Soal Jawab Tentang Omega Guard Minyak Ikan Shaklee – Part I – Diarysafiyah

Omega Guard Shaklee ialah suplemen kesihatan yang berasaskan minyak ikan. Ia berasaskan minyak ikan tulen dari laut dalam.

Proses penghasilan Omega Guard ini melalui proses penyulingan ultratulen 3 molekul berperingkat untuk menapis logam berat & bagi menjamin kualiti nya yang tinggi.

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak Omega 3 yang tinggi sebanyak (330mg), EPA sebanyak (180mg) & DHA (120mg) dalam setiap kapsul yang dibekalkan.

Masih ramai yang keliru dengan kebaikan & manfaat Omega Guard Shaklee, disini saya ingin berkongsi beberapa soal jawab yang dikongsikan oleh Puan Sarah, Pakar Nutrisi Shaklee.

15 SOAL JAWAB OMEGA GUARD SHAKLEE

1. Ubat Cair Darah 

Soalan 1 : Boleh ke Pesakit yang ambil ubat cair darah makan Omega Guard Shaklee ?

Jawapan : Untuk Pesakit yang mengambil ubat cair darah, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat Doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan seperti minyak ikan atau Omega Guard Shaklee. Minyak ikan merupakan salah satu yang membantu mencairkan darah. 

2. Had Umur 

Soalan 2 : Start umur berapa boleh makan @ ambil Omega Guard Shaklee?

Jawapan : Soal had umur bagi pengambilan suplemen tambahan minyak Ikan Shaklee adalah disarankan kepada golongan dewasa. Untuk golongan kanak-kanak 2 tahun ke atas dengan dos yang sedikit sebelum ini adalah dibenarkan akan tetapi tiada kajian pada kanak-kanak & requirement pada label, ia adalah lebih baik disarankan pada olongan dewasa sahaja.

3. Bilangan Pengambilan Mengikut Umur

Soalan 3 : Berapa biji kapsul Omega Guard yang perlu diambil mengikut peringkat umur?

Jawapan : Untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas pengambilan yang disarankan adalah 3 Biji Sehari.

4. Cara Pengambilan Omega Guard Untuk Asma

Soalan 4 : Bagaimana Pengambilan Omega Guard untuk pesakit Asma atau mereka yang sering mengalami masalah batuk?

Jawapan : Mengikut saranan yang di cadangkan pada botol adalah 3 biji sehari sahaja, jika mereka dalam masa sama ada megambil ubat dapatkan nasihata daripada Doktor terlebih dahulu dan  perlu menjarakkan masa pengambilan ubat & Omega Guard.

5. Terlebih Dos? Apa Kesannya?

Soalan 5 : Jika makan Omega Guard lebih dari yang disarankan seperti yang tertera pada botol iaitu 3 biji sehari selepas makan, Apa Kesan Sampingannya?

Jawapan : Kesannya bergantung pada setiap individu, jika individu tersebut perlu atau memang digalakkan mengambil lebih 1000mg sehari adalah tiada kesan sampingan yang perlu dibimbangkan. Dapatkan nasihat daripada SID bertauliah anda terlebih dahulu bagi mendapatkan Dos mengikut masalah anda.

6. Dos Cadangan Omega Guard Untuk Ibu Hamil

Soalan 6 : Adakah dos Omega Guard untuk Ibu Hamil sama dengan orang biasa?

Jawapan : Ya, dos yang disarankan untuk ibu hamil adalah sama seperti yang lain. Iaitu 3 biji sehari, kecuali ibu tersebut ada mengambil ubat darah tinggi dari Hospital. Perlu merujuk Doktor untuk mengambil Omega Guard Shaklee.

7. Omega Guard Bantu Kuruskan Badan

Soalan 7 : Bagaimana Omega Guard boleh membantu untuk menguruskan badan & membakar lemak?

Jawapan : Omega Guard sebenarnya membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dalam badan yang berada di dalam salur darah.

Ada lagi 7 soal yang jawab yang bakal Sofea kongsikan bersama anda. Nantikan Soal Jawab Mengenai Omega Guard Minyak Ikan Shaklee di Part II.

Nak Dapatkan Produk Shaklee? Hubungi Saya Sekarang Sepeti Talian Di Bawah :

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:- Nama : Sofea Effendi ID Shaklee : 1098878 Email : safiyah.shaklee@gmail.com

Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259