Resepi : Lontong Goreng

Lontong Goreng sarapan paling favourite sangat taw. Tambah dengan lauk paru sambal licin pinggan hingga menjilat jari Hihi. Macam pelik je kan, tapi sedap & mudah buatnya. Jom cuba.

Lontong Goreng

resepi lontong goreng

Bahan-Bahan

Bahan A

  1. Lontong

Bahan B

  1. 4 ulas bawang merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 4 biji Cili Merah
  4. Secubit Belacan
  5. Segenggam Ikan Bilis

Bahan C

  1. Telur
  2. Daun Sup

Cara-Cara

  1. Rebus lontong terlebih dahulu.
  2. Dah masak boleh sejukkan dan potong siap-siap
  3. Blend semua bahan B sehingga halus
  4. Panaskan minyak dan masukkan bahan B yang telah diblend tadi
  5. Masukkan sedikit garam secukup rasa
  6. Masak Bahan B sehingga naik minyak
  7. Bila rempah dah masak kecilkan api dan masukkan telur
  8. Gaul sehingga telur masak & sebati
  9. Bila telur dah masak. Masukkan lontong yang telah dipotong
  10. Campak-campak sikit daun sup tu biar wangi & sedap
  11. Gaul sehingga rata semua rempah dengan lontong tu

Tadaa siap dah. Dah boleh hidang untuk sarapan pagi. Nama je macam pelik sebab tak pernah try kan? Tapi sama je macam masak nasi goreng Haha

Ok. Selamat Mencuba  😉

Leave a Reply

CommentLuv badge