6 Senarai Vitamin Asas Yang Diperlukan Oleh Ibu Hamil – Diarysafiyah

Alhamdulillah makin banyak dapat berita kawan-kawan dan customer yang ambil Set Kesuburan sebelum ini akhirnya berjaya hamil. Syukur alhamdulillah. Hari ini Sofea nak kongsikan pula Vitamin Asas yang diperlukan oleh ibu hamil. ” Perlu ke makan Vitamin lagi bila dah mengandung? ” Ayat ni selalu kedengaran dari para-para ibu yang pertama kali “pregnant”.

Keperluan vitamin yang secukupnya amat penting untuk tumbesaran bayi juga ketahanan badan ibu. Mana tak nya sebelum nie jaga badan sendiri je sekarang dah tambah lagi sorang. Habis semua baby nak kongsi dengan ibu termasuklah zat vitamin ibu. Untuk memastikan perkembangan bayi yang baik didalam kandungan ibu harus membekalkan vitamin dan makanan yang berkhasiat yang secukupnya.

Badan kita memerlukan Vitamin yang secukupnya untuk meneruskan kelangsungan tubuh yang sihat dan baik. Maka ibu-ibu hamil harus mengambil vitamin bermula di awal kehamilan.

Vitamin & Nutrien Penting Untuk Ibu Hamil

1. PROTEIN

Protein merupakan sumber asas bagi pembinaan sel-sel didalam tubuh badan kita. Maka oleh itu protein sangat penting dalam membekalkan protein kepada ibu dan bayi bagi membantu tumbesaran bayi dari masa ke semasa. Dengan pengambilan protein yang mencukupi juga ibu dan bayi akan memperolehi kulit yang sihat dan cantik.

2. ASID FOLIK

Pengambilan asid folik juga penting semasa ibu hamil. Pengambilan awal amat baik untuk perkembangan bayi, di samping dapat mencegah daripada berlakunya kecacatan pada tiub neural bayi. Pengambilan asid folik yang lengkap dengan Vitamin B adalah sangat penting kerana ia dapat membantu pembentukan dan pemeliharaan sel darah merah dengan baik.

3. KALSIUM

Pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting semasa hamil, kerana ibu dan anak akan berkongsi bekalan kalsium yang ada pada ibu. Jika ibu kekurangan kalsium bayi tidak mendapat sumber kalsium dengan baik. Oleh itu, untuk pembinaan tulang bayi yang kuat dan sihat ibu haruslah membekalkan kalsium yang mencukupi untuk dibekalkan kepada bayi. Ibu yang kekurangan kalsium juga berpeluang mengalami sakit-sakit tulang dan kekejangan otot yang serius selepas melahirkan.

4. VITAMIN C

Vitamin C juga mempunyai peranan yang tersendiri. Selain baik untuk sistem imun badan ibu dan bayi, Vitamin C juga amat diperlukan bagi mendapatkan penyerapan zat besi dengan baik dan berkesan. Tanpa Vitamin C, zat besi tidak dapat diserap dengan baik dan akan berpotensi mendapat anemia. Oleh itu, ibu dinasihatkan mengambil Vitamin C dengan kadar yang secukupnya untuk bekalan ibu dan bayi.

5. ZAT  BESI

Zat Besi amat diperlukan oleh ibu sejak diawal kehamilan, ia kerana kandungan darah yang diperlukan untuk dipam lebih 50% daripada biasanya dalam tempoh kehamilan. Ibu-ibu yang kekurangan zat besi kebiasaannya akan mengalami masalah seperti pening, cepat letih, sembelit dan mudah jatuh sakit. Makanan yang kaya dengan zat besi ialah ayam, daging merah, bayam, kubis dan tauhu. Pengambilan dengan Vit C lebih membantu peneyerapannya dengan lebih baik untuk badan kita.

6. MINYAK IKAN

Minyak Ikan sangat dikaitrapat dengan kecerdasan otak. Pengambilan Minyak Ikan yang mengandungi DHA, EPA & Omega 3 sejak hamil mampu membekalkan yang terbaik untuk bayi kita. Minyak Ikan akan bertindak sebagai asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Jadi untuk ibu hamil boleh lah ambil suplemen yang berasaskan minyak ikan semulajadi untuk membantu kercerdasan bayi sejak dari dalam perut lagi.

Banyak nya nak kena makan!

Macam banyak nya nak kena ambil kan? Demi kebaikan ibu dan bayi, ibu haruslah peka dengan pemakanan ibu . Nutrisi yang diperlukan macam dekat atas tu, semua boleh dapat daripada pemakanan kita seharian akan tetapi makanan yang dah dimasak dengan suhu yang tinggi akan kehilangan nutrisinya yang asli. Oleh itu, ibu-ibu boleh menambah keperluan nutrisi dengan mengambil vitamin @ suplemen tambahan semulajadi.

Lain sangat rasanya, bila ibu dah cukup nutrisi. Badan akan rasa lebih cergas dan tak ada rasa pening-pening yang kerap. Kalau rasa banyak sangat nak makan, Sofea cadangkan Set Hamil Shaklee ia nya adalah vitamin semulajadi yang lengkap dan baik untuk kesihatan ibu dan bayi.

Set Hamil Shaklee merupakan set yang lengkap dengan keperluan vitamin yang diperlukan oleh ibu-ibu hamil, disamping memenuhi keperluan untuk ibu sepanjang waktu kehamilan ia sekaligus membantu perkembangan yang baik untuk bayi kita.

Testimoni Saya Sendiri :

Alhamdulillah sepanjang 3 bulan kehamilan morning sickness tak teruk, badan pun rasa lebih bertenaga. Memandangkan saya berkerja, memang perlukan tenaga yang baik. HB tiap bulan pun ok jea, pernah bulan pertama check bacaan HB saya adalah 16. Terkejut mak nak, alhamdulillah moga baby terus membesar dengan sihat. Lagi2 bila minum ESP kerja tak rasa mengantuk @ letih macam sebelum ni, seronok. Bakal-bakal ibu boleh cuba juga, moga saya dapat berkongsi kebaikan bersama ibu-ibu yang lain  🙂

Bagaimana untuk dapatkannya?

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Set Hamil Shaklee, saya adalah Wakil dan Pengedar Shaklee yang bertauliah di Kuala Lumpur. Dengan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda bagi sama-sama meningkatkan kesihatan. Memberikan yang terbaik demi yang terbaik.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dimaklumat berikut:-

Nama : Sofea Effendi

ID Shaklee : 1098878

Email : dsafiyahh@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 018-2887259

*produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.