Kehamilan

14 Makanan Tambah Darah Ketika Hamil – Naikkan Bacaan HB

Rata-rata ibu hamil akan mengalami Anemia sewaktu kehamilan. Ia disebabkan daripada kekurangan nutrisi yang diambil sejak diawal kehamilan ataupun sebelumnya. Akan tetapi tak semua ibu-ibu hamil akan mengalami masalah ini. Masalah anemia boleh diatasi dengan memulakan pengambilan makanan yang bernutrisi tinggi untuk memastikan bacaan kepekatan darah kembali dalam keadaan normal.

14 Makanan Tambah Darah Ketika Hamil

1. DAGING MERAH

cara tingkatkan bacaan HB ketika hamil

Daging Merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu ibu hamil dari mengalami anemia ketika hamil. Kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap oleh tubuh badan kita. Jadi jika bacaan darah ibu rendah cuba amalkan daging merah.

2. BROKOLI

brokoli tingkatkan bacaan HB

Kebiasaannya jarang sekali ibu-ibu mengambil sayuran hijau sebab rasanya yang kurang enak. Tapi tengok mak makan sedap je. Untuk pengetahuan ibu semua, sayuran hijau seperti brokoli mengandungi zat besi, vitamin dan folat yang sangat bagus diambil sejak diawal kehamilan. Selain itu, ia tinggi kandungan anti-oksidannya yang mampu membantu melawan jangkitan.

3. PISANG

Cara tingkatkan bacaan HB

Pisang sedapkan? Jadi ibu-ibu boleh minta cik suami borong pisang ye. Bukan sahaja rasanya yang sedap, folat yang terkandung didalamnya boleh membantu dalam pertumbuhan janin yang sihat dan penghasilan sel-sel baru yang sihat.

4. KEKACANG

cara naikkan bacaan HB

Kekacang ni pun sedap dan mudah ibu-ibu buat santapan tak kisah dirumah atau semasa berkerja. Mudah juga untuk didapati dipasar raya berdekatan. Ia bagus bagi membantu menaikkan bacaan darah yang rendah.

5. HATI

cara naikkan bacaan HB

Pengambilan hati juga membantu menaikkan bacaan darah ketika hamil, tapi doktor biasanya tidak menggalakkan pengambilannya dengan terlalu kerap. Organ dalaman haiwan tidak elok diambil terlalu kerap kerana ia tidak bagus untuk perkembangan otak. Kalau nak jugak cuba? Makan sekali sekala je ye.

6. BAYAM

Bayam antara sayuran hijau yang sedap dan tinggi khasiatnnya bagi membantu ibu yang mengalami anemia. Tak kira bayam hijau atau merah kedua-duanya sangat bagus untuk menyerap zat besi dan folat. Jadikan bayam lauk sayuran utama untuk memerangi anemia, senang dan cepat pulak tu nak masak.

7. KERANG

cara naikkan bacaan HB

 

Kerang antara makanan kegemaran semua orang, buat kerang sambal umphh sedap. Ibu-ibu cuba masukkan menu kerang dalam menu harian kerana ia boleh membantu mencegah ibu-ibu hamil daripada mengalami anemia. Ingat ya ibu, sekarang semua sumber zat dan vitamin kita kongsi berdua. Jadi amalkan makanan yang sihat.

8. TELUR

cara naikkan bacaan HB

Kuning telur sahaja yang membantu mengekalkan jumlah Haemoglobin dalam darah, jadi ibu-ibu boleh jadikan telur menu sewaktu sarapan pagi. Bahagian kuning telur sahaja yang mengadungi nutrient yang membantu mencantikkan bacaan HB.

9. OAT

cara naikkan bacaan Hb

Oat merupakan sumber makanan yang membekalkan mineral dan zat besi yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, Oat sangat bagus untuk membantu para ibu untuk mencegah anemia semasa hamil. Pelbagaikan penyediaannya agar lebih sedap ditelan dek tekak yang sentiasa meragam waktu hamil ni.

10. DELIMA

cara naikkan bacaan HB

Buah delima sangat terkenal dengan khasiatnya yang sangat baik. Terutamanya bagi membantu ibu hamil dalam mencegah anemia. Khasiat zat besi didalam buah delima yang tinggi dapat mempertahankan jumlah sel darah merah dan mencegah anemia daripada terus berlaku. Sekarang dah banyak keluaran jus buah delima juga bagus, tapi nak lagi asli kita makan buah dia.

11. MADU

cara naikkan bacaan HB

Madu sangat terkenal dengan khasiatnya yang tersendiri. Jika ibu mengalami anemia sangat digalakkan mengambil madu dalam menu seharian. Pastikan madu asli ye ibu ibu, kerana madu asli mampu membantu menggantikan gula didalam makanan dan minuman sekaligus membantu memekatkan kondisi darah.

12. KURMA

Cara naikkan bacaan HB

Yang ini paling favourite dan senang nak makan. Kurma merupakan makanan sunnah, dan ianya juga bagus bagi membantu ibu mencegah masalah anemia. Khasiatnya yang terbaik dapat meningkatkan penghasilan sel darah merah dan membekalkan tenaga yang berpanjangan buat ibu.

13. KISMIS

cara naikkan bacaan HB

Ibu juga boleh jadikan Kismis sebagai snek sementara buat kerja tu kita kudap-kudap kismis kan sedap. Khasiat buah anggur kering ini sangat bagus untuk membantu melawan anemia ketika hamil. Senang dan mudah dibawa nak bercuti pun boleh bawa kismis ni. Sambil-sambil tengok ombak tepi pantai tu boleh kudap-kudap Kismis kan 😉

14. SUSU KAMBING

cara naikkan bacaan HB

Susu Kambing juga antara minuman yang dapat membantu mengatasi anemia ketika hamil. Susu yang kaya dengan sumber Zink dan kandungan cynokobalamin mampu merawat  anemia sekaligus membantu mencegah terjadinya demam kuning terhadap baby selepas dilahirkan nanti.

Buat ibu-ibu hamil, amalkan lah pemakanan yang seimbang dan sihat demi bakal anak yang tersayang. Boleh pilih atau makan mana-mana makanan yang mampu meningkatkan kadar HB kita semasa hamil. Kerana ia sangat membantu berdasarkan pengalaman Sofea sendiri alhamdulillah sampai sekarang bacaan HB masih ok. Amalkan pemakanan sihat dan suplemen tambahan seperti multivitamin yang mampu mencantikkan lagi bacaan HB dan membekalkan sumber vitamin dan mineral lain untuk tubuh badan ibu.

Selain mengamalkan makanan-makanan di atas, Sofea juga cuba amalkan Set Hamil Shaklee. Alhamdulillah banyak sangat membantu sampai ke hari ini.

Testimoni Tingkatkan HB dengan Shaklee

Untuk bantu mengelakkan Anemia multivitamin Vita-Lea Shaklee sangat berkesan lepas Sofea konsisten makan. Sofea konsisten ambil Vita-Lea seawal 6 minggu kehamilan.  Sangat-sangat best sebab pernah capai bacaan HB sampai 16. Nurse pun terkejut.

Sepanjang kehamilan baby Redza alhamdulillah bacaan HB sentiasa baik.

testimoni vitalea untuk tingkatkan bacaan hb

Vita-Lea Iron Formula

vitalea shaklee untuk hb

 

Mommy ada masalah HB rendah boleh dapatkan Multivitamin Shaklee (Vita-Lea Shaklee) untuk membantu membekalkan nutrisi yang lengkap untuk ibu & bayi

Bagaimana Untuk Dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Vita Lea Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan tubuh badan kita. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

shaklee-segambut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-
Nama : Sofea Effendi
ID Shaklee : 1098878
Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuhkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge