4 Cara Hilangkan Bekas Jerawat Dengan Berkesan

Masalah jerawat dan bekas jerawat adalah masalah yang mampu menghantui semua orang. Sama juga seperti Sofea. Sofea pernah mengalami masalah ini.

Bila jerawat dah kecut, bekas nya pulak membawa masalah pada kita. Huhu stress kan tapi percayalah bekas jerawat boleh hilang dengan beberapa cara yang boleh kita cuba

Sofea kongsikan atas pengalaman Sofea sendiri ya. Moga cara menghilangkan jerawat kali ini dapat membantu anda semua

“Cara Menghilangkan Bekas Jerawat”

1. Skrub

Untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat biasanya kita amalkan skrub wajah 2-3 kali seminggu kan. Selain itu skrub juga merupakan antara salah satu cara menghilangkan bekas jerawat. Ia juga membantu menyingkirkan sel sel kulit mati di permukaan kulit wajah kita.

Cuba skrub wajah 2 kali seminggu dengan konsisten parut atau bekas jerawat akan lebih cepat hilang dan pudar.

2. Vitamin C

Vitamin C sangat terkenal dengan kecantikan. Kerana vitamin C merupakan salah satu vitamin yang membantu menghasilkan kolagen secara semulajadi. Bila lapisan sel kulit cukup kolagen segala parut atau bekas jerawat akan lebih mudah hilang.

Jadi tingkatkan pengambilan Vitamin C untuk membantu menghilangkan bekas bekas jerawat. Ambil Vitamin C yang mempunyai kadar penyerapan secara berperingkat agar lebih cepat dan berkesan dalam menghilangkan & memudarkan bekas jerawat.

Vitamin C yang mempunyai kadar penyerapan secara berperingkat atau Sustained Release ialah SR Vitamin C Shaklee. Sangat recomended.

3. Masker

Lakukan masker 2 kali seminggu. Pakai masker whitening kerana ia mampu menghilangkan bekas jerawat dengan lebih efektif.

Tengok dulu bahan-bahan masker tersebut agar dapat membantu memudarkan bekas jerawat dengan lebih cepat.

4. Pengambilan Protein

Sel terbentuk daripada sumber protein. Pengambilan protein yang mencukupi mampu menghilangkan bekas jerawat dengan efektif. Protein umpama sumber makanan bila kita makan kita kenyang.

Begitu dengan protein, bila kita bekalkan protein yang mencukupi untuk sel kulit kita ia akan lebih sihat dan mudah membantu mempercepatkan masalah bekas jerawat hilang.

Dekat 2 Tahun Sofea mengamalkan pengambilan Set Cantik Shaklee iaitu pengambilan ESP Shaklee & SR Vitamin C

Ini lah hasilnya sangat memuaskan.

testimoni esp shaklee

Jika anda mempunyai masalah sama seperi Sofea boleh cuba cara hilangkan bekas jerawat yang Sofea amalkan hingga ke hari ini. Sangat efektif.

Ataupun jika nak cuba Set Cantik Shaklee boleh hubungi Sofea juga. Siap konsultasi percuma berdasarkan pengalaman sendiri.

Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Produk Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan

Kulit berjerawat umpama mimpi ngeri buat semua orang, tak kira lah wanita atau lelaki. Terdapat banyak faktor atau sebab tumbuhnya jerawat. Sama ada dari pemakanan, pemakaian dan persekitaran. Semua kita kena jaga bagi memastikan kita mendapat kulit yang sihat dan bebas dari jerawat.

Tapi jerawat akan tumbuh tanpa diundang. Bila mana satu dua jerawat tumbuh cepat-cepat ambil tindakan tanganinya sebab takut bila kita biarkan mula tangan gatal usik-usik jerawat tu, ia akan mendatangkan mudarat terhadap kulit muka kita. Kerana bakteria tersebar dengan mudah & cepat.

Sofea kongsikan beberapa cara menghilangkan jerawat dengan cepat & berkesan. Ia tidaklah menjamin 100% keberkesanannya tetapi ia dapat membantu mengurangkan keradangan pada jerawat.

 

cara menghilangkan jerawat dengan cepat

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat & Berkesan

1. Cuci Muka

Untuk menghilangkan jerawat atau membantu melegakan keradangan pada jerawat anda perlu menjaga kebersihan wajah. Basuh muka anda dengan sebaiknya, jerawat terjadi bila mana liang pori muka dipenuhi dengan bakteria. Jadi untuk membantu melegakan keradangan jerawat basuh muka dengan pembersih muka yang bersesuaian dengan kulit muka kita.

Sebaiknya cuci dengan pembersih yang anti-bakteria agar ia dapat membersihkan bakteria jahat dengan lebih cepat. Picitkan sejumlah kecil pembersih muka anda campurkan dengan sedikit air suam dan gosokkan dengan lembut secara membulat di permukaan kulit anda terutamanya di bahagian yang berjerawat. Jangan gosok kuat sebab ia akan mencederakan lagi jerawat tu.

2. Sapu Kiub Ais

Gosokkan kiub ais pada bahagian jerawat sehingga kebas. Ais membantu mengecilkan saiz pori, jadi bila pori-pori makin tertutup jerawat kita juga akan mengecut. Lakukan dengan kerap sebaiknya 2 hingga 3 kali sehari. Kalau jerawat dah ok boleh hentikan sapu kiub ais ni.

3. Sapu Ubat Gigi

Macam tak percaya kan jerawat boleh kecut bila sapu ubat gigi. Tapi ini lah antara salah satu cara menghilangkan jerawat dengan cepat & berkesan. Bila jerawat tumbuh cepat-cepat sapu sedikit ubat gigi dekat jerawat tu. Seeloknya sapu sebelum tidur, sapu rata dibahagian jerawat dan biarkan sehingga esok pagi. Ubat gigi membantu mengeringkan jerawat anda dalam masa satu malam je, dari saiz jerawat besar gedabak tu boleh kecut. Boleh cuba sekarang !

4. Putih Telur

Ini antara yang popular dalam kalangan wanita wanita yang kulit dia flawless bak nelopa. Putih telur dapat membantu menghilangkan jerawat dengan berkesan. Ia dapat mengecilkan pori-pori kulit serta mengurangkan minyak yang berlebihan. Enzim lysozim yang terkandung dalam putih telur dapat menghancurkan dinding sel bakteria yang menjadi punca terbentuknya jerawat.

Jadi boleh sap putih telur pada bahagian jerawat atau amalkan setiap 2 kali seminggu untuk membantu menghilangkan jerawat & bekas jerawat dengan lebih cepat & efisen.

5. Makan Vitamin C

Tingkatkan pengambilan vitamin C masa jerawat menyerang muka kita. Pengambilan Vitamin C adalah penting untuk membantu mengekalkan kulit wajah yang halusย dan gebu. Pengambilan vitamin C yang cukup dapat mengurangkan keradangan jerawat dan mengecutkan jerawat dengan lebih cepat. Vitamin C juga membantu merangsang penghasilan kolagen secara semulajadi.

Jadi pilih Vitamin C yang selamat di makan dan semulajadi. Macam sofea sendiri sofea amalkan pengambilan Vitamin C Shaklee secara konsisten. Alhamdulillah jerawat masa mengandung dah beransur pulih.

Testimoni Pengambilan Sustained Release Vita-C Shaklee

testimoni vitamin c shaklee

“Hanya konsisten makan SR Vitamin C Shaklee Sahaja, jerawat dah bersih, kulit makin cerah lihatlah hasilnya :)”

Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Produk Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

10 Tips Atasi Masalah Jerawat

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini sofea nak kongsi beberapa tips. Insyaa Allah tips yang bermanfaat untuk kita. Tips atau Cara untuk kita tangani masalah jerawat.

Siapa dekat sini yang tak pernah ada jerawat? ada ke? hikhik Rata-rata daripada kita semua pernah ditumbuhi jerawat dibahagian muka betul tak? Lagi-lagi kalau tengah stress, tengah nak hadapi final exam ke, stress kerja ke confirm punya lah jerawat tu mesti bertenggek.

Ada Jerawat? Boleh picit tak?

Setengah daripada kita tak boleh tengok jerawat ni tumbuh mula nak picit dan kacau kan? Suka sangat usik jerawat tu. Hilang ke kalau dipicit? Sebenarnya jerawat ni kalau diusik atau dipicit ia boleh membawa kepada keradangan yang akan menyebabkan jerawat lebih teruk.

Kemungkinan jerawat itu makin besar tumbuhnya kerana keradangan dan akan meninggalkan bekas atau parut dimuka. Buruk kan? Sofea akan kongsikan beberapa tips atau cara  mencegah jerawat daripada terus tumbuh berleluasa. Siapa nak kulit cantik? Jom baca 😍

cara atasi masalah jerawat 


10 Tips Tangani Masalah Jerawat

1.  Jangan Terlalu Kerap Mencuci Muka

Jika kita terlalu kerap mencuci muka dengan kaedah yang kasar atau bahan yang keras ia akan menyebabkan jerawat bertambah teruk. Scrub pun perlu dielakkan jika jerawat anda dalam keadaan teruk. Scrub muka adalah bagus untuk menghilangkan kotoran degil tetapi jika kita terlalu bertenaga masa scrub tu ia akan menyebabkan keadaan jerawat menjadi merah akibat keradangan.

Seeloknya, basuh muka dan kawasan yang berjerawat 2 kali sehari menggunakan pembersih yang lembut. Dan kaedah urutan yang lembut dan halus.

2.  Guna Pencuci Muka Bebas Minyak

Untuk anda yang mengalami masalah jerawat, elakkan membeli dan menggunakan pembersih muka yang berminyak. Kerana ia tidak sesuai dengan keadaan kulit. Keadaan kulit yang berminyak akan menyebabkan pori-pori tersumbat. Bila pori-pori tersumbat jerawat pun akan terbentuk. Oleh itu, guna pencuci yang bebas minyak (oil-free) agar dapat merawat dan melegakan radang jerawat secara perlahan.

Pakar Dermatologi menyarankan untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat boleh pilih pencuci muka yang mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid. Boleh rujuk di bahagian kandungan belakang produk.

3.  Tidak Perlu Tinggalkan Makanan Kegemaran Anda

Terdapat beberapa mitos mengatakan bahawa makanan kegemaran seperti coklat dan pizza adalah punca tumbuhnya jerawat. Jerawat terjadi apabila liang pori tersumbat disebabkan kulit yang berminyak, sel kulit rosak dan bakteria yang menyebabkan keradangan. Tetapi jika setengah makanan yang anda perhati kalau lepas makan akan tumbuh jerawat cuba elakkan. Kalau makanan kegemaran kita tu sedap plus ok je makan tak ada jerawat tumbuh. Teruskan makan okay ๐Ÿ˜‰

4.  Jangan Guna Kosmetik/Make up yang berat

Tinggalkan kosmetik yang berat dan yang berasaskan minyak. Macam mana nak tahu? Boleh tengok pada jenis dan pada kandungan kosmetik sebelum anda nak beli ya. Kebiasaanya, creamy foundation dan blushy akan menyebabkan pori-pori tersumbat jika tidak sesuai dengan kulit kita. Jadi, kalau nak beli kosmetik beli yang berasaskan mineral dan dalam posisi serbuk kerana ia lebih sesuai dan ringan untuk sesiapa yang mengalami kulit berjerawat.

5.  Guna Foundation yang Bebas Minyak (Oil-Free)

Sebelum bersolek atau make-up pastikan anda menggunakan foundation yang bebas minyak. Dan pastikan selepas mengenakan solekan pada wajah cuci dengan bersih walaupun masa itu anda penat atau letih.

6.  Elakkan Guna Produk Rambut yang Berminyak

Dengan menggunakan produk minyak rambut yang banyak seperti gel boleh menyumbatkan liang pori wajah anda. Ia terjadi apabila rambut anda yang berminyak itu tadi menyentuh bahagian wajah anda, seperti pipi atau dahi. Dan jika anda mempunyai jenis rambut yang berminyak cuba cuci atau syampoo setiap hari untuk mengelakkan liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.

7.  Jangan Sentuh Muka Anda

Kalau jerawat mula tumbuh, kecik atau besar jangan sentuh atau usik jerawat anda kerana ia akan menyebabkan keradangan menjadi lebih teruk. Tangan kita ni berbisa, kalau ada jerawat tumbuh kita usik ia akan menyebabkan jangkitan bakteria dan menjadikan jerawat semakin teruk. Bila dah teruk nak rawat jerawat makin susah dan mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih.

8.  Jangan Picit Jerawat Anda

Memicit atau menekan jerawat anda akan menyebabkan keadaan lebih teruk. Malah ia akan melambatkan penyembuhan dan akan meninggalkan parut berlubang pada wajah anda. Jadi jangan amalkan untuk memicit jerawat ye.

9.  Jangan Guna Ubat Jerawat Secara Terus

Maksudnya disini, kita tak digalakkan untuk menggunakan ubat secara terus menerus tanpa dibantu dengan rawatan pembersihan lain. Penyembuhan Jerawat mengambil masa, mungkin 2-4 bulan untuk sembuhkan sepenuhnya. Jadi jangan anggap dengan guna 1 ubat jerawat akan hilang sekelip mata. Bukan magik ok ๐Ÿ˜‰ Penjagaan yang khusus juga diperlukan untuk merawat jerawat yang serius.

Saya nasihatkan, kalau jerawat anda berada ditahap yang teruk sebaiknya bawa jumpa doktor atau pakar penjagaan kulit bagi membantu merawat dan meredakan kerosakkannya.

10. Ikat Rambut Dengan Kemas

Apa kena mengena rambut dengan jerawat? Macam sofea terangkan tadi bila rambut berminyak kemungkinan besar akan menyebabkan liang pori tersumbat. Jadi kalau anda ada masalah jerawat pastikan anda ikat rambut anda dengan kemas dan elakkan daripada ia terkena wajah.

 

Beberapa tips yang sofea kongsikan ni, ada satu atau dua yang selalu kita ambil mudahkan. Bila jerawat dah teruk baru sedar. Jadi mulakan penjagaan daripada hari ini. Jangan ambil ringan dengan tips-tips yang mudah kacang ni okay. Kita semua nak kulit yang cantik halus gebu kan. Moga 10 tips mudah ini dapat membantu anda semua. Insyaa Allah ada kelapangan waktu sofea akan kongsikan lagi tips-tips berguna buat pembaca kesayangan semua ๐Ÿ™‚

Salam Sayang,

Sofea  ๐Ÿ™‚