Baby AJ

One Month Baby AJ

Assalamualaikum.w.b.t

Cepat sangat rasanya masa berlalu. Alhamdulillah, baby AJ dah sebulan. Tak sempat nak update dari hari tu hihi Syukur dengan nikmat Allah berikan.

Kelahiran baby AJ sangat ditunggu-tunggu. Terutamanya buat ibu yg membawanya kehulur kehilir selama 9 bulan. Ayah dia lagi lah excited kan. Bersyukur sangat Allah titipkan khalifah kecil ini buat kami berdua. Alhamdulillah syukur tak terhingga

Due baby AJ sepatutnya 27 Ogos 2016 tapi masa due tu rileks je lagi. Tak ada sebarang tanda pun, sakit? Lagi la tak ada rasa. Cuma beberapa hari sebelum tu ada rasa sakit pinggang kejap kejap je lepas tu hilang

Masa hari due tu siap request ajak husband jalan jalan sebab konon nak cepatkan bukaan Hehe puas jugak la berjalan makan cuci mata. Siap makan ayam penyet lagi, special sikit sbb yg ni versi favourite punya hihi Ayam Penyet Aji Don. Balik tak jugak rasa apa ??

Ingat nak keluar 31 Ogos, tak jugak hihi ayah dia berharap bukan main last2 tenang je lagi perut ni. Nurse KK minta aku admit 2 September kalau sampai tarikh tu aku masih belum bersalin. Nervous jugak lah fikir takut kena induce kan. Tapi layankan je baby nak duk berapa lama dalam tu hehe

Syukur alhamdulillah, hari jumaat yang mulia penghulu segala hari tepat jam 2.33 petang lahirlah baby AJ kesayangan kami. Pagi jumaat tu tak sempat lagi induce dah ada show (tunggu sambungan Pengalaman Bersalin nanti) Petangnya lepas solat jumaat lahirlah khalifah kecil yang digelar baby AJ ?? Ibu Ayah sayang kamu nak.

Hari ni 2 Oktober genaplah sebulan Baby AJ melihat dunia, alhamdulillah syukur. Moga anak ibu dpt membesar dengan sihat & baik. Menjadi anak yang soleh. Taat perintah Allah & Rasul. Amin ya Allah.


Comel tak tangan kita ? Kuku tu bukan main ye jangan mengada gi cakar muka ibu geget kamu karang ?

One Month Baby AJ. Moga Allah sentiasa melindungimu sayang wahai anak ibu.

Ibu Ayah Baby AJ ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge