Cara Turunkan Kolesterol Dengan Berkesan

Kolesterol yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan terjadinya pelbagai penyakit. Antaranya ialah darah tinggi dan sakit jantung. Kolesterol mempunyai 2 jenis iaitu kolesterol jahat dan baik. Kolesterol jahat dikenakali sebagai Low Density Lipoprotein (LDL) manakala kolesterol baik dikenali sebagai High Density Lipoprotein (HDL).

Kehadiran Kolesterol yang tinggi boleh dikesan melalui beberapa cara. Selain memeriksa ke doktor, atau farmasi kita boleh kesan tahap kolesterol yang tinggi dalam badan dengan beberapa tanda berikut.

Cara turunkan kolesterol

 

“Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan”

? Timbul bintik-bintik putih dibahagian bawah mata dan muka
? Penat & Cepat Mengantuk
? Sakit Bahagian Kaki
? Mudah Letih
? Jantung terasa sakit & sering berdebar-debar
? Berlaku krem ketika dimalam hari
? Rasa tegang & sakit di tengkuk

Jika anda mempunyai salah satu atau lebih tanda tanda seperti di atas. Segera berjumpa doktor atau ke farmasi untuk membuat ujian bacaan kolesterol dalam badan kita. Cegah sebelum terlambat itu lebih baik kan.

Hari ini Sofea nak kongsikan beberapa cara turunkan kolesterol dalam badan.

Cara Turunkan Kolesterol Yang Tinggi

1. Kawal Pengambilan Makanan

Untuk memastikan berlakunya penurunan kolesterol dalam badan pastikan kita menjaga pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang. Seeloknya pengambilan makanan mengikut garis panduan pyramid makanan.

Kerana ia lebih tepat dan baik untuk membantu kita mengenal pasti makanan yg tinggi kolesterol atau tidak.

2. Bersenam

Kolesterol tinggi boleh dikurangkan melalui senaman. Bila bersenam badan mampu membakar lemak lemak kepada tenaga. Dan membantu menurunkan kolesterol sedikit demi sedikit.

3. Elak Makanan Yang Tinggi Kolesterol

Elakkan memakan makanan yang tinggi kolesterolnya. Seperti udang, sotong, ketam dan seafood yang lain.

4. Amalkan Pengambilan Minyak Ikan

Amalkan pengambilan minyak ikan yang kaya dengan Omega 3. Omega 3 boleh membantu membakar dan mengikis lemak. Jadi sekaligus ia bantu menurunkan kolesterol dalam badan kita

Ubah dan rawat dari sekarang. Jangan biarkan kesihatan kita menghantui kehidupan kita. Semua orang mahukan badan yang sihat dan cergas. Jom tingkatkan kesihatan dengan menurunkan kolesterol dari sekarang ?

Ubat Gastrik Terbaik

Gastrik merupakan satu penyakit yang biasa kita dengar dikalangan masyarakat masa kini. Ia menyerang tidak mengenal usia.

Gastrik dalam istilah perubatan yang dikenali gastritis merupakan penyakit keradangan pada dinding atau mukosa perut yang mempunyai rawatan efektif. Gastrik merupakan penyakit yang berpanjangan akan tetapi ia masih boleh diubati dan dirawat.

“Jenis-Jenis Gastrik”

1. Akut – Apabila keradangan berlaku secara mengejut. Lazimnya disebabkan oleh gabungan rasa panas membakar atau ketidakselesaan dibahahian atas abdomen @ hulu hati.
2. Konot – Ia terjadi secara perlahan-lahan dan dalam jangka masa yang panjang. Ia cenderung menyebabkan kesakitan atau rasa terlalu kenyang dan hilang selera makan

“Punca-Punca Gastrik”

* Merokok
* Pengambilan ubat penahan sakit terlalu kerap seperti aspirin,ibuprofen dan naproxen
* Pengambilan alkohol yang berlebihan
* Terlampau stress
* Pengambilan makanan dan minuman yang bersifat menghakis
* Jangkitan kuman / perasit
* Rembesan asid gastrik yang berlebihan

Gastrik masih boleh dirawat dan diubati. Asalkan kita kuat untuk berpantang. Sofea sendiri pernah mengalami gastrik tetapi tidak terlalu teruk. Ia masih boleh dirawat.

Gastrik biasanya sering menyerang terutamanya ketika bulan puasa. Alhamdulillah Sofea lulus dari gastrik ketika puasa lepas. Rahsianya jaga pemakanan dan ambil suplemen ESP Shaklee.

ESP Shaklee merupakan susu Protein Soya Non-GMO yang dapat membantu mengurangkan dan melegakan kesakitan ketika diserang gastrik. Selepas minum ESP perut rasa lega dan sejuk je. Protein yang dibekalkan mampu menyejukkan permukaan usus dan menyeimbangkan keasidan perut kita.

Bukan Sofea sahaja yang dah rasa keberkesanan ESP dalam membantu melegakan gastrik. Ramai lagi yang dah mencubanya dan rasai kesannya.

Kita baca testimoni pesakit gastrik yang dah merasai keberkesan selepas mengambil ESP Shaklee ?

ubat gastrik terbaik

 

image

 

Esp shaklee

Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Produk Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

 

My SuperDuperBest Daily Supplement <3

Assalamualaikum.w.b.t

Alhamdulillah, hari ini kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati kehidupan oleh Allah s.w.t. Apa khabar semua sihat hari ni? Harapnya semua dalam keadaan baik dan sihat. Okay hari ini Sofea nak kongsi kan satu rutin harian yang Sofea amalkan setiap hari. Rutin harian apa tu? Hehe Rutin pengambilan suplemen setiap hari.

 

vitamin-c-shaklee-asid-folik-terbaik

 

Sebelum ini Sofea tak pernah ambil apa-apa suplemen untuk kesihatan tubuh badan. Yang makan asyik ubat klinik je bila sakit, suplemen tak pernah. Sebab tak pernah ambil tahu suplemen ni apa. Hehe Eh tapi suplemen dengan ubat berbeza ye jangan salah faham pulak.  Nak fahamkan apa beza suplemen & ubat KLIK SINI  Sofea ada terangkan sikit perbezaannya yang memang berbeza. Klik ok

Sejak kenal Shaklee Sofea dah mula yakin dengan pengambilan suplemen bagi menjamin  kesihatan yang berpanjangan. Selepas konsisten pengambilan suplemen ni Sofea dah rasa perbezaan nya. Kalau macam dulu selalu demam, selsema mudah terkena jangkitan Alhamdulillah sekarang jarang kena jangkitan dan demam.

Hebat sangat ke suplemen Shaklee ni? Lumba siapa hebat hehe bagi saya hebat atau tidak tak penting, yang penting adalah keberkesanannya pada diri kita. Eh terpanjang pula membebelnya. Okay sofea kenalkan ini suplemen  yang Sofea amalkan setiap hari.

  1. ESP (Energizing Soy-Protein)
  2. Sustained Release Vita-C
  3. B-Complex

 

vitaminCshaklee-vitaminB-folikasid-terbaik

 

Ketiga-tiga suplemen tu adalah suplemen dan vitamin asas yang Sofea amalkan, macam Sofea cerita mula-mula dulu Sofea kenal Shaklee sebab acah nak kurus mula ambil ESP lepastu sambung pulak Vita-C dan  seterusnya baru Sofea tambah suplemen @ vitamin Shaklee yang lain.

Kesannya? Alhamdulillah pernah lose weight sampai 4 KG lepas minum ESP walaupun sekarang dah naik balik sebab bahagia kerja makan jea huhu (cover perut) Dan makan SR VITA-C makin hari makin nampak perubahannya walaupun kulit muka tak plawless macam Nora Danish. Makan B-Complex sebab nak kurangkan stress maklumlah kerja + buat persiapan kan macam-macam fikir. Legakan stress dengan pengambilan B-Complex tak adalah jerawat naik menderu-deru kan.  Lagi satu ia baik untuk wanita yang dalam perancangan untuk hamil atau bakal-bakal pengantin yang nak cepat dapat baby tu boleh try jugak okay. I makan untuk stress je okayh kalau dapat nanti bonus la tu. Huhu

Dan buat masa sekarang Sofea tambah lagi makan GLA Complex untuk bantu seimbangkan hormon dalam badan. Insyaa Allah GLA dah banyak bantu kawan-kawan Sofea yang lain . Mudah-mudahan kali ni dengan izin Allah dapat membantu masalah Sofea pulak.

 

vitamincantik-shaklee-kulitcantik-folik-asid-terbaik-untuk-wanita

 

Sekali SHAKLEE Selamanya Tetap SHAKLEE 😉 Tak pernah terfikir dulu masa mula-mula ambil ESP Shaklee tu akan konsisten makan Shaklee, hehe terjebak pulak. Terjebak demi kebaikan. Seronok sebenarnya ambil suplemen bila kita rasa badan kita lebih sihat dan cergas kan bukan nak bergantung pada suplemen tapi dengan keadaan sekeliling kita sekarang kita perlu lebih prihatin terhadap kesihatan tubuh badan kita. Mana tahan tiap bulan nak makan ubat klinik kan. Mencegah itu lebih baik daripada merawat, jadi cara nya jaga kesihatan kita dengan teratur dan selamat.

Lagi satu Produk Shaklee adalah di jamin sentiasa selamat, berkesan dan sentiasa semulajadi. Jadi tak takut, pilihan kan di tangan kita jadi buat lah pilihan yang terbaik untuk kesihatan diri kita okay.

Sofea doakan semua sahabat-sahabat Sofea diberi kesihatan yang berpanjangan. Amin

Salam Sayang,

Sofea @ Cik Pia

Atasi Ruam Bayi Dengan Krim Semulajadi

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini sofea nak kongsi dengan mommy2 semua cara nak atasi ruam pada anak-anak. Rasanya ramai mommy2 yang ada masalah sama kan pada anak-anak.

Terutamanya pada yang tak sesuai dengan lampin bayi pakai buang atau pun ruam susu.

Apa itu Ruam?

Ruam adalah masalah kulit yang menjadi kemerah- merahan atau kasar pada bahagian pipi, leher, dagu atau bahagian anggota badan yang lain.

Ramai mommy-mommy beranggapan ruam pada baby disebabkan oleh ruam susu. Ya memang betul. Ruam susu biasanya tetapakan berlaku pada bayi apabila bayi minum susu campuran sama ada susu formula atau susu ibu.

Ruam susu atau ekzema biasanya akan berlaku apabila bayi tidak serasi atau terdapat alahan pada susu formula. Tak serasi dengan susu ibu pula adalah berpunca daripada pemakanan si ibu yang boleh menyebabkan bayi mendapat alahan dan menimbulkan ruam.

 

cara-hilangkan-ruam-baby

Menurut Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul berpendapat bagi mengurangkan kesan alahan yang di alami oleh bayi, ibu digalakkan untuk menukarkan susu formula kepada susu protein atau pun yang terbaik iaitu susu ibu sendiri.

Antara Cara Lain Untuk Menghilangkan @ Mengurangkan Ruam

Ruam atau ekzema juga boleh dirawat atau dikurangkan dengan cara-cara yang berikut :-

  1. Ibu perlu memastikan setiap makanan yang diberikan pada bayi selamat untuk dimakan tanpa sebarang alahan
  2. Ibu perlu segera membersihkan sisa susu ibu yang ada dibahagian pipi bayi bagi mengelakkan tindak balas bakteria dan fungus terhadap kulit bayi
  3. Ibu perlu menjaga pemakanan yang diambil bagi mengelakkan alahan terkena kepada bayi dan akan menimbulkan ruam
  4. Ibu perlu memastikan bayi sentiasa berada dalam keadaan bersih bagi memastikan keselesaanya

 

Dr Anthony James Mansul juga menasihatkan agar para ibu tidak perlu risau kerana ruam hanyalah bersifat sementara dan ia akan hilang dengan sendiri cuma mengambil masa untuk pulih seperti biasa. Jika ruam makin hari bertambah teruk dinasihatkan untuk membawa bayi berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Selain itu juga, penggunaan sabun pembersih yang mengandungi bahan-bahan kimia juga mampu memberi alahan terhadap bayi kita. Jadi dinasihatkan untuk mencuci pakaian bayi, ibu haruslah menggunankan sabun pembersih yang tanpa bahan kimia seperti bahan pewangi dan pembersih yang merbahayakan. Sebaiknya cuci pakaian bayi dengan sabun yang 100% diperbuat daripada bahan semulajadi.

Untuk cara lain mommy2 juga boleh menggunakan krim sapuan yang bersifat sejuk bagi melegakan kerangsangan kulit bayi dan mengurangkan kemerah-merahan ruam dikulit nya. Krim yang popular sekarang ni untuk atasi ruam pada bayi ialah Krim Herbal Blend. Ia banyak membantu mommy2 yang bayinya mengalami ekzema @ ruam di bahagian pipi akibat alahan susu atau dipanggil ruam susu.

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee

Herbal Blend Multi-Purpose Cream adalah krim yang dihasilkan daripada tumbuhan herba semulajadi seperti sage, horse chestnut, yarrow dan juga rosemary. Krim ini telah pun diuji secara klinikal dan dijamin selamat untuk penggunaannya.


Krim Ajaib untuk pelbagai kegunaan. Herbal Blend juga boleh digunakan sebagai losyen harian juga, bila ruam anak dah ok masih boleh teruskan penggunaan herbal blend untuk losyen harian. Sejuk bermentol dan wangi memang semua orang suka.

Testimoni Herbal Blend Untuk Ruam




Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkannya, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Multivitamin Terbaik Untuk Perkembangan Pesat Kanak-Kanak

Assalamualaikum.w.b.t

Buat semua pembaca tersayang, terima kasih sebab sudi singgah di blog saya. Pada hari ini sofea nak kongsikan beberapa info dan kelebihan tentang satu produk yang digemari oleh kebanyakkan anak-anak kita. Iaitu Multivitamin Vita-Lea For Children.

Multivitamin Untuk Anak-Anak

Cuba kita perhatikan pemakanan anak-anak pada hari ini? Adakah ianya sihat? Dan adakah ianya menjamin pembekalan nutrisi yang cukup untuk anak-anak kita?

Berdasarkan pemerhatian pada hari ini, makanan segera adalah antara makanan kegemaran anak-anak pada hari ini. Makanan segera adalah makanan yang kurang sihat. Tak kira lah untuk anak-anak atau orang dewasa.
Jadi bagi memastikan keperluan nutrisi penting cukup untuk perkembangan anak-anak ibu bapa harus prihatin dengan setiap makanan yang dibekalkan setiap hari. Atau bekalkan setiap hari mereka dengan multivitamin yang terbaik.

Multivitamin Terbaik

Pada masa kini ibu bapa dah tak perlu risau lagi dengan kekurangan nutrisi untuk perkembangan anak-anak. Kerana Shaklee telah mengeluarkan satu produk Multivitamin terbaik untuk kanak-kanak. Iaitu Vita-Lea For Children.

Multivitamin Vita-Lea For Children

vitalea-for-children-shaklee

 

Vita-Lea For Children merupakan Multivitamin yang mengandungi 18 jenis vitamin dan mineral perlu. Yang terdiri daripada 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 Vitamin B.

Formula yang diperbaharui datang dengan rasa anggur semulajadi dan bebas gluten. Ia juga menggunakan pemanis semulajadi yang tidak akan merosakkan gigi kanak-kanak iaitu xylitol.

Perbandingan Multivitamin Shaklee

vita-lea-for-children-shaklee

 


Sesuai Untuk Umur Berapa?

Multivitamin Shaklee sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun. Amat sesuai untuk bekalan tumbesaran mereka. Sesuai dengan kelasakan mereka nutrisi yang mencukupi amat diperlukan bagi menjamin tumbesaran yang sihat dan baik.

 

kelebihan-vita-lea-for-children

 

 

Hanya dengan 1 tablet Vita-Lea For Children mampu membekalkan nutrisi yg sama dengan 3-4 kali ganda hidangan harian. Banyak kan? Kalau ikutkan nak makan hidangan tu semua mahu senak perut anak-anak kita.

Jadi sekarang tak perlu risau lagi. Bekalkan mereka dengan Vita-Lea for Children sahaja. Senang lagi berkhasiat.

Bagaimana Untuk Dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Vita-Lea For Children seperti di atas , saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Performance Drink Minuman Kecergasan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.w.b.t

Hari ini, sofea nak kongsi pulak tentang minuman isotonik kegemaran ramai. Iaitu Performance Drink dari Shaklee.

Siapa yang suka minum air isotonik sebelum ni?

Ramai kan, saya tahu memang ramai yang suka minum air isotonik untuk mengekalkan kecergasan tubuh sepanjang  hari. Lebih-lebih lagi lara atlet atau mereka yang aktif bersukan.

Tapi apa istimewanya air isotonik Shaklee berbanding dengan air isotonik jenama lain?

Air Isotonik Shaklee, Performance Drink adalah air isotonik yang Istimewa berbanding yang lain. Kerana Performance Drink Shaklee mengandungi kandungan gula yang sangat rendah dan tidak mengandungi karbonat jika dibandingkan dengan air isotonik yang lain.
Peranan utama Performance Drink adalah mengawal dan menyeimbangkan paras bendalir di dalam tubuh badan kita.  Untuk bulan puasa ni, Performance Drink sangat sesuai di minum waktu berbuka puasa. Sangat segar, haus hilang orang kata. Huhu 😉


Minum Performance Drink DiBulan Ramadhan

Memandangkan cuaca panas semasa bulan puasa ni, amatlah sesuai kita berbuka dengan Performance Drink. Selain memberikan kesegaran, ia juga membantu penghidratan sempurna didalam badan dan membantu mengekalkan tenaga.

Minum lepas waktu berbuka, sangat segar diminuk sejuk-sejuk. Terawih pun lebih bertenaga tak ada lah mengantuk dengar tok imak ceramah kan.

Kelebihan Performance Drink

  • Tidak berkarbonat
  • Rendah Kandungan Gula
  • Megandungi Elektrolit seperti sodium, potasium & magnesium untuk mengekalkan keseimbangan cecair badan
  • Kurangkan Kekejangan
  • Meningkatkan Prestasi Ahli Sukan
  • Mencegah Penyahidratan – elak rasa haus
  • Mengekalkan paras gula dalam darah

Bagaimana Untuk Dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Performance Drink seperti di atas , saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878Email : dsafiyahh@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.