Kehamilan, Set Hamil

Vitamin Wajib Untuk Ibu Mengandung – Ibu Kena Ambil Tahu

Kehamilan yang pertama merupakan suatu penantian buat setiap pasangan terutamanya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Semestinya anda atau pasangan menginginkan yang terbaik untuk bakal cahaya mata anda nanti kan? Sebagai pasangan waktu ini merupakan waktu terbaik untuk anda memastikan kehamilan isteri buat kali pertama ini berjalan dengan baik, sihat dan selamat.

Memastikan apa yang ibu hamil makan merupakan perkara wajib ketika ini, sebabnya apa yang ibu makan itu lah yang menjadi sumber makanan buat bayi anda. Sumber nutiris yang membantu dalam pertumbuhan janin yang sihat dan baik. Jadi ibu haruslah memastikan makanan yang dimakan memenuhi nutrisi sebagai ibu hamil.

Tapi ibu masih bingung nak makan Vitamin apa selain menyediakan makanan harian yang sihat? Jangan risau Sofea akan kongsikan sedikit sebanyak Vitamin wajib untuk ibu hamil amalkan sepanjang tempoh kehamilan. Terutamanya di awal kehamilan ibu kena ambil tahu nak makan Vitamin apa.

 

vitamin wajib untuk ibu hamil

6 Vitamin Wajib Untuk Ibu Mengandung

1. B-Complex lengkap dengan Folik Asid

folik asid untuk ibu hamil

Folik Asid merupakan vitamin B9 yang wajib diambil oleh  ibu hamil diawal kehamilan. Di Shaklee terdapat vitamin BComplex yang lengkap dengan folik asid ianya sesuai untuk Ibu Hamil. Folik Asid berperanan membantu penghasilan sel darah merah & juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik.

Kekurangan pengambilan folik asid di awal kehamilan boleh menyebabkan beberapa risiko kepada bayi antaranya seperti Spina Bifida & Anencephaly. Terdapat banyak lagi kepentingan folik asid untuk ibu hamil seperti yang Sofea pernah ceritakan sebelum ini.

Kalau ibu-ibu jumpa Doktor sekalipun, Vitamin pertama Doc sarankan juga adalah sama, iaitu Folik Asid. Jadi ibu jangan abaikan pengambilan Folik Asid ketika hamil, pastikan ianya mencukupi dengan keperluan ibu setiap hari.

 

2. Protein (E-Soy Protein Shaklee)

esp shaklee-kebaikan esp shaklee-protein shaklee

Protein juga merupakan nutrisi penting buat ibu hamil, pengambilannya seawal kehamilan amatlah digalakkan. Ketika hamil protein berperanan membantu dalam tumbesaran janin. Asid Amino (protein) lengkap berperanan dalam pembinaan sel-sel tubuh bayi, seperti yang kita tahu organ tubuh manusia dihasilkan daripada sel-sel tisu yang akhirnya membentuk organ. Contohnya, kulit manusia (organ) ianya terdiri daripada beribu-ribu sel yang akhirnya membentuk menjadi kulit.

Oleh itu, protein sangat penting yang ibu hamil kena pastikan pengambilannya mencukupi untuk membantu tumbesaran janin yang sihat.

E-Soy Protein Shaklee atau lebih dikenali sebagai ESP merupakan minuman soya terbaik pilihan ibu hamil. Bukan sahaja membekalkan sumber protein buat ibu & si manja tetapi ianya membekalkan protein lengkap dengan 9 Asid Amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita yang setiapnya mempunyai fungsi & kepentingan yang tersendiri untuk tubuh badan manusia.

Selain daripada itu apa yang Ibu dapat bila minum ESP Shaklee?

  • Proteinnya membantu membekalkan tenaga berpanjangan
  • Menjadikan kulit bayi lebih cantik & gebu
  • Kulit ibu juga lebih cerah & halus

3. Kalsium – Ostematrix Shaklee

Vitamin untuk ibu hamil

Kalsium merupakan nutrisi penting juga buat ibu hamil, kalsium berperanan dalam membina tulang, gigi dan gusi yang kuat. Buat ibu hamil, kalsium amat penting bagi membantu pembinaan tulang bayi yang kuat. Ibu haruslah memastikan sumber Kalsium yang diambil haruslah mencukupi. Sebabnya bukan bayi sahaja memerlukan kalsium yang mencukupi, ibu juga perlukan kalsium untuk membantu mendapatkan tulang yang kuat bagi menampung bayi yang hendak dibawa selama 9 bulan 10 hari.

Dari mana nak dapatkan Kalsium? Ibu boleh dapatkan daripada pengambilan susu segar yang terdapat dipasaran atau sumber makanan harian kita .

Selain itu, Ostematrix Shaklee merupakan kalsium tablet yang dapat membekalkan sumber kalsium buat ibu hamil. Ianya amat sesuai buat ibu-ibu yang tak suka atau tak lalu nak minum susu bagi mendapatkan sumber kalsium. Ia didatangkan dengan bentuk tablet yang bersaiz kecil & mudah ditelan begitu sahaja.

Ostematrix Shaklee diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting termasuk kalsium, magnesium, vitamin D, zink, kuprum, mangan & boron untuk membantu membina ketumpatab tulang yang kuat. Kehadiran magnesium membantu penyerapan kalsium yang lebih efisen.

4. Vitamin C – SR Vita C Shaklee

vitamin c untuk ibu hamil

Vitamin C juga merupakan vitamin yang amat penting buat ibu. Seperti yang kita tahu Vitamin C berperanan dalam menguatkan sistem imun badan kita. Bila dah disahkan berbadan dua, ibu-ibu kena lebih ambil berat untuk memastikan sistem imun badan lebih kuat.

Pengambilan Vitamin C yang mencukupi bukan sahaja dapat melindungi sistem imun ibu malah dapat membantu memastikan kandungan ibu-ibu iaitu bayi kita dari mudah dijangkiti kuman atau bakteria merbahaya yang kita tak dapat lihat & jangka.

Selain itu, Vitamin C juga berperanan membantu merangsang penghasilan kolagen yang penting untuk penghasilan sendi dan tendon yang kuat bagi bayi anda. Vitamin C yang mencukupi juga dapat menghasilkan kulit yang sihat, kuat & cantik.

Apa ibu dapat bila makan SR Vita-C Shaklee?

  • Ia membekalkan 500mg Vitamin C untuk setiap 1 tablet
  • Diperkaya dengan bioflavonoid sitrus yang membantu meningkatkan keberkesan Vitamin C
  • Dibebaskan secara berperingkat dalam masa 5 jam = 1 tablet
  • Sistem Imun Badan yang Kuat
  • Kulit bayi yang Cantik & Sihat
  • Penghasilan darah merah yang baik

5. Multivitamin – Vita-Lea Shaklee

Multivitamin merupakan jalan singkat untuk memastikan kita menerima semua jenis Vitamin hanya dalam 1 tablet. Tapi ianya bukan lesen yang terbaik buat ibu tidak mengambil vitamin-vitamin lain. Perkataan (Multi) sudah merujuk kepada pelbagai iaitu tablet vitamin tersebut mengandungi pelbagai jenis vitamin yang sesuai diambil untuk memastikan kita memperolehi kesihatan yang optimum.

Buat ibu hamil, disarankan mengambil Multivitamin yang lengkap dengan kehadiran zat besi. Kenapa zat besi penting? Zat Besi amat penting daam membantu penghasilan sel darah merah yang pekat, kekurangan zat besi ketika hamil akan mengakibatkan Haemoglobin Darah atau HB menjadi rendah. Ia terdapat pelbagai risiko pada bayi jika bacaan HB ibu terlalu rendah.

Vita-Lea Shaklee merupakan multivitamin yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting untuk tubuh badan. Kehadirannya bersama zat besi dapat membantu ibu memastikan bacaan HB dalam keadaan baik bagi memastikan bayi mendapat oksigen yang disalurkan dengan baik dari sel darah merah.

Sofea amalkan Vita-Lea ketika hamil kelmarin alhamdulillah bacaan HB sampai cecah 16, dan setiap check up tak pernah sampai tahap bacaan rendah. Ibu-ibu yang ada masalah HB rendah sangat recomended ambil Vita-Lea.

6. Minyak Ikan – Omega Guard

Vitamin untuk ibu hamil

Minyak Ikan sangat terkenal dalam membantu perkembangan otak yang pesat. Omega Guard Shaklee kaya dengan EPA dan DHA yang membantu pertumbuhan & perkembangan otak bayi seawal dari dalam perut.

Selain itu, Omega Guard juga membantu menyokong kesihatan ibu bagi memastikan tekanan darah yang baik & paras gula yang seimbang. Pengambilan yang berterusan juga membantu ibu-ibu lebih mudah dalam pengurusan berat badan selepas kelahiran.

Pengalaman amalkan Omega Guard dari mengandung sangat best, Sofea kehilangan berat badan hampir 20 kg selepas proses kelahiran. Kurus lepas bersalin? Impian setiap ibu kan? Disamping dapat membekalkan EPA & DHA terbaik untuk bayi dalam masa sama ibu dapat manfaat sama.

Set Kehamilan Shaklee

Vitamin untuk ibu hamil

 

Pengambilan Set Hamil Shaklee sangat membantu Sofea sendiri ketika Hamil Redza, selain membekalkan tenaga berpanjangan terutamanya ketika berpuasa. Kesihatan ketika hamil juga memuaskan, alhamdulillah. Dengan bacaan HB dalam tahap terbaik, tekanan darah normal dan tiada GDM ketika hamil adalah sangat memberangsangkan. Alhamdulillah kelahiran Redza juga tiada masalah, kulit baby pun cantik tiada alahan dan paling best susu meriah susukan baby Redza. Ibu pun dah slim kembali ke berat masa anak dara, tak rugi amalkan Set Hamil Shaklee.

KLIK SINI UNTUK TESTIMONI SET KEHAMILAN SHAKLEE

Bagaimana nak dapatkan Set Hamil Shaklee?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set Hamil Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan menjadi lebih baik. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik. Pos ke Seluruh Malaysia & Sabah/Sarawak.

shaklee-segambut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878
Email : safiyah.shaklee@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge