan

 

7. CARI SOUVENIR & BUNGA TELUR

Cari atau survey souvenir untuk tetamu yang datang semasa majlis nanti.

Untuk hal ini lebih baik bawa mak atau keluarga terdekat. Mereka lagi arif tentang pemilihan buah tangan ni kan. Cari souvenir atau buah tangan yang bersesuaian mengikut bajet kita.Ingat ya dalam pemilihan buah tangan pilihlah yang memberi kebaikkan kepada tetamu.

Tetamu yang datang pun hargai apa yang kita beri, nak bagi buah tangan biarlah dengan ikhlas sebab buah tangan ni sebagai tanda penghargaan kita pada tetamu yang hadir yang mendoakan kebaikan kita Jadi beli buah tangan biarlah yg membawa manfaat pada semua.

buah-tangan-majlis-kahwin

 

8. GUBAH BARANG HANTARAN

Bila dah settle beli semua barang hantaran. Sekarang masanya untuk menggubah semua dulang hantaran tersebut.

Kalau nak jimat boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran kita. Kalau tangan seni suka buat DIY lebih baik gubah sendiri jimat kos. Hehe Boleh labur untuk benda lainkan.

Tapi kalau yang jenis sibuk dan tak ada masa nak gubah sendiri jangan lah risau sekarang ramai yang buat services gubahan hantaran, hantar je pada mereka. Keluar duit sikit berbaloi kalau hasilnya memuaskan kan? Make it easy 😉

 

9. TEMPAH JURUNIKAH @ TOK KADI

Tempah jurunikah atau tok kadi, bunyi nya macam tak ada lah penting sangat. Tapi tanpa tok kadi tak kahwin nanti J

Tempah awal-awal ya, sebab bukan kita je yang nak kahwin banyak lagi pasangan yang nak tempah tok kadi tu, sebaiknya tempah atau minta jurunikah ‘lock’ tarikh untuk majlis kita nanti.

Memudahkan jurunikah untuk uruskan jadualnya.

 

10. SENARAIKAN NAMA & BILANGAN TETAMU

Hal ini sangat penting untuk kita, sebelum nak beli barang dan buah tangan untuk majlis, kita tetapkan dulu bilangan tetamu yang kita nak jemput pada majlis kita nanti.

Bila dah tulis bilangan tetamu dalam masa yang sama kita dah boleh anggarkan berapa bajet dan keperluan perbelanjaan yang kita perlu keluarkan.

Jadi tulis bilangan tetamu yang kita nak jemput.

 

11. TEMPAH KAD KAHWIN

Tempah kad kahwin, ni biasanya setengah pasangan teruja sangat nak pergi tempah kad kahwin ni. Hehe sebab dia nak tempah design yang cantik-cantik. Tapi kena ingat ya tetapkan dulu bilangan tetamu baru tempah. Dinasihatkan tempah seawal mungkin, bila dah dapat persetujuan kedua-dua belah pihak pasangan bolkan untuk menempah kad jemputan. Kerana penempahan kad biasanya mengambil sedikit masa untuk disiapkan.

Meletakkan banting atau plan sangat penting, agar tetamu jemputan kita tahu kemana arah rumah @ tempat majlis dilangsungkan. Tak adalah tetamu tersalah masuk majlis orang lain kan.

kad kahwin murah

Nak kad kahwin murah dan cantik? Order di EZcetak.com

 

12. TEMPAH PELAMIN YANG DI IDAMKAN

Saya pasti untuk tempah pelamin biasanya pasangan dah mula mencari beberapa bulan sebelum majlis. Jadi jika dah berkenan cepat-cepat tempah, bak kata orang bila dah jatuh cinta cepat-cepat sunting takut orang lain masuk dulu. Jadi tempah awal-awal, kalau boleh cari mengikut kesesuaian bajet kita dan yang sedap mata memandang masa Majlis nanti. Pelamin pun kena cantik ok.

pelamin-kahwin

 

13. TEMPAH JURUSOLEK @ MAK ANDAM

Hah yang ini pun sama macam tempah pelamin, tapi lagi penting ni sebab kalau tak ada juru solek mahu kena solek sendiri kak. Jurusolek kat Malaysia sekarang makin banyak yang mahir, kalau dah berkenan boleh tempah dan ‘lock’ untuk majlis kita. Supaya mereka boleh masukkan nama kita dalam ‘booklist tempahan make-up’.

 

14. PILIH BUSANA PENGANTIN

Kebiasaanya bila tempah pelamin dia sekali pakej dengan busana pengantin, tapi terpulang pada kita juga. Kot lah nak tempah di designer lain. Boleh tempah awal-awal. Nanti dah dekat majlis tinggal nak ‘fitting’ je. Plih biar bersesuaian dengan kehendak kita ya. Jadi raja sehari sekali je taw, pilihlah yang cantik lagi sedap mata memandang  🙂

 

15. URUSAN MENEMPAH KANOPI, (KERUSI, MEJA) & KATERING

Untuk menempah kanopi sebaiknya cari lah yang services nya bagus dan berdekatan dengan kawasan rumah kita (tempat majlis). Lebih memudahkan pihak kanopi untuk urus jadual pemasangan. Tempah sekali dengan kerusi dan meja atau alatan dapur untuk memasak bagi yang urus masak sendiri).

Bagi katering, terpulang kepada kita nak tempah service katering yang mana. Tapi mesti kita pilih yang service tip top dan sedap kan. Jangan lupa buat ‘food test’ dulu pilih lauk apa yang kita nak pada hari majlis kita nanti. Tempah bila dah sama-sama setuju boleh buat bayaran persetujuan atau deposit pendahuluan.

 

16. JURU GAMBAR

Proses pencarian jurugambar mungkin juga memakan masa, cari lebih awal. Yang kita mahu kepuasan sebab majlis kita seklai sahaja mesti kita nak semua cantik kan. Pastikan cari jurugambar yang berpengalaman, demi kepuasan kita juga. Mahal tak apa kalau cantik dan puas hati.

 

17. TEMPAH KOMPANG @MARHABAN

Untuk memeriahkan lagi majlis kita, digalakkan tempah kompang, marhaban atau silat mengikut kesesuaian majlis kita. Boleh minta ayah atau keluarga terdekat carikan yang bersesuaian untuk memeriahkan majlis.

 

Okay, bila dah selesai semua apa yang kita senaraikan untuk majlis kita nanti. Boleh lah bakal pengantin berehat atau menenangkan diri. Pergi SPA untuk rehatkan badan dan tenangkan sedikit tekanan sebelum majlis. Sekarang banyak je SPA yang adakan pakej untuk bakal pengantin. Tinggal tempah je 🙂

Moga segala urusan semua bakal-bakal raja sehari dipermudahkan dan semua berjalan lancar. Selamat Menempuhi Hidup Baru untuk bakal raja sehari semua.

 

Salam Sayang untuk,

Semua Bakal Raja Sehari

Tips Jimat Memilih Baju Bridesmaid

Assalamualaikum.w.b.t

Salam sayang buat semua pembaca, selamat berhujung minggu. Hari ini nak kongsi tips-tips untuk bakal bakal raja sehari yang nak sponsor kawan-kawan atau sepupu sepapat jadi bridesmaid.  Tips untuk beli atau pilih baju bridesmaid yang cantik dan murah.

Tadi scroll gambar lepas jumpa gambar bridesmaid yang comel comel lote ni. Hehe angkat bakul :p Jadi apa salahnya kita kongsi pengalaman dan beberapa tips masa cari baju bridesmaid ni.

Belanja dulu gambar bridesmaid yang comel comel ni 😉
 

bridesmaid-malaysia

 

Tips Memilih Baju Bridesmaid 

Tempah Baju 

  1. Seragamkan warna mengikut tema. (bincang bersama bride to be)
  2. Beli kain ela sebab boleh jimat banyak berbanding beli kain potong (4 meter)
  3. Tempah baju di Tailor yang sama
  4. Lepas tu pandai2 lah minta diskaun dekat tailor 😉

Beli Baju Ready Made

  1. Dah seragamkan warna atau colour mengikut tema yang dipilih oleh pengantin 
  2. Cari atau survey design baju yang tepat pada citarasa dan sesuai untuk semua bridesmaid
  3. Cari di kedai atau butik yang jual baju secara borong e.g Kenanga
  4. Pastikan kualiti dan keselesaan baju mengikut kepuasan masing-masing dan sipemakai ya
  5. Dah beli borong boleh minta murah lagi 😉

Tudung @ Shawl 

  1. Untuk bridesmaid semua nak seragamkan, beli kain tudung dan jahit
  2. Potong sendiri siapa yang tahu potong tu ikut je ukuran shawl @ tudung standard dekat rumah
  3. Cari kedai jahit tepi tudung, mesti cantik punya bila dah jahit
  4. Tadaa boleh pakai dah 😉

Mengikut pengalaman sofea sendiri pernah jadi bridesmaid kawan, masa mula-mula tu tak terfikir pun nak cari baju yang boleh jimat kos. 

Dalam kepala otak kita orang masa tu baju ready made sebab last minute. Memang tak sempat kalau nak tempah, tempah untuk 9 orang bridesmaid mahu2 ambil masa sebulan lebih untuk hantar. Jadi semua ambil keputusan beli baju ready made.

Survey punye survey jumpa warna yang sesuai dengan tema yang pengantin tentukan, terus beli. Sebabkan beli borong dapat murah pulak. Kalau bakal2 bridesmaid nak beli baju yang jimat kos. survey awal-awal atau beli masa ada promosi. Masa itu memang boleh jimat sangat-sangat.

Untuk shawl yang semua bridesmaid pakai pun kami beli kain dan hantar jahit tepi. Murah je sangat-sangat jimat.  Kalau ada kawan-kawan yang memang ada mesin jahit dekat rumah lagi jimat boleh buat sendiri 😉 Hehe Seronok bila dapat raikan majlis kawan-kawan. Semoga majlis sofea nanti meriah jugak opss (dah berangan) 

Pada pendapat sofea beli ready made lagi jimat. Sebab kita boleh cari dan banding harga, dah tak payah upah tempah baju. Harga baju yang kami pakai masa majlis kawan tu harga kain sepasang. Lagi murah rasanya, kalau bagi tahu mesti terkejut. Hehe tapi cantik kan. Boleh survey dekat Kenanga,Kuala Lumpur. Banyak sangat pilihan. 

Nak meriahkan lagi majlis perkahwinan kita, comel kan para bridesmaid kita juga yea. Dengan baju yang comel lote 😉

Pinjam gambar google sebab suka tengok bridesmaid yang cantik-cantik ni. Hehe

 

 

 

baju-bridesmaid-malaysia
baju-bridesmaid-malaysia

tips-beli-baju-bridesmaid-malaysia
Semoga beberapa tips ini dapat membantu bakal-bakal pengantin dan bridesmaid bagi memeriahkan majlis anda dan dalam masa yang sama dapat jimat kos untuk sponsor bridesmaid anda.

Salam Sayang,

Sofea