Doa Amalan Ketika Hamil

Doa-Doa Amalan Ketika Hamil Yang Baik Untuk Ibu Amalkan

Amalan doa baik diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ini. Setiap ibu amat menginginkan yang terbaik buat anaknya. Jika inginkan yang terbaik buat zuriat kita, adalah tugas kita untuk mencorakkannya. Jadi cara terbaik adalah dengan mendidik mereka dengan doa-doa dan zikir sejak dari dalam perut lagi.

Amalan ini bukanlah bagus untu bayi sahaja, ia juga bagus untuk ibu. Berdoa dan berzikir setiap masa mengingati Allah merupakan tanda diri kita sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan kebaikan yang Allah titipkan setiap saat kepada kita.

Dengan mengingati Allah dan memperbanyakkan membaca Al-Quran dapat menenangkan jiwa dan memberi kesan positif pada ibu dan bayi dalam kandungan. Sofea kongsikan surah-surah yang boleh ibu amalkan sepanjang waktu hamil ni.

Doa semasa hamil

Surah Amalan Untuk Ibu Hamil

  • Surah Al-Fatihah

Bagi menenangkan  hati dan meguatkan ingatan

  • Surah At-Taubah

Bagi membersihkan jiwa & terpelihara daripada maksiat

  • Surah Yusuf

Bagi memohon anak yang cantik rupa dan akhlak

  • Surah Luqman

Bagi memohon anak yang cerdik

  • Surah Maryam

Bagi memohon dipermudahkan waktu bersalin

  • Surah Yasin

Bagi memohon anak yang teguh hati & tidak mudah terpengaruh dengan kejahatan

  • Surah al-Hujurat

Bagi memperbanyakkan susu ibu

Selain itu masa mengandung ni ibu boleh amalkan doa-doa sunat yang lain seperti doa Nabi Yunus a.s al-Anbiya’ ayat 21:87:

Doa untuk ibu hamil

“tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah) Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolonglah aku) Sesungguhnya aku adalah daripada kalangan orang yang menganiaya diri sendiri.”

Sepanjang tunggu sakit contraction memang tak lekang baca ayat ni, dah sakit bersalin pun masih meniti dibibir. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya.

Seterusnya setiap selepas solat atau sambil-sambil buat kerja ibu digalakkan untuk memperbanyakkan membaca tasbih ini untuk sentiasa mengingati Allah :-

Tasbih subhanallah

“Maha Suci Allah”

Tasbih amalan ketika hamil

“Aku Pohon Ampun Kepada Allah”

Marilah kita amalkan doa-doa yang baik setiap masa, insyaa Allah dengan izin Allah, dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh kehamilan hingga lah bersalin. Moga semua ibu diberi kesihatan yang baik dan melahirkan khalifah yang sempurna.

Doa semasa hamil

Pesanan Buat Ibu Hamil

Sepanjang tempoh kehamilan, jangan culas makan vitamin ya tak kira lah darimana Vitamin ibu dapat terutamanya Folik Asid. Folik Asid sangat penting diambil oleh ibu sejak di awal kehamilan. Baca 2 sebab penting wanita wajib makan folik asid ketika hamil di sini untuk info lebih lanjut.

Bahaya tinggal makan folik asid ni, ibu ingat ya, jangan culas makan ok. Kesian baby kita, salam sayang dari mommy Redza.

Ibu Nak e-Book PERCUMA tentang 5 Perkara Ibu Hamil Wajib Tahu Untuk Persediaan Bersalin?

Isikan maklumat anda di bawah supaya untuk dapatkannya & dapatkan pelbagai tips kehamilan dari saya.

Teman Hamil Anda

Sofea Effendi

Whatsapp : 018 2887 259

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge