Cyst & Kehamilan

Ketahui Tanda, Risiko Dan Rawatan Ovarian Cysts Semasa Hamil

Wanita yang mempunyai cysts tanpa disedari biasanya akan dapat dikesan ketika hamil melalui pemeriksaan Ultrasound. Biasanya Ovarian Cysts dapat dikesan pada 11 minggu kehamilan atau lebih awal, ia dapat dikesan secara tidak sengaja. Kesian juga pada ibu hamil yang mengalami masalah ini, kita scan nak tengok baby dalam masa sama doktor sahkan kita mempunyai ovarian cysts. Bertambah risau si ibu menunggu setiap kali pemeriksaan dijalankan.

Selain itu, tanda-tanda lain juga dapat dikenalpasti sebelum melakukan pemeriksaan lanjut. And juga boleh periksa tanda-tanda awal Ovarian Cysts untuk langkah berjaga-jaga supaya kita dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Tanda Awal Cyst Yang Boleh Dikenalpasti

  1. Loya dan muntah-muntah
  2. Kerap membuang air kecil
  3. Sentiasa merasa tekanan di bahagian bawah dan pada perut
  4. Sakit perut beberapa hari sebelum haid datang
  5. Perut buncit dan seluar menjadi lebih ketat
  6. Sakit pada bahagian pelvis ketika melakukan hubungan seks
  7. Selalu merasa berat pada bahagian ari-ari

ovarian cyst ketika hamil

Rawatan Untuk Ovarian Cysts Semasa Mengandung

Sebenarnya rawatan awal yang boleh dilakukan hanya lah membuat pemeriksaan susulan, untuk cysts biasa yang tidak melebihi 5 cm perlu merujuk pada pakar untuk membuat pemeriksaan susulan bagi memantau saiz cysts sama ada membesar atau tidak dan berubah bentuknya.

Untuk jenis Ovarian Cyst yang membesar dan saiznya melebihi 5 cm atau isi dalamnya yang terdiri daripada benda asing seperti gigi,rambut hendaklah merujuk ke pakar. Kemungkinan rawatan pembedahan akan di jalankan kerana ini adalah yang terbaik jika dibiarkan risau ia semakin membesar dan menganggu kandungan. Pembedahan hanya boleh dijalankan antara minggu ke 16-20 kehamilan sahaja bagi megurangkan risiko.

Risiko Ada Ovarian Cysts Semasa Hamil

Mempunyai Cysts semasa hamil adalah tidak bahaya jika saiz cysts tidak melebihi 5 cm. Tetapi jika saiz nya melebihi 5 cm pesakit mempunyai risiko jika tidak dibuang atau dibedah. Terutamanya buat ibu hamil yang mempunyai cysts.

Ovarian Cysts bersaiz besar yang tidak dibedah ketika hamil berisiko untuk pecah, berdarah atau berpintal (twist). Jika keadaan ini berlaku emergency ceaser akan dilakukan.

Hal ini bukan sahaja membuang cysts tetapi berkemungkinan keseluruhan organ kilang ovari juga harus dibuang. Oleh itu, sebaiknya tindakan awal harus dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Kerana proses emergency ceaser tinggi risikonya.

Selain itu, selepas pembedahan juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman adalah lebih besar. Jangkitan boleh di kesan jika pesakit mengalami sakit yang kerap pada bahagian abdomen, demam yang tinggi, rasa bengkak dan senak, keluar lendiran gelap dan berbau busuk dari faraj atau keluar nanah dari tempat jahitan.

Sebaiknya rawatan lanjut haruslah diambil, segera membuat pemeriksaan lanjut jika mendapati tanda-tanda seperti di atas. Bincang dan berjumpa doktor pakar masing-masing untuk mendapat nasihat dan rawatan lanjut.

Rujukan : 

  1. http://drzubaidi.com/blog/ovarian-cyst-ketika-hamil/
  2. http://www.emedicinehealth.com/
  3. http://alamhamilblog.com/2014/05/18/ovarian-cyst/

1 thought on “Ketahui Tanda, Risiko Dan Rawatan Ovarian Cysts Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge