Keperluan Suplemen

Kenapa Kita Perlu Makan Suplemen?

kenapa-perlu-makan-suplemen

Suplemen atau makanan tambahan sudah menjadi satu keperluan buat kehidupan kita pada masa sekarang.

Macam dah jadi satu ‘trend’ masyarakat kita ambil suplemen kan?

Dan dari itu keluar la macam macam ‘brand’ suplemen atau makanan tambahan di pasaran.

Tapi masalah kita pada hari ini, setengah dari kita meanggap suplemen macam ubat. Bila sakit je perlu makan. Tak sakit tak payah

Ini adalah satu tanggapan yang salah. Ubah persepsi kita sebelum mengambil sebarang suplemen dahulu, sebabnya kalau makan sehari tak ada kesan nanti kita salahkan suplemen pulak. Erkk kan ?

Suplemen ialah makanan tambahan yang di hasilkan bagi membekalkan nutrisi berkhasiat yang cukup untuk menyokong kesihatan tubuh badan kita dengan lebih baik.

Ketahui 7 sebab kita perlu amalkan suplemen @ makanan tambahan untuk kehidupan seharian kita

Kenapa perlu makan suplemen
Persekitaran pada hari sudah tidak seperti dahulu lagi.

Yang dahulunya bersih, udara agak segar & nyaman telah berubah sama sekali.

Kita lihat sahaja, pelbagai aktiviti pembangunan, perkilangan dijalankan di kawasan sekeliling kita.

Ini adalah punca utama berlakunya pelbagai pencemaran di sekeliling kita. Terutamanya pencemaran udara.

Belum lagi kira pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya, setiap kenderaan akan mengeluarkan asap yang tercemar.

Dari situ ia akan dibebaskan ke persekitaran. Ia sangat tidak menjamin kesihatan orang di sekeliling apabila terhidu asap kereta atau sisa toksin yang dibuang dari kilang.

Hal ini yang mengakibatkan terdapat banyak radikal bebas di persekitaran kita setiap hari.

Radikal bebas mampu merencatkan kesihatan sel sel tubuh badan kita.

Oleh itu suplemen sangat diperlukan pada hari ini untuk menyokong meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita dengan lebih baik.

 

kenapa kita perlukan suplemen
Seperti mana yang kita tahu, tak semua nutrient boleh dihasilkan pleh tubuh badan manusia.

Setengah daripadanya haruslah di perolehi daripada sumber makanan.

Antaranya seperti sumber Vitamin C & asid amino perlu.

Badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Oleh itu kita haruslah memastikan bekalan Vitamin C haruslah dibekalkan untuk tubuh badan kita setiap hari.

Pengambilan suplemen Vitamin C dapat memastikan badan menerima jumlah Vitamin C yang mencukupo setiap hari.

Apabila nutrient & vitamin dibekalkan dengan cukup. Ia sekaligus akan. membantu badan kita berkerja dengan lebih baik mengikut fungsi-fungsinya.

Sama juga macam kalau nak kulit cantik. Perasan tak? Orang sekarang banyak main cucuk-cucuk kolagen tu sebab nak cepat putih & cantik.

Kolagen boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita jika badan kita mencukpi keperluan Vitamin C. Nampak tak? Memandangkan Vitamin C perlu dibekalkan kepada tubuh kita setiap hari. Ini la yang menyebabkan pentingnya pengambilan makanan tambahan yang selamat.

Tak yah cucuk-cucuk, cukup bekalkan yang terbaik.

 

kepentingan suplemen
Buah buahan & sayur sayuran yang kita makan sekarang banyak terdedah dengan bahan kimia

Macam yang kita tahu untuk memastikan tanaman subur baja @ pepticides digunakan bagi menggalakkan pertumbuhan tanaman dengan baik.

Dalam masa sama petani kita juga menggunakan racun serangga untuk mengelakkan tumbuhan dimakan dek serangga-serangga yang ada.

Akan tetapi dalam masa yang sama tanaman itu telah terdedah dengan bahan kimia.

Nutrient yang ada dalam setiap buah-buahan & sayuran berkurangan akibat tercemar dengan bahan kimia yang ada.

Oleh itu kita mesti bekalkan nutrient yang lebih untuk badan kita. Salah satu langkahnya adalah ambil makanan tambahan.

 

penting ke suplemen ni
Orang kita pada hari ini terlalu sibuk dengan urusan perkerjaan. Sehingga kan tanpa kita sedar banyak mengabaikan soal kesihatan.

Sekaligus tiada lagi kata gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Seminggu 7 hari, isnin hingga jumaat berkerja terlalu sibuk belum tolak balik kerja jumpa lepak dengan kawan-kawan.

Cuba kita renungkan,

Sarapan pagi nasi lemak yang tinggi dengan kalori, makan tengahari “fast food” dah menanti, makan malam mamak seminggu berkali-kali.

Dari segi pemakanan sahaja kita lebih terpilih makanan yang sedap sedap tapi tidak sihat.

Belum pandang dari sudut senaman pula. Nak bersenam? Tiap minggu sibuk sokmo.

Kita pegi pulang kerja pun naik kenderaan sekarang, nak amalkan gaya hidup sihat jauh sekali.

Jadi cuba seimbangkan dengan amalkan pengambilan suplemen & bersenam sekurang kurangnya 15 minit sehari untuk menjamin kesihatan tubuh yang lebih optimum.

 

kepentingan suplemen
Siapa yang masih mengamalkan diet seimbang pada hari ini memang ohsem

Sebab apa Sofea kata mcm tu? Sebab pemakanan rata-rata masyarakat kita pada hari ini sangat menyedihkan.

Mana viral pegi, asal sedap je ngap. Tak fikir da makanan tu healthy atau pun tidak kan? Betul tak? Baik ngaku hehe ?

Dapat yang tak suka makan sayur & buah hanya bergantung mendapatkan nutrisi daripada makanan lain.

Tapi adakah ia cukup? Cuba kita fikirkan sejenak.

Umur semakin hari semakin bertambah. Nutrisi dalam badan makin lama makin berkurang. Ia diperlukan lebih banyak untuk menyokong kesihatan tubuh kita

Jika sikap kita masih ditakuk yang sama, makan makanan semborono. Apa jadi pad badan kita?

Jadi amalkan la pemakanan seimbang dan fikir adalah suplemen masih diperlukan atau tidak?

 

keperluan suplemen
Makanan yang berkhasiat akan menyelamatkan nyawa & kehidupan anda

Sebab nya macam point sebelum ni, kita tak kisah dah pasal nutrient ni semua asal sedap tambah & cukupkan rasa

Pengambilan garam & gula yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

Terutamanya kepada yang telah menghidap penyakit diebetes atau darah tinggi.

Mahu mahu bacaan tinggi melambung kalau selalu mengambil makanan yang tinggi kandungan garam & gula.

Kebiasaannya makanan segera memang banyak lebih lebih ni. Hihiks jadi kurangkan la bersegera ye ?

Yang hantu kafien pun tak ada kurangkan, sebab dah ketagih setiap hari

Bagi Sofea suplemen sangat sangat penting untuk membantu membekalkan nutrient yang mencukupi untuk badan

Ye kita makan dan dapat nutrient dari makanan tapi contoh makan nasi laik ikan + sayur bersama nescafe ais. Nikmatnya memang bukan main tapi kita tak perasan yang dalam masa sama ia boleh menganggu penyerapan nutrient dari makanan untuk tubuh kita.

 

keperluan suplemen
Sebab yang terakhir kenapa kita perlu makan suplemen.

Mungkin tak semua dari kita tahu nutrient dalam makanan yang segar sangat baik untuk tubuh kita.

Contoh macam sayur, sayur segar organik mempunyai kualiti & kuantiti nutrient yang tinggi.

Tapi bila kita masak dia, nutrient didalamnya akan berkurang. Bila suhu makin tinggi ia makin berkurang dan berkurang.

Badan kita dapat? Sikit je. So dari situ kita boleh fikir perlu ke tidak suplemen. Bukan bermakna lepas ni tak perlu makan makanan segar ok.

Dalam masa yang sama suplemen hanya membantu untuk “top-up” nutrient untuk badan kita.

Bila kita “top-up” tiap hari, badan kita akan menerima signal yang baik. Dan menerima semua nutrient yang dibekalkan dalam makanan + suplemen.

Kalau di rumah kita masih boleh agak, contohnya kalau masak sayur tak perlu lama-lama masak untuk kita jaga kualiti nutrient dalam sayur tersebut. Tak ada la ia berkurang disebabkan suhu yang terlalu tinggi.

Tapi kalau kita makan dkt luar di kedai makan, kita susah untuk pastikan ia betul betul berkhasiat atau tidak.

“Buatlah Pilihan Yang Terbaik”

Jadi pilihlah makanan yang sihat dan pastikan badan kita merima nutrient penting untuk dibekalkan .

Bila nutrisi dah cukup, badan pun akan merasa lebih baik & sihat.

Walaupun makin tua, umur makin bertambah dari angka satu ke sepuluh. Badan kita kekal sihat & cergas.

Mulakan pengambilan suplemen yang terbaik & berkualiti tinggi untuk menyokong kesihatan anda setiap hari.

Amalkan diet seimbang dan senaman setiap hari.

Anda nak sihat?

Dapatkan Produk Kesihatan Shaklee. Untuk kesihatan yang optimum cukup lah memastikan badan kita menerima semua jenis nutrient yang diperlukan oleh badan kita.

Shaklee ada Mulitivitamin & Mineral iaitu Vita-Lea yang membekalkan semua jenis vitamin & mineral bagi menyokong kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang. Anda nak sihat? Pilih la yang terbaik.

Bagaimana Untuk Dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Vita Lea Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

shaklee-segambut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878
Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259
*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,

2 thoughts on “Kenapa Kita Perlu Makan Suplemen?

  1. Sangat setuju dengan artikel, bahawa terlalu banyak sebab untuk kita mengambil suplemen which is untuk mencukupkan keperluan dalam tubuh 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge