Resepi Masakan

Resepi : Lontong Kuah Lodeh Menu Berbuka Puasa

Semalam ahad hari cuti, jadi rajinkan diri untuk masak menu berbeza dari hari biasa. Tapi nak yang mudah & cepat penyediaannya memandangkan si kecik baru lepas demam meragam dia tak habis lagi. Tiba-tiba teringin nak -berbuka lontong. Jadi tadi pagi terus pegi kedai beli bahan bahan, lontong dah ada siap masak masa bangun sahur. Jadi tinggal nak siapkan kuah sahaja.

Bahan-Bahan Lontong Kuah Lodeh Untuk 4 Orang Makan

resepi lontong kuah lodeh sedap

“Gambar ehsan cik google, tak sempat nak snap. Seakan macam ni lah hasilnya. Sesuai untuk dijadikan juadah berbuka & menu hari raya – Lontong Kuah Lodeh”

Bahan A – Untuk Kuah Lodeh 

  • 3 Biji Bawang Merah
  • 2 Biji Bawang Putih
  • 2 Hiris Halia
  • 1 Ulas Serai
  • Sedikit Ketumbar
  • Secubit Jintan
  • 4 Biji Cili Api
  • 2 Hiris Kunyit
  • sedikit ikan bilis

Bahan B

  • Sebiji Kelapa – Perah ambil santannya
  • Cili Kering & Bawang – untuk Buat sedikit sambal
  • Tauhu Kering
  • sedikit Suon
  • Tempe
  • Karot
  • Kacang Panjang
  • Sayur Gubis
  • Telur 3 biji – Rebus

Cara-caranya

  1. Kisarkan semua Bahan A di atas sehingga halus
  2. Tumiskan terlebih dahulu sehingga masak & keluar minyak
  3. Sementara tunggu rempah masak boleh goreng tempe jangan terlalu garing goreng ala kadar sahaja
  4. Potong sayur karot, kacang panjang & gubis
  5. Setelah rempah masak, masukkan kesemua sayur, tempe & tauhu ke dalam periuk bersama rempah
  6. Gunakan santan cair & hidupkan api perlahan sehingga sayur mendidih
  7. Letak garam secukup rasa
  8. Masukkan sedikit suon kedalam nya
  9. Setelah mendidih tambahkan santan pekat
  10. Timba secara perlahan kuah tersebut sehingga mendidih
  11. Selepas itu buat sambal sedikit bagi menyedapkan rasa sewaktu makan
  12. Kisar Cili Kering + Bawang, selepas itu goreng sehingga masak.
  13. Masukkan garam & gula secukup rasa & ikan bilis

Setelah semua masak boleh sedia untuk di hidang sewaktu berbuka. Kalau ada serondeng lagi sedap jadi kalau rajin buat la ye kalau tak pi beli hihi

Sofea da siap ada serondeng ikan jadi tinggal nak letak je. Jadi menu berbuka setelah 9 hari berpuasa ialah Lontong Kuah Lodeh. Rasa nya? Mesti lah sedap kan. Selamat mencuba semua 🙂

 

1 thought on “Resepi : Lontong Kuah Lodeh Menu Berbuka Puasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge