Cyst & Kehamilan

Soya Bahaya Untuk Pesakit Cyst, Fakta atau Mitos?

Benarkah seperti yang diwar war kan soya merupakan penyebab Ovarian Cyst? Ada yang berpendapat besar soya merupakan punca berlakunya Cyst yang dialami oleh wanita. Tetapi Sejauh mana kebenarannya.

Ovarian Cyst merupakan kantung kecil (follicle) yang dipenuhi dengan cecair (fluid-filled sacs) yang berkembang dan terjadi di ovari wanita. Hal ini dikatakan terjadi kerana adanya gangguan hormon yang boleh menyebabkan berlakunya cyst.

Cyst terjadi kerana estrogen dalam badan terlalu banyak atau tidak seimbang. Jika hormon estrogen dalam badan kita terlalu tinggi ia akan menyebabkan berlakunya cyst.

Sebelum itu mari kita kenali 3 Kumpulan Trogen yang berkenaan.

Kenali 3 Kumpulan Trogen

Berbalik kepada soya, soya merupakan tumbuhan kaya dengan sumber protein yang mengandungi phytoestrogen. Disebabkan nama belakangnya hampir sama dengan estrogen, soya di anggap merupakan punca cyst semakin berkembang dan membesar. Sebabnya bila makan soya, hormon estrogen akan meningkat dan menyebabkan cyst. Tapi adakah ia betul?

Ada 3 Jenis Trogen yang perlu kita tahu yang setiap satunya mempunyai fungsi dan kepentingan yang berbeza:-

  1. Estrogen
  2. Phytoestrogen
  3. Xenoestrogen

Estrogen

Estrogen ini merupakan hormon penting dalam sistem reproduktif terutamanya pada wanita. Pada wanita, estrogen dihasilkan dalam ovari. Selain itu estrogen juga dihasilkan oleh sel-sel lemak dan kelenjar adrenal.

Estrogen ini memainkan peranan mengawal kitaran haid dan mengawal pertumbuhan lapisan rahim ketika fasa pertama kitaran haid. Sebelum proses kitaran haid berlaku, Jika telur wanita tidak disenyawakan tahap estrogen akan turun dengan mendadak.

Tetapi jika telur disenyawakan, estrogen akan berfungsi bersama progesteron untuk menghentikan ovulasi semasa kehamilan.

Akan tetapi, bila ia terlalu banyak dalam badan estrogen akan menyebabkan sel cepat bertukar ganti, berbanding dengan kadar yang sepatutnya.

Apabila sel terlalu banyak bertukar ganti ia akan menyebabkan sel abnormal dan cacat, sel cacat tersebut yang akan menyebabkan berlakunya tumbuhan seperti cyst dan fibroid.

Phytoestrogen

Phytoestrogen pula berbeza, ia merupakan nutrient tumbuh-tumbuhan yang semulajadi yang menimbulkan tindakan seperti estrogen pada badan.

Phytoestrogen mempunyai sifat tukar ganti sel yang rendah, berbeza dengan estrogen.

Dan ia hanya didapati daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti soya, biji-bijian, kacang dan herba.

Xenoestrogen

Xenosetrogen merupakan estrogen paling “jahat” dan merbahaya. Ia boleh merosakkan sel-sel badan dan akan menyebabkan penyakit-penyakit seperti cyst, fibroid dan kanser.

Ia biasanya didapati daripada sumber botol plastik, bekas makanan strofoam dan semburan-semburan pwangi sintetik. Betapa bahaya nya produk-produk ini jika kita teruskan penggunaanya setiap hari.

Ia akan memungkinkan paras xenoestrogen dalam badan kita akan meningkat dan menyeababkab terjadinya pelbagai penyakit. Jadi dah tahu ni, tolong beringat dan musnahkan penggunaannya.

Jadi Benarkah Soya Bahaya Untuk Cyst?

Soya bahaya untuk cyst

Soya merupakan tumbuhan yang kaya dengan sumber protein lengkap dengan asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Di dalam tumbuhan seperti Soya ini mengandungi sumber phytoestrogen. Sebenarnya soya selamat untuk pesakit cyst. Tetapi pastikan soya tersebut merupakan soya tulen yang tidak diubah genetiknya semasa pemprosesan.

Saya sertakan jurnal perubatan yang menyokong amalan makan soya untuk pesakit cyst :-

  1. Isoflavone dalam soya bermanfaat buat pesakit Cyst
  2. Pemakanan soya diuji keatas Pesakit PCOS selama 12 minggu

Berbalik kepada kita untuk mengawalnya, bila kita disahkan mempunyai cyst benda pertama kena jaga adalah pemakanan selain bertindak berjumpa doktor pakar untuk tindakan dan pemantauan selanjutnya.

Jaga pemakanan, bertindak untuk mengurangkan paras estrogen dalam badan supaya dapat membantu dan mengelakkan cyst dari terus membesar dan berkembang.

Dan elakkan pengambilan makanan dan produk yang terdedah dengan kehadiran xenoestrogen yang akan menyebabkan pelbagai penyakit singgah di dalam badan kita.

Jaga pemakanan, rutinkan aktiviti senaman dan amalkan produk semulajadi.

Rujukan :-

  1. http://www.womenlivingnaturally.com/articlepage.php?id=107
  2. https://www.livescience.com/38324-what-is-estrogen.html
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/m/pubmed/27927075/?i=1&from=soy%20and%20ovarian%20cyst

1 thought on “Soya Bahaya Untuk Pesakit Cyst, Fakta atau Mitos?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge