Kehamilan

5 Senaman Bantu Naikkan Bacaan HB Ketika Hamil

Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa bersenam ketika hamil boleh membantu menaikkan bacaan HB.

Bila doktor advise untuk melakukan senaman bagi membantu naikkan bacaan HB ketika hamil, terus angkat kening tengok doktor. Betul ke doktor ni? Tak bahaya ke gi bersenam waktu mengandung ni?

“Untuk pengetahuan anda, kekerapan bersenam sepanjang tempoh kehamilan boleh membantu ibu hamil lebih sihat, cergas dan merasa lebih ceria. Ia juga boleh membantu mengurangkan rasa tidak selesa yang sering ibu alami ketika hamil seperti sakit belakang, lenguh badan dan keletihan”

Tapi masalah yang sering ibu hadapi  ketika hamil ni ialah bacaan HB yang rendah tiap kali pemeriksaan. Banyak sebab & punca bacaan HB rendah waktu hamil ni.

Cara nak atasinya? ibu boleh mengamalkan pengambilan makanan yang  membantu menaikkan bacaan HB atau pengambilan vitamin tambahan yang juga boleh membantu naikkan HB.

Selain itu, melakukan senaman ringan juga membantu ubtuk meningkatkan penghasilan Hemoglobin dalam sel darah merah sekaligus meningkatkan bacaan HB ketika hamil.

5 Senaman Bantu Naikkan Bacaan HB Ketika Hamil

1. Berjalan

senaman untuk naikkan hb

Berjalan merupakan senaman yang paling mudah untuk dilakukan setiap hari, tak kira lah dekat rumah atau tempat kerja. Ia mudah dilakukan tak kira masa dan tempat.

Untuk pengetahuan ibu semua, setiap pergerakan ketika berjalan tu boleh membantu merangsang penghasilan sel darah merah termasuk hemoglobin. Jadi ni antara salah satu cara ibu nak naikkan bacaan HB. Banyakkan berjalan, ia dikira senaman ringan untuk ibu mengandung macam kita.

Risau terlalu letih berjalan? Tak ada idea nak bersenam? Cuba lah kalau pergi pasaraya atau kerja parking kereta jauh sikit boleh lah jalan sambil pegang tangan cik suami. Tak adalah terasa letih sangat kan.

Bagi merendahkan risiko kecederaan, lakukan regangan otot tangan dan kaki sebelum dan selepas aktiviti berjalan.

2. Jogging @ Berlari

senaman untuk naikkan hb

Jogging atau berlari juga membantu badan kita merangsang lebih banyak penghasilan sel darah merah serta hemoglobin. Disamping mampu membantu mengeluarkan peluh dan melindungi fungsi hati dengan baik.

Tetapi berlari yang dimaksudkan disini bukan lah berlari laju buat pecutan semua tu, bukan.

Lari yang dimaksudkan disini, ibu digalakkan melakukan larian ringan macam berjalan laju mcm tu. Kalau nak suruh berlari laju heavy sangat je kan senaman ni untuk ibu hamil, risau mencederakan kandungan kita pulak.

Bersenam mengikut kemampuan kita sahaja, dan jangan lupa regangkan otot dulu untuk elak kecedaraan atau kesakitan lepas bersenam.

3. Menari

senaman untuk naikkan hb

Menari juga dikira senaman yang baik bagi ibu hamil untuk membantu merangsang penghasilan hemoglobin. Menari merupakan senaman aerobik yang menyeronokkan tak kira lah untuk orang mengandung atau tidak.

Konsep bersenam sambil menari ini boleh di pelbagaikan seperti salsa, zumba dan macam-macam lagi. Dari situ boleh buat ibu rasa seronok menari, kalau dekat rumah boleh pasang musik dan ajak suami menari sekali. Apa salahnya kan 😉

Asalkan ibu melakukan pergerakan, sebab setiap pergerakan tu boleh meningkatkan penghasilan sel darah merah serta hemoglobin darah.

4. Berbasikal

senaman untuk naikkan hb

Berbasikal pun boleh bantu naikkan bacaan HB waktu mengandung ni. Bonus berbasikal ni dia memberi impak yang rendah buat ibu. Jadi tak adalah bahaya sangat kan.

Cumanya ibu masih kena berhati-hati ketika mengayuh basikal. Tengok-tengok risau terlanggar lubang dan jatuh kan. Boleh lah setiap petang atau pagi kayuh basikal keliling taman rumah 10-15 minit setiap hari.

5. Berenang

senaman untuk naikkan hb

Yang ini paling seronok rasanya buat waktu hamil ni. Berenang merupakan senaman yang juga boleh membantu meningkatkan penghasilan hemoglobin darah.

Kalau dah bosan buat senaman dekat atas tu, boleh lah pergi berenang pulak. Ia juga senaman yang rendah impak nya bagi ibu hamil.

Sambil sambil berenang, nak naikkan bacaan HB ibu dapat bonus sekali sebab berenang ni juga membantu meningkatkan kadar kesihatan jantung yang sihat. Santai-santai je berenang, buat pusingan ringan satu kolam.

Kalau rasa letih, boleh berhenti dan sambung esok lagi. Mudah kan?

Jadi lepas ni ibu tak payah pening-pening fikir cara naikkan bacaan HB yang susah-susah. Amalkan senaman dengan rutin, makan makanan yang boleh naikkan bacaan HB dan bekalkan vitamin yang membantu menaikkan bacaan HB.

Insyaa Allah, tak ada lagi masalah HB rendah masa mengandung. Ingat jangan lupa buat renggangan otot dulu sebelum dan selepas senaman.  Selamat mencuba, dan jaga diri mommy semua 😉

senaman ketika hamil

3 thoughts on “5 Senaman Bantu Naikkan Bacaan HB Ketika Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge