Cuti-Cuti

Cuti-Cuti- Snow Walk ICT Shah Alam

Assalamualaikum semua,

Seminggu lepas raya ceritanya anak anak buah datang beraya KL. Mak bukan main happy lagi sebab anak n cucu kesayangan semua mai KL. Setahun sekali dapat jumpa mana tak happy kan. Dapatlah Redza jumpa cousin cousin dia belah aku. Buat kali pertama Redza dah 10 bulan baru dpt jumpa Hihi

Si adik request nak pergi ICT Shah Alam tapi nak masuk salji-salji. Ouh salji salji haha tiba-tiba teringat masa bercinta dulu dating pi Snow Walk dengan ayah Redza. Opss kantoi haha Masuk Snow Walk ni korang boleh feeling dekat overseas. Sebab sejuk ya amat (sebab sejuk je). Sebenarnya dia bukan lah ada snow dalam tu cuma sejuk dan berhiaskan block block ice yang dibekukan dan dibentuk pelbagai.

Rasa dah lama sangat tak jejak ICT Shah Alam, jadi malam sebelum diarang balik. Bawa lah kejap pi sini. Suasana ICT pun tak macam dulu da lampu da tak menarik macam dulu. Lebih kepada fun fair gitu, mainan je banyak ke sebab da jadi mak mak haha tak teruja sangat pun kali ni

BAYARAN MASUK SNOW WALK ICT SHAH ALAM

Waktu Siang (Sebelum 6 Petang)

Dewasa : RM 25

Kanak-Kanak : RM 20

Waktu Malam (Selepas 6 Petang)

Dewasa : RM 35

Kanak-Kanak : RM 30

Kanak – Kanak bawah 90 cm : Percuma

Masa pegi sana baru aku tahu rupanya tiket siang lagi murah dari malam, huhh menyesal bawa budak-budak tu malam. Jimat RM 10 seorang beli makanan kenyang jugak tu. Dah sampai sana rugi lah kalau tak masuk kan. Jadi first thing kena buat ialah beli kad I City dan topup. Dekat sana sistem duit guna kad, korang kena beli kad & topup bila nak naik atau masuk apa-apa bagi je kad I City tu.

Dah topup siap-siap masuk terus ke Snow Walk, sebab dah malam risau budak-budak tu mengantuk kank belum masuk nak balik satu hal pulak. Haha budak-budak tak boleh ramal.

Dah masuk kita akan dibekalkan jacket sejuk tu setiap seorang, aku pakai kasut siap-siap dari rumah sebab tahu dalam tu sejuk amat. Budak-budak ni degil dah bawa kasut dalam kereta tapi tak nak pakai acah kebal. Yang pakai kasut aku seorang je untung lah, huhu dengan suami aku sekali pakai selipar.

snow walk ict shah alam
                               Acah kebal pakai Selipar Haha

Bila dan masuk hah tahu pun masing-masing kesejukan siap tanya ada bawa stokin tak haha. Baru tahu tinggi langit dengan bumi kan  tak dengar cakap sangat. Haha nasib lah aku bawa stokin spare untuk budak-budak tu pakai dengan kasut sebenarnya tapi ada dalam beg. Jadi aku bagi je lah pakai stokin + selipar. Ok sikit la dari togel kaki tu kan, tu lah semua degil dengan makcik masing-masing.

 

snow walk ict shah alam

 

snow walk ict shah alam

 

snow walk ict shah alam

 

Tapi dalam sejuk-sejuk tu puas jugak la diarang main, naik gelongsor, main bola, naik kereta api & bergambar. Kira kuat jugak lah, sampai dekat si adik pucat haha cuak jugak aku dia kesejukan sangat kot aku ajak dia keluar sebab nak muntah katanya.

Dah puas main diarang keluar aku tunggu dekat lobby depan dengan si adik. Ehh tapi sebelum aku lupa masa mula-mula masuk ada abg cameraman haha offer nak amek gambar kau iyekan aje sebab gambar tu nanti korang boleh beli dkt kaunter depan (itu pun kalau nak beli)

Tapi bagi aku tak beli pun tak apa sebab dah amek gambar guna hp atau camera masing-masing kan. Jimat lah sikit, keluar tu jangan toleh kiri haha terus je keluar kalau tak kau termakan dengan kecantikan gambar korang sendiri dan terbeli.

Best jugak la kalau korang bawa anak atau adik pegi sini, pengalaman baru untuk diarang kalau kalau tak dapat nak pegi overseas kan. Kalau tak tahan sejuk boleh sewa kasut dekat kaunter dan beli glove. Sebabkan anak buah aku degil semua tak nak, kasut bawa pun tak mau pakai jadi nikmatilah kesejukan Snow Walk tu eh hehe

Dah puas pusing dan main dekat ICT Shah Alam moh ler balik sebab mak cik kau ni dah penat esok kerja pulak tu. Hahaa budak-budak semua benda dia nak naik dan cuba. Tunggu la Redza besar sikit ok nanti ibu bawa pi sini tak pun ajak ayah pi main salji dekat oversea ok haha (doa tu)

Peringatan : Nak tiket murah pi siang,  jangan lupa pakai kaust, stokin dan glove bawa siap-siap dari rumah kalau nak jimat.

Yang ikhlas,

Sofea @ Makcik yang Penyayang

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge