Produk Kesihatan Shaklee

Cara Turunkan Kolesterol Dengan Berkesan

Kolesterol yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan terjadinya pelbagai penyakit. Antaranya ialah darah tinggi dan sakit jantung. Kolesterol mempunyai 2 jenis iaitu kolesterol jahat dan baik. Kolesterol jahat dikenakali sebagai Low Density Lipoprotein (LDL) manakala kolesterol baik dikenali sebagai High Density Lipoprotein (HDL).

Kehadiran Kolesterol yang tinggi boleh dikesan melalui beberapa cara. Selain memeriksa ke doktor, atau farmasi kita boleh kesan tahap kolesterol yang tinggi dalam badan dengan beberapa tanda berikut.

Cara turunkan kolesterol

 

“Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan”

? Timbul bintik-bintik putih dibahagian bawah mata dan muka
? Penat & Cepat Mengantuk
? Sakit Bahagian Kaki
? Mudah Letih
? Jantung terasa sakit & sering berdebar-debar
? Berlaku krem ketika dimalam hari
? Rasa tegang & sakit di tengkuk

Jika anda mempunyai salah satu atau lebih tanda tanda seperti di atas. Segera berjumpa doktor atau ke farmasi untuk membuat ujian bacaan kolesterol dalam badan kita. Cegah sebelum terlambat itu lebih baik kan.

Hari ini Sofea nak kongsikan beberapa cara turunkan kolesterol dalam badan.

Cara Turunkan Kolesterol Yang Tinggi

1. Kawal Pengambilan Makanan

Untuk memastikan berlakunya penurunan kolesterol dalam badan pastikan kita menjaga pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang. Seeloknya pengambilan makanan mengikut garis panduan pyramid makanan.

Kerana ia lebih tepat dan baik untuk membantu kita mengenal pasti makanan yg tinggi kolesterol atau tidak.

2. Bersenam

Kolesterol tinggi boleh dikurangkan melalui senaman. Bila bersenam badan mampu membakar lemak lemak kepada tenaga. Dan membantu menurunkan kolesterol sedikit demi sedikit.

3. Elak Makanan Yang Tinggi Kolesterol

Elakkan memakan makanan yang tinggi kolesterolnya. Seperti udang, sotong, ketam dan seafood yang lain.

4. Amalkan Pengambilan Minyak Ikan

Amalkan pengambilan minyak ikan yang kaya dengan Omega 3. Omega 3 boleh membantu membakar dan mengikis lemak. Jadi sekaligus ia bantu menurunkan kolesterol dalam badan kita

Ubah dan rawat dari sekarang. Jangan biarkan kesihatan kita menghantui kehidupan kita. Semua orang mahukan badan yang sihat dan cergas. Jom tingkatkan kesihatan dengan menurunkan kolesterol dari sekarang ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge