Uncategorized

6 Petua Rambut Gugur

Rambut gugur sangat menjadi masalah buat segelintir daripada kita. Kebiasaannya ibu atau wanita yang lepas melahirkan akan mengalami masalah rambut gugur ini. Akan tetapi lelaki juga cenderung mempunyai masalah yang sama. Oleh kerana dari segi pemakanan atau penjagaan rambut yang tidak terjaga.

Kalau kita perasan permulaan terjadinya masalah rambut gugur ini bukan terus banyak rambut yang gugur. Tetapi ia terjadi secara senyap atau perlahan. Mula-mula mungkin kita tak perasan pun sebabnya yang gugur hanya sehelai dua. Tapi jika tidak dirawat ia akan menjadi lebih teruk dari sebelumnya.

“Faktor yang mempengaruhi keguguran rambut”

?? Menopause
?? Hamil
?? Berpenyakit
?? Genetik
?? Pola Pemakanan

Terdapat beberapa petua rambut gugur yang boleh kita gunakan untuk mengatasi masalah ini.

petua rambut gugur

“Petua Rambut Gugur”

1. Amalkan Penjagaan Rambut yang Betul

Penjagaan rambut yang betul sangat mempengaruhi kesihatan rambut kita. Oleh itu untuk mengurangkan keguguran rambut kita hendaklah menjaga rambut dengan mencuci nya setiap hari.

Dan elakkan daripada memberus atau menggosok rambut yang basah dengan tuala untuk mengelakkan kerosakan pada rambut dan kulit kepala.

2. Kurangkan Stress

Stress juga merupakan salah satu punca terjadinya keguguran rambut. Orang yang terganggu emosinya dan tertekan lebih cenderung mengalami masalah keguguran rambut.

Jadi kawal emosi dan diri kita dari stress berlebihan kalau tak mahu jadi botak sepanjang hayat. Lakukan aktiviti-aktiviti yang membina. Seperti bersenam, beriadah bersama rakan atau keluarga. Agar diri kita bebas dari stress.

3. Elak Pemakaian Rambut Palsu

Elakkan daripada terlalu kerap memakai rambut palsu. Ye mungkin dengan gaya ini akan menampakkan anda lebih bergaya dan cantik. Akan tetapi kecantikan ini memudaratkan.

Kerana kekerapan memakai rambut palsu akan membuat rambut kita gugur kerana liang kulit kepala kita tidak mendapat pengudaraan yang cukup.

4. Hadkan Penggunaan Pengering Rambut

Haba yang berlebihan yang digunakan memelalui pengering rambut akan melemahkan protein rambut.

Penggunaan yang terlalu kerap akan menyebabkan kekuatan akar rambut berkurangan dan seterusnya menjadikan rambut lebih senang gugur.

5. Elakkan daripada menggunakan pewarna rambut

Pewarna rambut mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada rambut dan kulit rambut untuk jangka masa panjang. Jika terlalu kerap digunakan silap-silap hari bulan kita botak.

Tetapi jika anda telah terlanjur mewarnai rambut cuci dengan cucian yang bersesuaian dan ikuti dengan conditioner agar rambur kembali sihat dan dapat dirawat dengan baik sebelum terjadinya keguguran.

6. Pengambilan Makanan Tambahan

Seperti yang kita tahu, nutrisi harian yang diperolehi setiap hari dalam makanan kita adalah sangat sikit. Dek kerana cara pemprosesan makanan kita sendiri. Jadi protein dan nutrisi yang terkandung akan menjadi lebih sedikit.

Oleh itu pengambilan makanan tambahan amat digalakkan untuk membantu kita mengatasi masalag rambut gugur. Petua rambut gugur yang satu ini sangat mudah untuk semua orang.

Pastikan pengambilan nutrisi dan vitamin yang mencukupi untuk membantu menguatkan akar rambut, kulit kepala yang sihat dan rambut yang licin dan bersinar.

Vitamin Yang Diperlukan
==================

? Vitamin A
? Vitamin E
? Omega 3
? Vitamin B
? Zink
? Protein

Keguguran rambut kelihatan seperti biasa akan tetapi jika tidak diatasi ia akan menjadi lebih buruk dan teruk. Jadi ambil langkah penjagaan dari sekarang. Semoga beberapa petua keguguran rambut di atas dapat membantu kita dalam masalah keguguran rambut kita.
Salam Sayang,
Sofea @ SID Shaklee Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge