Resepi : Lontong Kuah Lodeh Menu Berbuka Puasa

Semalam ahad hari cuti, jadi rajinkan diri untuk masak menu berbeza dari hari biasa. Tapi nak yang mudah & cepat penyediaannya memandangkan si kecik baru lepas demam meragam dia tak habis lagi. Tiba-tiba teringin nak -berbuka lontong. Jadi tadi pagi terus pegi kedai beli bahan bahan, lontong dah ada siap masak masa bangun sahur. Jadi tinggal nak siapkan kuah sahaja.

Bahan-Bahan Lontong Kuah Lodeh Untuk 4 Orang Makan

resepi lontong kuah lodeh sedap

“Gambar ehsan cik google, tak sempat nak snap. Seakan macam ni lah hasilnya. Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka & menu hari raya – Lontong Kuah Lodeh”

Bahan A – Untuk Kuah Lodehย 

  • 3 Biji Bawang Merah
  • 2 Biji Bawang Putih
  • 2 Hiris Halia
  • 1 Ulas Serai
  • Sedikit Ketumbar
  • Secubit Jintan
  • 4 Biji Cili Api
  • 2 Hiris Kunyit
  • sedikit ikan bilis

Bahan B

  • Sebiji Kelapa – Perah ambil santannya
  • Cili Kering & Bawang – untuk Buat sedikit sambal
  • Tauhu Kering
  • sedikit Suon
  • Tempe
  • Karot
  • Kacang Panjang
  • Sayur Gubis
  • Telur 3 biji – Rebus

Cara-caranya

  1. Kisarkan semua Bahan A di atas sehingga halus
  2. Tumiskan terlebih dahulu sehingga masak & keluar minyak
  3. Sementara tunggu rempah masak boleh goreng tempe jangan terlalu garing goreng ala kadar sahaja
  4. Potong sayur karot, kacang panjang & gubis
  5. Setelah rempah masak, masukkan kesemua sayur, tempe & tauhu ke dalam periuk bersama rempah
  6. Gunakan santan cair & hidupkan api perlahan sehingga sayur mendidih
  7. Letak garam secukup rasa
  8. Masukkan sedikit suon kedalam nya
  9. Setelah mendidih tambahkan santan pekat
  10. Timba secara perlahan kuah tersebut sehingga mendidih
  11. Selepas itu buat sambal sedikit bagi menyedapkan rasa sewaktu makan
  12. Kisar Cili Kering + Bawang, selepas itu goreng sehingga masak.
  13. Masukkan garam & gula secukup rasa & ikan bilis

Setelah semua masak boleh sedia untuk di hidang sewaktu berbuka. Kalau ada serondeng lagi sedap jadi kalau rajin buat la ye kalau tak pi beli hihi

Sofea da siap ada serondeng ikan jadi tinggal nak letak je. Jadi menu berbuka setelah 9 hari berpuasa ialah Lontong Kuah Lodeh. Rasa nya? Mesti lah sedap kan. Selamat mencuba semua ๐Ÿ™‚

 

Resepi : Lontong Goreng

Lontong Goreng sarapan paling favourite sangat taw. Tambah dengan lauk paru sambal licin pinggan hingga menjilat jari Hihi.ย Macam pelik je kan, tapi sedap & mudah buatnya. Jom cuba.

Lontong Goreng

resepi lontong goreng

Bahan-Bahan

Bahan A

  1. Lontong

Bahan B

  1. 4 ulas bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 4 biji Cili Merah
  4. Secubit Belacan
  5. Segenggam Ikan Bilis

Bahan C

  1. Telur
  2. Daun Sup

Cara-Cara

  1. Rebus lontong terlebih dahulu.
  2. Dah masak boleh sejukkan dan potong siap-siap
  3. Blend semua bahan B sehingga halus
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan B yang telah diblend tadi
  5. Masukkan sedikit garam secukup rasa
  6. Masak Bahan B sehingga naik minyak
  7. Bila rempah dah masak kecilkan api dan masukkan telur
  8. Gaul sehingga telur masak & sebati
  9. Bila telur dah masak. Masukkan lontong yang telah dipotong
  10. Campak-campak sikit daun sup tu biar wangi & sedap
  11. Gaul sehingga rata semua rempah dengan lontong tu

Tadaa siap dah. Dah boleh hidang untuk sarapan pagi. Nama je macam pelik sebab tak pernah try kan? Tapi sama je macam masak nasi goreng Haha

Ok. Selamat Mencubaย  ๐Ÿ˜‰

3 Langkah Mudah Masak Spaghetti Aglio Olia

Assalamualaikum.w.b.t

Salam Ramadhan semua, apa khabar sihat? Hari ini nak kongsi satu resepi yang mudah lagi ringkas. Kalau rajin ke mengidam ke boleh buat untuk hidangan berbuka ya. Hehe
resepi-spaghetti-goreng-aglio-olio

Spaghetti Goreng ni ala ala Spaghetti Aglio Olio, jadi ke tak jadi makan jea. Hehe janji sedap okayh. Nak tahu macam mana sedap? Bila orang yang makan tu minta untuk tambah lagi dan lagi tu makna nya sedap ๐Ÿ˜‰

Spaghetti Aglio Olia

Bahan-bahan

  • Spaghetti @ (saya guna Vermecelli brand San Remo sbb lagi halus)
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • Chili Flakes
  • Oregano
  • Daun Parshley
  • Cheese Sosej brand Ayamas
  • Olive Oil


3 Langkah Mudah

  1. Rebus
  2. Goreng
  3. Gaul 

Nampak macam mudah kan?  Eleh 3 langkah mudah tu je semua orang boleh buat. Bukan nampak mudah memang mudah ๐Ÿ˜‰ Jom Cuba kalau tak percaya.

  1. Rebus terlebih dahulu spaghetti mengikut berapa hidangan yang kita nak makan (angkat dan biarkan sekejap bagi air2 rebusan tu kering sikit)
  2. Potong halus 2 ulas bawang putih , panaskan olive oil dan goreng bawang sehingga masak @ kemerah-merahan
  3. Masukkan bahan-bahan seperti chili flakes, oregano dan daun parshley ke dalam kuali yang ada bawang tadi
  4. Masukkan spaghetti dan gaul sehingga rata
  5. Jangan lupa masukkan cheese sosej dan gaul lagi sekali sehingga rata

Tadaa dah siap paling mudah dan ringkas. Kegemaran sangat ๐Ÿ˜‰ Kalau nak tambah udang ke sayuran ke bole jea tambah. Sofea tak boleh makan udang sangat sebab tu tak guna.

Hidangan yang ringkas untuk berbuka puasa nak buat bukan bulan puasa pun boleh. Senang kan? Selamat Mencuba ๐Ÿ™‚
Salam sayang,

Sofea

 

Resepi Roti Sosej Goreng Rangup Untuk Juadah Berbuka Puasa

Assalamualaikum.w.b.t

Salam Ramadhan semua kesayangan saya ๐Ÿ˜‰ Alhamdulillah hampir separuh dari bulan Ramadhan telah kita lalui. Moga Allah memberi kesempatan untuk kita merasai hingga ke hujung ramadhan pada tahun ini. Amin

Hari ini, sofea nak kongsi satu resepi yang mudah lagi senang untuk buat juadah moreh berbuka puasa. Untuk kurangkan belanja dibazar boleh cuba resepi ini ya. 

Roti Sosej Goreng

  

Bahan-bahan

  1. 1 Pack Roti Keping
  2. 1 biji Telur
  3. Sosej
  4. Breadcrumps

Cara-cara

  1. Rebus sosej terlebih dahulu (saya rebus untuk kurangkan penggunaan minyak)
  2. Lenyek kepingan roti sehingga nipis
  3. Bila sosej dah masak angkat dan biarkan seketika
  4. Gulung sosej pada kepingan roti yang dah nipis tadi
  5. Gam kan sedikit bahagian hujung dengan telur
  6. Celup roti yang dah siap digulung dengan telur 
  7. Oleskan breadcrumps dengan rata di sekeliling roti
  8. Dan goreng sehingga agak kekuningan
  9. Bila semua dah goreng sedia untuk dihidangkan

Senang dan cepat kan? Untuk bulan ramadhan ni boleh guna resepi ini untuk juadah berbuka nanti. Selamat Mencuba semua. 

Salam sayang,

Sofea